5 Tips Menghasilkan Kandungan Blog Evergreen Yang Bertahan Selamanya

5 Tips Menghasilkan Kandungan Evergreen yang BerkesanNak tahu apa rahsia mendapat aliran trafik organik yang tinggi dan berterusan ke blog anda?

— Hasilkan kandungan blog ‘evergreen‘.

Kandungan blog evergreen adalah sangat berharga.

Ia akan di-bookmark dan dibaca berulang-ulang kali kerana ia memberi inspirasi, menenangkan, dan mengingatkan kita tentang sesuatu perkara.

Ia ibarat teman rapat yang sentiasa dalam ingatan seseorang.

Jadi mengapa anda tidak hasilkan juga kandungan sebegini pada blog anda?

Sebelum saya bermula, saya ingin mengingatkan bahawa menghasilkan kandungan blog evergreen memerlukan banyak masa dan kreativiti.

Oleh jangan meletakkan harapan bahawa perkara ini akan memberi hasil yang segera.

Mewujudkan kandungan blog evergreen sangat memerlukan kesabaran dan usaha yang tinggi.

Apakah Maksud Kandungan Blog Evergreen?

Kandungan blog evergreen secara asasnya bermaksud kandungan yang ditulis dengan baik, dan sentiasa relevan sepanjang masa.

Kandungan yang evergreen adalah satu pelaburan yang sangat baik untuk semua pemilik laman web.

Ia akan meningkatkan autoriti jenama anda dan menyediakan asas yang kukuh kepada laman web anda dengan kandungan yang berkualiti, dimana ia akan berkekalan dan mesra SEO.

Revelansi kandungan sebegini tidak pernah hilang.

Ia seperti emas, nilainya tidak pernah pudar. Tak pernah lapuk ditelan zaman.

Ia akan memandu trafik kepada anda secara bertahun-tahun dan sentiasa  menjadi sesuatu yang dicari orang ramai secara berterusan.

Walaupun ia tidak meningkat trafik secara mendadak, namun ia akan meningkatkan trafik secara tetap dan berterusan dari masa ke semasa.

Ia adalah strategi SEO yang paling berbaloi dilakukan.

Apa bukti keberkesanan taktik sebegini?

Saya akan tunjukkan anda bukti saya sepanjang mengendalikan akuislam.com dengan hanya fokus kepada menghasilkan artikel berkualiti.

evergreen content

Sekarang ini saya hanya buat artikel baru seminggu sekali atau dua minggu sekali, tetapi trafik saya tetap berterusan tinggi setiap hari.

Ianya datang dari artikel-artikel lama.

Anak panah diatas menunjukkan artikel yang saya tulis pada 2 atau 3 tahun yang llepas dan ia masih menerima traffik besar setiap hari.

Jawapannya adalah satu: Saya meletakkan usaha saya untuk menghasilkan kandungan blog evergreen.

Dan ia terbukti berkesan.

Sekarang ini saya akan berkongsi dengan anda pula bagaimana strategi yang saya amalkan:

5 Tips Menghasilkan Kandungan Evergreen yang Berkesan

kandungan evergreenBagi orang yang faham, pelaburan untuk menghasilkan kandungan blog evergreen yang berkualiti tinggi adalah lebih penting nilainya berbanding pelaburan wang.

Oleh itu jika anda mahu mencipta kandungan evergreen yang sentiasa efektif, ikuti panduan ini:


1. Pilih Format Yang Betul

Perkara yang paling sukar dalam menghasilkan kandungan yang evergreen adalah memilih format yang tepat.

Terdapat beberapa jenis kandungan evergreen.

Matlamat anda adalah untuk memilih apa yang paling sesuai dengan jenis laman web anda.

Disini adalah jenis yang paling popular:

  • Tutorial. Kandungan yang berbentuk how-to adalah jenis kandungan evergreen yang paling popular. Informasi yang dibekalkan adalah praktikal dan akan mempunyai nilai sehingga ke beberapa tahun akan datang. Artikel bebentuk tutorial sangat versatile dan boleh digunakan dalam pelbagai cara.
  • Senarai/curated. Jika anda meluang sedikit masa di facebook, anda akan perasan bahawa jenis post yang paling banyak dikongsikan adalah yang melibatkan format senarai. Sebagai contoh: 9 Cara Rasulullah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi (Vocket). Orang ramai menyukai post tersebut kerana ia terkait dengan kehidupan.
  • FAQ. Orang ramai sentiasa memerlukan jawapan yang ringkas, padat dan tepat. Mereka tiada masa untuk membaca dengan teliti setiap artikel. Jika anda dapat menyediakan maklumat yang sentiasa memudahkan pemahaman mereka, pasti mereka akan menjadikan kandungan tersebut sebagai rujukan pada masa-masa hadapan.
  • Kandungan terperinci dan berinformasi. Kandungan mendalam dan terperinci selalunya panjang (2000+ patah perkataan) lebih dihighlight oleh Google pada muka pertama carian. Orang ramai juga akan menjadikan ia sebagai sumber rujukan dalam tugasan mereka. Contoh terdekat adalah Wikipedia.

Mungkin terdapat lebih lagi jenis-jenis kandungan evergreen diluar sana, tetapi empat jenis ini yang paling popular.

Bergantung terhadap apa yang ingin anda capai menerusi strategi kandungan blog anda, salah satu jenis daripada perkara ini mungkin berguna buat anda.


2. Jadikan Artikel Tersebut Sebagai Sumber Paling Lengkap dan Muktamad

kandungan blog evergreen adalah lengkapDidalam landskap internet, post yang pendek di media sosial adalah perkara normal.

Oleh itu kandungan blog evergreen harus menonjol dengan berbeza.

Artikel yang lebih panjang adalah lebih baik, dan ada sebab yang kukuh mengenai perkara ini.

Kandungan blog evergreen anda akan menjadi sumber terhebat mengenai topik yang anda cover.

Tuliskan dengan lebih menyeluruh dan lebih lengkap.

Artikel yang panjang akan membenarkan anda menjelaskan dengan lebih baik setiap hujah, dan mengunakan ayat dalam nada yang lebih semulajadi.

Dalam masa yang sama, perkara ini akan membina asas kepada post tersebut untuk menjadi sumber utama terhadap topik yang disentuh.

Walau bagaimana pun, janganlah pula anda merosakkan kualiti kandungan artikel anda semata-mata untuk panjang.

Menggunakan ayat berlebihan dan merapu semata-mata untuk membuatkan artikel lebih panjang bukanlah satu perkara bijak.

Bila anda ingin mencipta kandungan blog yang bertahan dan kekal lama, jangan sesekali memasukkan perkataan-perkataan yang tidak diperlukan.

Matlamat anda dalam menghasilkan kandungan paling evergreen seharusnya menitikberatkan kandungan yang panjang dan berkualiti tinggi.

Bersederhana dan ikut kesesuaian.


3. Kecilkan Skop Penulisan Anda

kecilkan kandungan blog evergreenMemilih topik secara spesifik memberi beberapa kelebihan:

  1. Lebih spesifik lebih mudah untuk ditulis
  2. Memudahkan pembaca memahami dan stick dengan tajuk

Ramai orang silap bahawa kandungan evergreen seharusnya bersifat umum untuk memenuhi kehendak pembaca dalam skala besar.

Itu tidak benar.

Malah bila orang membuat carian di Google dengan kata kunci “tips untuk kurus“, mereka tidak akan suka dengan artikel yang terlalu umum sebegitu.

Ini adalah post popular bila anda melakukan carian dengan frasa diatas: 10 cara kuruskan badan dengan cepat dan berkesan (SirapLimau.com)

Bila anda membaca tajuknya, dengan segera anda akan tahu apa yang anda akan dapat.

HarakahDaily juga mempunyai artikel evergreen dalam topik ini: Kongsi 6 tip mudah, hilang 40 kg tanpa pil kurus.

Kedua-dua artikel ini mempunyai tajuk dan isi kandungan yang agak tepat dan berguna.

Nampak?

Artikel yang bersifat spesifik mempunyai potensi untuk menjadi kandungan blog evergreen.


4. Sasarkan Untuk Orang Baru (Beginner)

sasarkan kandungan evergreen kepada beginnerOrang yang sudah pakar, atau sudah berpengetahuan sudah kurang mencari pertolongan.

Audiens utama anda adalah orang yang masih baru bermula, dan anda perlu menghasilkan kandungan untuk disasarkan kepada mereka.

Ingat perkara ini: 

Walaupun anda seorang pakar, elakkan menggunakan perkataan jargon/teknikal kerana audiens anda tidak faham.

Gunakan perkataan mudah dan analogi yang mudah difahami.

Jadikan ia terperinci dan boleh difahami oleh semua orang.


5. Lancarkan Strategi Promosi

kandungan blog evergreen perlu dipromosiKandungan yang paling berkualiti sekali pun tidak akan berguna jika tiada pembaca.

Sebagaimana pentingnya kandungan itu sendiri, strategi memandu trafik ke arahnya juga adalaha sama penting.

Kandungan blog evergreen tidak selalunya mendapat reaksi trafik yang awal.

Ia dihasilkan untuk pelaburan jangka panjang dan perkongsian organik yang berterusan.

Google memerlukan masa untuk indeks artikel terbaru.

Selain daripada SEO, anda memerlukan strategi untuk menarik pembaca secara konsisten seperti mailing list, re-share artikel tersebut berulang kali di media sosial.

Jika kayu kayu api memerlukan punca pencucuhan untuk marak, begitu juga dengan artikel anda.

Ia memerlukan sedikit promosi sebelum ia tersebar keseluruh internet.

Mulakan menulis kandungan blog evergreen hari ini

Walaupun menulis kandungan berkualiti tinggi yang evergreen memakan banyak masa, tenaga dan usaha; – ia adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk diusahakan.

Nilainya mampu bertahan untuk bertahun-tahun yang akan datang.

Walaubagaimana pun, anda tetap memerlukan strategi dan sentiasa konsisten.

Dari masa ke semasa, anda akan mendapati pertumbuhan positif akan berlaku kepada blog anda yang dibawa oleh kandungan evergreen ini.

Bak kata pepatah;

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..

Saya harap artikel dapat membantu anda menulis kandungan evergreen yang berkualiti tinggi.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
IK Tia
7 tahun yang lalu

Saya banyak belajar dari sini kerana minat saya dalam bidang penulisan sangat tinggi sehingga bercita-cita untuk mengeluarkan buku sendiri. Tapi saya sedar, saya perlu banyak berlatih lagi. Masih banyak kekurangan saya dalam bidang ini.

Laila Raihana
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum Inches Naik, Laila nak tanya.. Kalau kita hasilkan blog yang isi artikelnya mempunyai tema yang bercampur aduk. Maksud saya, mungkin hari ini saya menulis artikel tentang keluarga, esok tentang hartanah lusa tentang kesihatan…

Adalah itu baik untuk SEO blog dimasak depan?

Laila Raihana
Reply to  Laila Raihana
7 tahun yang lalu

Alamak..typo la.. Nak edit balik mcm mana ya.. Minta maaf..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading