Blog yang perlahan memang mengecewakan:
Setiap saat yang berlalu tanpa apa-apa muncul di skrin, membuatkan saya tertanya-tanya apakah blog itu wujud sebenarnya?
Tanpa sempat membaca kandungan blog tersebut, saya telah menutup tetingkap browser dan pergi ke blog lain.
Lupakan blog perlahan tersebut!
Sebelum kita pergi lebih jauh, tanya diri anda:
- Apakah ini yang pembaca anda rasa mengenai blog anda?
- Adakah blog anda mengecewakan?
Kesan Psikologi Blog Yang Perlahan..
Pernah anda call customer service?
Jika ya, pasti anda pernah menunggu giliran anda dalam masa yang cukup lama sebelum dapat bercakap dengan operator.
Sambil-sambil menunggu, anda mungkin melihat kiri dan kanan, atas dan bawah, mengetuk jari pada meja..
… dan masa berharga anda hanya terbuang begitu sahaja.
Dengan berlalunya masa, anda mungkin sudah terlupa sebab utama anda call.
Malah, apa yang mungkin sedang membuak-buak dalam diri anda adalah rasa geram dan sakit hati.
Sehinggakan, bila tiba masa panggilan anda dilayan oleh pihak operator, anda tidak lagi rasa bersyukur, tetapi rasa hendak marah pula.
Betul?
Sekarang, cuba bayangkan jika panggilan anda diangkat serta-merta oleh seseorang yang mesra dan bersungguh-sungguh untuk membantu anda.
Rasa seronok bukan?
Itulah yang dirasakan oleh pembaca bila masuk ke blog anda.
Blog yang perlahan adalah seperti customer service yang teruk.
Dari menunggu kandungan blog anda dimuatkan dengan sabar, pelawat tersebut akan rasa kecewa dan terus keluar meninggalkan blog anda.
Dan walaupun mereka tetap sabar menunggu sehingga kandungan selesai dimuatkan..
… mereka pasti skeptikal dengan kualiti kandungan yang dihasilkan oleh anda.
Tetapi sebaliknya, jika sesebuah blog itu laju dan dapat dimuatkan dengan pantas..
.. pasti ia akan memberi user experience yang sangat baik dan cemerlang sejak dari awal.
Serta memaparkan kandungan anda dalam impresi yang baik kepada pembaca.
Inilah kesan psikologi yang kita harus hati-hati dan perhalusi.
Ada dua sebab paling penting mengapa kita perlu blog yang laju:
- Sebab orang tak suka blog perlahan
- Google bencikan blog yang lembab.
Selain itu, alasan yang utama bagi saya adalah untuk menjimatkan bandwidth.
Mengoptimasi kelajuan blog wordpress adalah perkara yang agak rumit dan teknikal bagi mereka yang masih baru dengan bidang ini.
Tetapi tidak mengapa, pada artikel ini saya cuba untuk memberikan satu tutorial asas yang lengkap dan mudah.
InsyaaAllah saya akan menunjukkan caranya secara step-by-step agar mudah diikuti, dan boleh difahami oleh anda walaupun masih baru dengan wordpress.
Bagaimana Membuat Optimisasi Yang Blog Anda Perlukan?
Langkah bijak adalah menguji terlebih dahulu laman blog anda untuk melihat masalah sebenar, sebelum menjalankan langkah pembaikan.
Salah satu tools yang paling berharga buat saya adalah GTmetrix
GTmetrix akan menganalisa kelajuan loading halaman dan membuat suggestion penyelesaian berdasarkan gred yang dipaparkan.
Laporan yang dinyatakan oleh GTmetrix adalah sangat bernilai, tetapi ia mungkin membuatkan anda bingung.
Jika anda tidak faham apa yang dicadangkan, bagaimana anda hendak membuat pembaikan?
Oleh itu mari lihat masalah utama dan jenis penyelesaian yang dicadangkan untuk melajukan blog wordpress anda:
1. Optimasi setiap imej dalam blog anda untuk mengurangkan beban server
Gambar atau imej adalah faktor utama yang menyebabkan blog anda perlahan.
Adakah anda tahu bahawa bila anda memuatnaik gambar ke blog anda, pelawat blog anda perlu memuat file gambar yang sama walaupun saiz paparannya tidak sama dengan mereka?
Sebagai contoh, anda mungkin memuatnaik gambar bersaiz 3000 x 2000 pixel, tetapi paparan di laman blog anda hanyalah 600 x 400 pixel.
Walaupun pelawat melihat gambar yang kecil, tetapi browser mereka masih terpaksa akses kepada file yang besar tersebut.
Bukankah itu sangat membazirkan data pembaca anda?
Optimasi imej adalah berkaitan menggunakan saiz dimensi gambar yang betul dan saiz fail yang tepat.
Ada beberapa cara mudah dalam melakukan hal ini.
Saya ada menulis satu tutorial khas step-by-step untuk topik ini: Optimisasi Imej Secara Efektif.
2. Kenalpasti Plugin Yang Memperlahankan Kelajuan Blog
Plugin wordpress adalah satu anugerah yang sangat menyenangkan pengguna wordpress.
Tapi elakkan memasang terlalu banyak plugin.
Mengapa?
Memasang terlalu banyak plugin akan menyebabkan pelawat terpaksa memuat lebih banyak fail bila melawat blog anda..
… dimana ia akan memakan lebih banyak masa.
Plugin yang tidak serasi juga akan memberi impak terhadap masa loading blog anda.
Bila menguruskan hal berkaitan plugin, ada dua langkah permulaan yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan kelajuan blog anda:
- Mula deactivate semua plugin.
- Aktifkan plugin kembali satu persatu dan kenalpasti kelajuan blog setiap kali salah satu plugin diaktifkan.
Bilangan plugin bukanlah faktor paling major dalam kes ini, tetapi sebaliknya kualiti plugin tersebut.
Plugin yang ditulis dengan struktur code yang lemah akan banyak membantutkan blog anda.
Disini saya ada menulis tentang plugin asas yang terbaik.
Jika anda tiada perubahan kelajuan selepas anda melakukan langkah diatas, kemungkinan plugin bukanlah punca masalah kepada blog anda.
Anda perlu melihat kepada faktor lain pula.
3. Bertukar Kepada Hosting Yang Lebih Baik
Jika plugin bukan punca kepada masalah kelajuan blog wordpress anda, maka kemungkinan suspek seterusnya adalah hosting anda.
Kelajuan halaman blog anda bergantung kepada sebeberapa pantas web host server untuk memberi respons terhadap request dari pelawat blog anda.
Ini kerana browser pelawat anda harus berhubung dengan server untuk memuat laman blog anda. Inilah cara blog anda berfungsi.
Server yang perlahan akan menyebabkan blog anda turut perlahan.
Memandangkan kita tidak dapat mengawal bahagian ini, langkah terbaik boleh dilakukan adalah bertukar kepada hosting yang lebih terbukti bagus.
Bertukar kepada syarikat hosting yang lebih laju adalah langkah bijak untuk jangka masa yang panjang.
Sebab itu anda tidak boleh ambil mudah perkara ini.
Saya adalah menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut dalam artikel ini: Memilih Hosting Yang Sesuai
4. Pilih Theme Wordpress Yang Lebih Pantas dan Solid
Code pada theme wordpress sangat memainkan peranan.
Mengapa?
Ini kerana theme wordpress yang dibina dengan struktur code yang lemah akan membuatkan pengguna mengambil masa yang sangat panjang untuk memuatkan laman blog anda.
Blog anda seharusnya dimuatkan dibawah 2 saat!
Selalunya, bila anda memilih tema yang disertakan terlalu banyak ciri (dimana anda tak perlukan pun ciri tersebut)..
… apa yang akan terjadi adalah ia akan membuatkan pelawat terpaksa memuat turun banyak file yang tiada guna kepada mereka.
Dengan menggunakan theme premium yang ringan, insyaaAllah ia akan menyelesaikan masalah ini.
Bila bercakap mengenai theme wordpress yang terbaik, sukar untuk saya tidak menyatakan Genesis Framework dari Studiopress.
Selain dari typograpgy yang cantik dan mesra seo, theme ini juga sangat ringan.
Blog yang anda sedang baca ini juga menggunakan Genesis.
Sila uji kelajuan blog saya di GT Metrix untuk melihat sendiri hasilnya.
Maka tidak hairan mengapa ia sangat terkenal dan dikelaskan antara theme wordpress terbaik diantara yang terbaik.
5. Melajukan Blog WordPress Dengan Content Delivery Network (CDN)
Servis Content Delivery Network (CDN) berfungsi dengan menyimpan segala file anda dan membenarkan pelawat anda memuat turun file tersebut dengan pantas melalui server yang terdekat.
Secara mudah, CDN lakukan 2 perkara ini:
- Menghantar fail lebih pantas – menyimpan data dalam server yang terdekat dengan pembaca.
- Mengecilkan Fail – CDN akan menghantar fail tanpa cookies dan tanpa fail yang rosak.
Semakin dekat pembaca dengan server, semakin pantas fail boleh dipindahkan.
Secara tidak langsung, ia akan melajukan blog anda untuk pembaca diseluruh dunia.
Sebagai contoh:
Pembekal CDN tersebut mempunyai server di Kuala Lumpur, Singapore, Denver, Beijing dan Amsterdam.
Maka jika ada pembaca anda dari England, dia hanya perlu menerima data dari server terdekat iaitu Amsterdam.
Dia akan dapat membuka blog anda dalam masa beberapa milisaat sahaja.
CDN sangat berguna jika anda mempunyai pelawat dari seluruh dunia.
Malah jika semua pelawat anda dari dalam negara sama sekali pun, CDN akan banyak membantu mengurangkan beban server dan melancarkan perjalanan file dari website anda.
Antara servis CDN yang percuma adalah Cloud Flare.
6. Gunakan caching plugin untuk mengelakkan muat turun sumber berulang kali
Menggunakan plugin caching adalah cara yang paling efektif untuk meningkatkan kelajuan laman web dengan drastik.
Setiap kali pelawat mendarat di blog anda, pelayar (browser) perlu menghubungi host server anda untuk memuatturun file laman blog anda.
Perkara ini akan mengambil masa.
Walau bagaimana pun, anda boleh mengurangkan masa tersebut dengan plugin caching.
Bagaimana plugin ini berfungsi?
Secara ringkas, salinan file laman web anda akan disimpan browser pelawat untuk jangka masa yang tertentu.
Bila mereka pernah melawat laman web anda untuk kali pertama, maka untuk setiap lawatan yang seterusnya akan menjadi lebih pantas kerana mereka hanya perlu akses fail yang sudah tersimpan dalam browser mereka.
Fail tersebut telah di download pada lawatan kali pertama tadi.
7. Hapuskan Post Revision
Dalam wordpress, setiap kali anda membuat semakan terhadap draf artikel anda, anda akan mencipta versi terbaru artikel tersebut.
Malangnya, versi lama masih tersimpan di dalam server.
Ini akan meningkatkan saiz fail, meningkatkan post query, dan menjejaskan prestasi laman web anda.
Kaedah terbaik untuk menghapus fail yang tidak diperlukan ini dengan senang adalah memasang plugin WP Sweep.
Setelah selesai install, klik pada ‘tools’ > ‘Sweep’
Selepas itu, segala file sementara dan yang tidak diperlukan dalam database anda akan dihapuskan dari server.
8. Mengecil & Memampatkan HTML, CSS dan Javascript
Laman blog anda perlu memuatkan banyak fail untuk berfungsi, antaranya adalah HTML, CSS dan Javascript.
Kita perlu memastikan fail-fail ini bersih dan sepantas yang boleh.
Masalah yang timbul adalah code ini ditulis untuk dibaca oleh manusia.
Ini termasuk extra white space, komen dan format yang mana tidak diperlukan oleh komputer untuk membaca code tersebut.
Berita baiknya disini adalah masalah ini boleh diperbaiki.
Kaedah memperbaiki masalah ini dikenali sebagai ‘minify‘.
Minify adalah bahasa pengaturcaraan yang secara asasnya berfungsi untuk menyingkirkan karekter yang tidak diperlukan untuk menjalankan fungsi code.
Mengecilkan (minify) code anda akan meningkatkan kelajukan masa loading halaman blog sehingga 15%
Memandangkan perkara ini memerlukan anda sangat berhati-hati (sedikit kesilapan akan menyebabkan blog anda crash), jadi saya tidak menyarankan anda menggunakan plugin jika masih baru dan masih kurang pengetahuan.
Sebaliknya, saya mencadangkan anda melakukan minify menerusi Cloud Flare, dimana ia lebih selamat dan efektif, tanpa merosakkan blog anda.
9. Tutup Gravatar Dalam Bahagian Komen
Gravatar adalah servis yang menambah imej anda secara automatik ke ruang komen.
Ia diaktifkan secara default di dalam wordpress.
Selain daripada menambah kekemasan pada ruang komen, ia juga akan menggalakkan orang ramai untuk meninggalkan komen.
Tetapi anda harus tahu bahawa salah satu isu terbesar yang mengheret jatuh kelajuan blog anda adalah Gravatar.
Gravatar akan membuatkan halaman blog anda terpaksa membuat external call untuk setiap imej yang berbeza.
Ini membuatkan masa loading bertambah-tambah panjang.
Bergantung kepada keperluan setiap orang, tetapi jika anda benar-benar ingin meningkatkan kelajuan, maka sila nyah-aktifkan servis gravatar ini. (Setting > Discussion)
Saya lakukan perkara ini pada blog akuislam.com dah hasilnya memberangsangkan.
10. Buang Code Iklan.. (Ramai yang tidak sanggup buat)
Adakah anda penyiar iklan Nuffnang atau Innity?
Saya tahu perkara ini sukar dilakukan oleh anda kerana ia mungkin punca income utama kepada blog anda setiap bulan.
Sepanjang saya menjalankan blog akuislam.com, saya dapati code-code iklan ini sangat membebankan blog saya.
Banyak http request terpaksa dilakukan sebelum blog saya dapat dimuat dengan sempurna.
Saya sudah menjadi publisher kepada banyak syarikat web advertiser ini.
Tetapi saya dapati code yang paling membebankan adalah dari Nuffnang.
Sekarang ini saya hanya meletakkan code Innity dan self-advertising sahaja.
Berbanding Nuffnang, Innity lebih laju sedikit kerana code mereka dikuasakan oleh CDN.
Sementara ini mungkin bergantung atas keutamaan blog masing-masing, buatlah pilihan yang sewajarnya.
Berikan pembaca anda pengalaman baik yang selayaknya
Prestasi laman web adalah topik yang sangat luas dan kompleks.
Tutorial ini hanya menyentuh level permukaan sahaja sahaja.
Ia bertujuan membantu mereka yang masih baru dengan wordpress.
Sekarang saya rasa anda sudah tahu perkara asas untuk memeriksa prestasi laman web anda.
Jadi, tanyakan diri anda secara jujur bagaimana website anda muncul pada pembaca anda?
InsyaaAllah, dengan mengikuti tutorial ini anda sudah dapat menyelesaikan masalah utama yang sering berlaku.
Sekarang bergantung kepada anda untuk bagaimana menyediakan pengalaman yang baik (good user experience) kepada pelawat blog anda.
Jika blog anda memberi prestasi yang baik, pasti mereka akan mengganggap kandungan blog anda juga berkualiti tinggi.
Semoga artikel ini memberi sinar cahaya kepada blog anda.
Tinggalkan Komen Anda..
artikel yang sangat membantu saya yang masih belajar ilmu blogging..
Semoga membantu tuan..
sangat membantu..terima kasih tuan yang hensem
Oh my… hahaha