Teori Thermocline: Kenapa Ikan Tidak Makan Umpan Bila Suhu Air Sejuk?

air sejukBila ikan kurang makan, salah satu perkara yang saya perhatikan selalu dilakukan oleh otai-otai memancing adalah:

— mereka akan mencelupkan tangan ke dalam air untuk merasai suhu air.

Jika mereka sebut “air sejuk”, maka ia adalah satu petanda yang kurang enak didengar.

Apakah kaitan dengan air sejuk dengan hasil memancing?

Artikel ini cuba mengupas lanjut mengenai teori suhu dengan kelakuan ikan serta bagaimana ia mempengaruhi hasil memancing.

Bagaimana Suhu Mempengaruhi Mood Ikan

air sejuk kumpau

Secara umumnya, iklim Malaysia adalah panas.

Ini kerana negara kita terletak hampir dengan garisan khatulistiwa beberapa langkah sahaja.

Namun walaupun begitu, bila berlaku sedikit perbezaan suhu, ia akan memberi kesan significant kepada hasil pancingan sama ada ikan galak atau terus mengunci mulut.

Kebanyakkan ikan akan aktif mencari makan apabila suhu ngam-ngam berada dalam julat keselesaan mereka.

Sebabnya adalah kerana ikan adalah makhluk yang berdarah sejuk.

Maka suhu persekitaran-lah yang akan mempengaruhi suhu mereka.

Oleh itu, mereka cenderung untuk mendiam diri, pergi ke tempat lain, atau turun rapat ke dasar apabila suhu sekitar menjadi lebih sejuk daripada julat keselesaan mereka.

Namun, apabila suhu menjadi lebih tinggi daripada zon keselesaan mereka, contohnya kolam yang sedang mengering dibawah sinaran mentari – kita boleh lihat ikan tercungap-cungap di permukaan air kerana suhu tinggi menyebabkan air kurang oksigen dan ikan sukar untuk bernafas.

Memahami Teori Thermocline

lapisan thermocline

Konsep atau Teori Thermocline adalah bermaksud satu lapisan atau tahap air yang mempunyai suhu berbeza berbanding lapisan atas atau di bawahnya.

Sebagai contoh:

Bayangkan kita berenang di kolam renang pada tengah hari.

Cuba kita menyelam hingga ke dasar kolam, pasti kita akan merasa suhu air yang suam-suam tadi tiba-tiba bertukar sejuk pada tahap tertentu apabila kita pergi semakin dalam.

Kita telah melepasi lapisan thermocline pada paras tersebut.

Ikan cenderung untuk berlegar-legar di lapisan thermocline kerana ia adalah suhu yang ideal buat mereka.

Dan ia adalah kawasan yang mempunyai lebih banyak oksigen berbanding lapisan atas.

Pada zaman ini, lapisan thermocline mudah dikesan menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti sonar.

Ikan biasanya paling aktif pada suhu sekitar 26ºC hingga 28ºC

Bila Suhu Air Sejuk

suhu dan air sejuk
Cuaca hujan biasanya akan membuatkan suhu air jatuh dengan drastik

Apa yang terjadi bila suhu air sejuk?

Apabila suhu air jatuh mendadak menjadi sejuk, kebanyakkan spesis ikan umumnya akan menjadi pasif.

Pada waktu ini, hanya spesis pengacau seperti ikan duri dan sesirat yang galak mengacau umpan.

Apabila situasi ini berlaku, adalah lebih baik untuk kita berkemas pulang, berpindah ke tempat lain, atau mengambil peluang untuk berehat dahulu sementara menunggu arus membawa kembali air yang panas.

Jika kita memilih untuk berpindah lubuk, ke mana yang kita harus tuju?

  • Cuba cari kawasan dimana ada longkang atau saliran paip yang membawa air masuk ke dalam sungai atau lautan.

Jika cuaca sebelum itu adalah panas sepanjang hari, haba daripada daratan akan dipindahkan melalui air yang mengalir masuk melalui longkang tersebut.

Air yang mempunyai haba ini akan menarik micro-organisma yang mana ia akan menarik udang dan ikan kecil, seterusnya menarik minat ikan besar pula.

TETAPI, jika memang hari tersebut sudah hujan sepanjang hari, maka tidak perlulah berharap sangat terhadap tempat ini.

Lebih baik pulang ke rumah tido. Haha!

Apabila Suhu Air Terlalu Tinggi

Sekirannya kita memancing di sungai mati atau kolam yang terbiar pada hari yang sangat panas, suhu permukaan air boleh menjadi terlampau tinggi oleh sinaran matahari.

Apabila perkara ini berlaku, air akan hilang ketumpatan dan oksigen akan mula berkurangan.

Tanpa oksigen, ikan akan mula sukar bernafas.

Jadi mereka akan mencari tempat teduh atau pergi ke kawasan lebih dalam dimana ia lebih sejuk.

Bila kita mendapati suhu air meningkat, apa yang boleh kita lakukan adalah target ikan pada kedudukan yang dalam.

Namun, jika kolam tersebut lebih cetek dari 7 kaki, maka kita boleh lupakan aktiviti memancing disitu buat seketika kerana ikan hanya akan mendap di dasar.

Pada hari yang panas pula, cuba sasarkan gewang ke kawasan teduh seperti bawah pokok kerana selalunya ikan berada di sana.

Penutup: Tidak Semua Ikan Pasif bila Suhu Sejuk

air sejuk

Bukan semua spesis ikan terjejas dengan perubahan suhu.

Contohnya ikan sebarau.

Ikan ini menjadi sangat aktif pada musim hujan kerana ia musim mengawan bagi mereka.

Pada waktu inilah ramai pemancing turun untuk memburu sebarau kerana ia musim terbaik untuk menjumpai kawanan serigala air ini feeding frenzy.

Artikel ini ditulis berdasarkan kepada pengalaman saya memancing ikan di muara dan pesisiran laut sahaja.

Ia mungkin tidak terpakai kepada ikan air tawar pergunungan.

Semoga perkongsian  ini memberi manfaat kepada anda yang membaca.

Jika terdapat kesalahan fakta atau teknikal, mohon perbetulkan saya agar sama-sama kita dapat menimba ilmu dalam dunia memancing.

Akhir kata, kumpau itu indah! ???? 

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

3 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
JamAzan.com
3 tahun yang lalu

Betul lah ckp org2 tua kan. kalau hujan ikan tak makan, air nak.. saya x percaya. lepas baca artikel tuan, ia berkait langsung dgn suhu air. tksih

En. Bezita
En. Bezita
4 tahun yang lalu

Terima kasih di atas perkongsian tuan.