Ramai di antara kita cenderung untuk “meluahkan” apa sahaja yang kita terfikir dan rasakan.
Tetapi sebenarnya, dalam kebanyakan masa — ia selalunya tidak perlu.
Kata-kata yang kita ucapkan mempunyai kuasa untuk melakukan banyak perkara baik..
.. malah, ia juga sangat berkuasa menjadi alat untuk menyakiti, menimbulkan kemarahan, dan akhirnya membuat diri kita sendiri rugi.