Bagaimana Saya Membina Kompas Arah Kiblat

kompas arah kiblat online akuislam

Baru-baru ni, saya gatal tangan pergi buat satu Kompas Arah Kiblat untuk AkuIslam.

Bunyinya macam saya bangun pagi, buka laptop, kemudian terus berubah menjadi programmer. Tapi hakikatnya, saya ni bukan seorang programmer pun.

Saya cuma orang tua yang dah terlalu lama menjaga website sampai terpaksa memahami benda-benda di alam sebalik tabir seperti DNS, Cloudflare, PHP, JavaScript dan cache invalidation.

Masa darjah satu dulu, kalau cikgu tanya cita-cita, tak adanya saya nak tulis, “Bila besar nanti saya mahu troubleshoot cache, cikgu.”

Tetapi begitulah hidup. Kita merancang hendak menjadi orang biasa. Tiba-tiba pada tahun 2026 kita sedang berbahas dengan dua AI tentang sensor magnetometer telefon. 🤣

Objektif asal saya sebenarnya mudah: saya mahu AkuIslam mempunyai satu alat arah kiblat yang jelas, jujur tentang hadnya dan cukup boleh dipercayai untuk saya sendiri gunakan.

Baca Sepenuhnya