Apa Yang Memberi Kita Nilai Sebagai Manusia? Roh Kita.

Roh kita memberikan nilai kepada kita
Photo by Joshua Earle on Unsplash

Roh kitalah yang menjadikan kita sebagai seorang manusia.

Tanpanya, diri kita tiada apa-apa nilai.

Ilmu sains memberikan tumpuan kepada aspek fizikal badan walaupun sebenarnya roh lah yang menjadi pemacu produktiviti yang lebih hebat berbanding tubuh fizikal.

Roh sentiasa tidak dihiraukan kerana kita hidup dalam kepercayaan masyarakat moden yang secara asasnya percaya, “jika kamu tidak boleh menyentuhnya, merasakannya, menghidunya, melihatnya, mendengarnya, maka ia tidak wujud”.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Al-Israa’ ayat 85

Walaupun Allah tidak banyak berbicara tentang roh, tetapi Dia banyak menjelaskan cara untuk memperkasanya.

Islam satu-satunya agama yang menawarkan sistem praktikal dan seimbang antara memberi ‘makan’ kepada roh dan memenuhi kehendak tubuh.

Daripada solat lima waktu kepada berpuasa pada bulan Ramadan, Islam mempunyai pelan tindakan untuk memperkasa roh kita sambil mendorong kita untuk melibatkan diri dalam dunia moden ini.

Dalam buku 7 Habits of Highly Effective People, Steven Covey menyatakan satu tabiat iaitu “bermula dengan matlamat akhir dalam minda”.

Sebagai seorang Muslim, “matlamat akhir” tersebut secara mudahnya adalah alam akhirat kita.

Hubungan dengan matlamat akhir ini akan memperkaya jiwa kita, lalu kita akan mempercayai akhirat serta menjadi produktif.

Jika kita percaya bahawa ada hidup selepas mati, maka logiklah jika kita akan memastikan produktiviti kita selari dengan ganjaran pahala di akhirat nanti.

Namun, jika ini tidak berlaku, bermaksud kita tidak banyak berfikir tentangnya.

Syurga adalah “tempat lahir” kita kerana di sanalah Adam a.s diciptakan dan hidup buat pertama kalinya.

Al-Quran mengaitkan dengan menyatakan:

Dan kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.

Surah al-Baqarah ayat 35

Namun, Adam a.s dan isterinya ingkar pada arahan Tuhan lalu memakan buah daripada pohon yang dilarang.

Maka mereka diturunkan ke dunia (walaupun selepas mereka diampunkan), sebagai ujian kepada mereka dan anak cucu mereka, bagi melihat siapakah yang layak untuk kembali ke syurga dan dikurniakan kasih sayang Allah.

Malangnya, kita telah lupa tentang kisah ini.

Kita hidup di dunia seolah-olah kita akan hidup selamanya.

Bahkan, jika kita bercakap tentang akhirat, kita akan dipandang pelik oleh orang lain.

Padahal dengan menyedari bahawa adanya alam akhirat, hari kiamat, dan kehidupan kekal abadi di Syurga atau neraka, ia menjadi motivasi berkesan bagi sesiapa yang benar-benar menginginkan cara hidup produktif.

Bahkan Rasulullah SAW telah mengajar kita bahawa seorang manusia akan ditanya tentang lima perkara pada hari kiamat:

  • Pengetahuannya dan bagaimana ia digunakan
  • Masa mudanya dan bagaimana ia dijalani
  • Hidupnya bagaimana
  • Masa lapangnya
  • Hartanya bagaimana ia diperoleh dan dibelanjakan.

Jika kita berfikir tentang lima soalan ini, semuanya dikaitkan dengan produktiviti:

  • Adakah kita produktif dengan ilmu kita dan menggunakannya dengan baik?
  • Adakah kita produktif dengan kehidupan masa muda kita dengan memberi khidmat kepada masyarakat atau membazirkan dengan bermain video games?
  • Adakah kita produktif dengan duit kita, sama ada ia diperoleh daripada sumber yang baik dan dibelanjakan dengan betul?

Fokus di sini adalah akhirat yang menjadi pemacu terhadap keseimbangan antara peranan-peranan kita.

Ia bukan hanya tentang menjadi pelajar atau pekerja yang produktif, ia juga tentang menjadi ibu bapa, anak, isteri, suami, jiran, warganegara dan muslim yang produktif.

Artikel ini dipetik daripada buku The Productive Muslim tulisan Mohammed Faris.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments