Deria Bau Ikan: Bagaimana Ia Berfungsi dan Apa Gunanya Kepada Pemancing?

Deria bau ikan

Adakah ikan benar-benar boleh menghidu bau di dalam air?

Jawapannya, YA.

Malah bagi banyak spesies ikan, deria bau bukan sekadar deria tambahan.

Ia adalah salah satu sistem penting yang membantu ikan mencari makanan, mengenal pasti pasangan, mengesan bahaya, membaca kehadiran ikan lain, dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling.[1]

Namun, ikan tidak menghidu bau seperti manusia menghidu udara. Apa yang kita panggil sebagai “bau” dalam dunia ikan sebenarnya ialah isyarat kimia yang larut dan bergerak di dalam air.

Isyarat ini boleh datang daripada makanan semula jadi, bangkai, tumbuhan reput, ikan lain, bahan buangan, atau umpan yang kita gunakan.

Sebab itu, bagi pemancing, memahami deria bau ikan bukan sekadar ilmu biologi.

Ia boleh membantu kita memahami mengapa sesuatu umpan berbau kadang-kadang sangat berkesan, dan mengapa pada masa lain ikan langsung tidak peduli walaupun umpan itu kelihatan cukup meyakinkan.

Dalam memancing, bau bukan segala-galanya.

Tetapi bau ialah salah satu bahasa halus yang digunakan ikan untuk membaca dunia di bawah permukaan air.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Deria Pendengaran & Penglihatan Ikan Berfungsi?

Ikan adalah makhluk yang mempunyai deria yang luar biasa. Ia membolehkan mereka bernavigasi dan memburu dalam persekitaran lautan yang luas dan kompleks.

Memahami bagaimana deria ikan ini berfungsi, terutamanya deria pendengaran dan penglihatan mereka, boleh memberikan kelebihan besar kepada kita sebagai pemancing.

Artikel ini akan berkongsi dengan lebih mendalam bagaimana ikan mendengar dan melihat, serta bagaimana pengetahuan ini boleh dimanfaatkan dalam teknik memancing seperti jigging.

Baca Sepenuhnya

Cara Setting Drag Reel Pancing [Oleh Pak Wong]

Bagaimana cara setting drag reel pancing yang betul?

Ini adalah perkongsian kaedah melaraskan sistem tegangan (drag) mesin pancing yang betul, yang dikongsikan oleh pemancing lagenda Malaysia iaitu Pak Wong.

Perkongsian ini sememangnya satu ilmu yang sangat bermanfaat kepada para pemancing untuk menggunakan peralatan memancing dengan betul dan membantu menawan ikan semasa dalam perlawanan.

Baca Sepenuhnya

Memahami Tanda, Ciri & Sifat Manusia Narsistik

Sifat narsistik

Narsistik, sebagaimana juga psikopat, merupakan sebahagian daripada variasi dalam spesies manusia.

Seperti adanya orang yang pendiam dan yang peramah, yang bangun awal pagi dan yang suka berjaga malam, peminat kucing atau anjing — begitu juga wujudnya narsistik.

Satu aspek penting yang harus diingat tentang narsisistik ialah ia bukan penyakit. Ia tidak merupakan masalah mental seperti yang sering disalahanggap. Anda tidak boleh merawatnya dengan ubat-ubatan.

Jadi, apa sebenarnya narsistik?

Baca Sepenuhnya

How To Expand The Starlink’s Wifi Coverage?

In this article, I will share how to extend and expand Starlink’s WiFi to reach every corner of your house.

The basic premise of my method is using a TP-Link router as a repeater. So if you already know about this, this article may not be suitable for you as it is intended to be step-by-step tutorials for people who don’t have any knowledge about Wi-Fi configuration.

So, if you are the kind of person that I intend for, let’s begin…

Baca Sepenuhnya