Bagaimana Otak Kita Berfikir dan Membuat Keputusan Dalam Kehidupan Seharian?

membuat keputusan memerlukan proses mental

2 + 2 =

Melainkan anda seorang yang lembam, anda tak akan dapat mengelakkan daripada memikirkan nombor “4” bila anda melihat persamaan diatas.

Betul tak?

Dalam cara yang sama juga, apabila anda melihat perkataan “gotong”, secara automatik pasti akan meninggalkan perkataan “royong” dihujung lidah anda.

Ini adalah bukan satu kebetulan.

Otak kita membuat beribu-ribu keputusan setiap hari.

Kebanyakan daripada mereka (seperti kita memilih mahu susu atau gula didalam kopi) dibuat secara automatik.

Selainnya (seperti memutuskan dimana anda mahu pergi makan malam ini) akan mengambil sedikit masa dan memerlukan proses mental bekerja untuk membuat keputusan.

Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat dua sistem yang berasingan pada otak manusia yang bertanggungjawab dalam proses membuat keputusan.

Untuk membuat keputusan yang baik, kita perlu memahami bagaimana setiap sistem ini berfungsi…

… dan tahu bagaimana kita boleh bertukar dari satu sistem ke sistem yang satu lagi.

 

Bagaimana kita membuat keputusan?

Prof. Daniel Kahnemen adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan mempopularkan unsur berbeza dalam otak membuat keputusan di dalam bukunya berjudul Thinking Fast and Slow

Dalam bukunya, Kahneman mengklasifikasikan dua sistem yang berbeza di dalam otak:

  • Sistem 1 adalah pantas, primitif dan automatik.

Ia adalah sebab mengapa kita boleh menyelesaikan perkataan “gotong-royong” tanpa memerlukan kita berfikir langsung.

Sistem 1 juga adalah sebahagian daripada sebab mengapa kita boleh memandu di jalan yang kosong sambil melayan muzik dan membiarkan fikiran kita merawang jauh.

  • Sistem 2 wujud pada spektrum yang berbeza.

Sistem 2 ini adalah lebih teliti, dikira dan berlaku dalam keadaan sedar.

Ia terlibat dalam situasi yang memerlukan mental kita bekerja.

Berbanding dengan sistem 1 yang bertanggungjawab menyelesaikan “2 + 2 =”, sistem 2 akan menjadi aktif apabila kita diminta untuk menyelesaikan persamaan 1769 x 91.

Ia juga akan menjadi superhero yang bertanggungjawab bila kita ingin memastikan kita parking kereta dengan selari dan tepat di dalam ruang yang sempit.

Thinking fast and slow, Prof. Daniel Kahnemen.
Thinking fast and slow, Prof. Daniel Kahnemen.

Pertukaran antara dua sistem ini adalah sangat penting..

Ianya sangat mustahil untuk membuat semua keputusan didalam aktiviti harian kita menggunakan sistem 2.

Ini kerana kita hanya mempunyai tenaga mental yang terhad. Ia hanya diperuntukkan dalam menyelesaikan tugasan yang lebih kompleks.

“Had mental” adalah sebab mengapa anda mungkin menutup radio atau berhenti bercakap ditengah perbualan dengan penumpang lain ketika anda memandu di jalan yang sibuk.

Ini kerana jika anda cuba untuk melakukan dua tugas yang memerlukan mental bekerja pada masa yang sama sekaligus, anda mungkin akan gagal pada salah satu tugas atau kedua-duanya sekali.

Maka disinilah dimana sistem 1 memainkan peranan yang sangat penting.

Dengan membuat banyak keputusan secara automatik dalam keadaan separa-sedar, kita boleh menjimatkan tenaga mental kita untuk kegunaan situasi yang penting sahaja.

Sistem ini berfungsi dengan baik untuk tugasan mudah seperti berjalan (sangat automatik) dan bercakap di telefon.

Walau bagaimana pun, dalam sesetengah keadaan, sistem 1 boleh membawa kita kepada kesilapan dalam penilaian.

Anda mungkin pernah melihat gambarajah ini sebelum ini:

Dua garisan dilukis.

Satu garisan mempunyai anak panah menghadap ke dalam, satu lagi garisan mengadap ke luar dan menjauh.

Yang mana satukah lebih panjang?

garisan-ilusi-Müller-Lyer

Sebenarnya, kedua-kedua garisan ini adalah sama panjang (ilusi Müller-Lyer).

Namun, sistem 1 otak kita serta-merta mengatakan bahawa garisan B adalah sedikit lebih panjang berbanding garisan A.

Ilusi diatas membantu menjelaskan masalah yang akan berlaku bila kita “membiarkan” sistem 1 berjalan secara bebas.

Oleh kerana sistem 1 adalah automatik dan separa-sedar, ia boleh membawa kepada kesilapan dalam penilaian apabila tidak dikawal.

Dalam urusan membuat keputusan yang lebih baik:

.. ia melibatkan pertukaran pemikiran kita dari sistem 1 kepada pemikiran yang lebih sedar iaitu sistem 2 apabila diperlukan.

 

Memperbaiki Proses Otak Kita Membuat Keputusan

Bertukar dari sistem 1 kepada sistem 2 adalah sukar, tetapi kajian menyatakan bahawa ianya tidaklah mustahil.

Disini terdapat beberapa langkah untuk menukarkan sistem pemikiran (sedar/separa-sedar) dan membuat keputusan yang lebih baik.

tenaga-mental

1. Mengautomatikkan keputusan sebanyak yang mungkin

Otak kita akan penat bila kuat berfikir.

Apabila otak kita kepenatan, kita cenderung untuk membuat keputusan yang teruk.

The busier people are, the more they have on their minds, and the more time constraints they face, the more likely they will be to rely on System 1 thinking.”

Petikan diatas dipetik daripada kajian yang dibuat oleh Harvard Business Review.

Secara ringkasnya, otak kita adalah sama seperti otot. Ia boleh mengalami kepenatan.

Kesan ini dikenali sebagai keletihan keputusan (decision fatigue).

Semakin banyak kita membuat keputusan, bahagian sistem 2 pada otak kita akan mengalami kepenatan.

Kita akan mula untuk memilih keputusan mudah seperti berhenti untuk makan di restoran makanan segera dalam perjalanan pulang dari kerja, dan bukannya melakukan apa yang sepatutnya iaitu masak makanan di rumah.

Mungkin cara yang paling mudah untuk memerangi decision fatigue adalah dengan hanya membuat sedikit keputusan.

Kita tidak perlu pening kepala memikirkan perkara rumit dalam kehidupan seharian.

.. tetapi hanya memfokuskan untuk menjimat tenaga mental dalam membuat keputusan yang benar-benar penting sahaja.

Contohnya, mengautomasikan beberapa keputusan mudah dalam kehidupan harian anda:

  • Pilih daripada hanya beberapa pilihan makan tengah hari yang anda rotate setiap minggu.
  • Meminta pelayan restoran mencadangan makan malam supaya anda tidak perlu merenung menu yang memeningkan itu (yang mana akhir sekali anda pilih jugak balik makanan yang anda biasa makan)
  • Hadkan baju didalam almari anda supaya anda tidak pening memilih pakaian mana untuk dipakai esok hari.

Kuncinya adalah untuk mengurangkan jumlah tenaga mental yang perlu digunakan pada perkara remeh supaya anda boleh menyimpannya untuk membuat pilihan yang lebih penting.

 

2. Pertimbangkan pilihan yang sedikit. Minimumkan pilihan yang ada.

Sukar membuat pilihan?
Sukar membuat pilihan?

Jika anda pernah berada di hypermarket, anda akan tahu beban mental boleh datang dari sesuatu yang mudah seperti memilih jenama jem dan mentega kacang.

Hypermarket biasanya mempunyai purata lebih 40 pilihan.

People are worried they’ll regret the choice they made.

Kaedah yang terbaik apabila anda ingin membuat keputusan adalah dengan mengelakkan pelbagai variasi pilihan.

Less is more.

Sebagai contoh:

jika anda pergi ke panggung wayang, pilih jenis genre yang anda mahu tonton terlebih dahulu, sebelum melihat senarai filem yang ditayangkan pada hari tersebut.

Jika anda akan keluar untuk makan, pertimbangkan hanya pergi ke restoran yang menyediakan makanan tertentu sahaja. Contohnya kedai sate.

Dengan mengehadkan jumlah pilihan, anda akan membuat keputusan yang lebih baik.

Perkara ini adalah realiti..

Saya pernah menjalankan experiment di blog saya, akuislam.com dengan meminimumkan pilihan artikel berkaitan selepas entri daripada 10 kepada 3 sahaja.

minimumkan-pilihan-akuislam

Hasilnya sungguh mengejutkan apabila data menunjukkan peningkatan mendadak dari segi pageview blog daripada 10K pageview sehari kepada purata 15K pageview sehari.

Satu peningkatan dengan angka 50%!

Ini bukti bahawa pilihan yang minimum akan memudahkan kita membuat keputusan.

Ini akan mengelakkan analysis paralysis.

 

3. Menjangkakan perkara sebaliknya terjadi..

hindsight-bias

Adakah anda meramalkan dengan tepat siapa yang akan menang pilihan raya 2014 yang lepas?

Walaupun anda berasa sangat yakin (anda mempunyai hujah dan sebab yang kukuh sejak dari awal lagi), penyelidikan menunjukkan bahawa anda mungkin salah.

Perangkap mental ini menyebabkan kita berasa lebih yakin dengan pengetahuan kita selepas peristiwa-peristiwa ini betul-betul berlaku.

Ia dipanggil ‘bias pengalaman yang lalu’ (hindsight bias)

Apabila anda telah mengetahui keputusan pilihan raya, anda dengan serta-merta akan disambungkan dengan memori lain yang disimpan dalam otak untuk mengukuhkan lagi sambungan.

Hasilnya, ia akan ditanam ke dalam memori anda, lalu menyebabkan anda akan berasa lebih yakin bahawa anda sudah boleh tahu itu semua.

Hindsight bias boleh membuatkan kita teruk membuat keputusan dalam dua cara:

  • Pertama, ia menghalang kita daripada pembelajaran. Menurut Neal Roese: “If you feel like you knew it all along, it means you won’t stop to examine why something really happened”
  • Kedua, bias pengalaman lalu juga membuatkan kita berasa over-confident dalam membuat penilaian kita sendiri.

Anda merasa jika anda biasanya sentiasa betul, mengapa pula anda akan menjadi salah masa akan datang?

Prof. Richard Larrick telah memperkenalkan penyelesaian yang mudah untuk penyakit terlalu yakin dalam penghakiman – iaitu kita sendiri perlu menganggap sebaliknya.

Prof. Larrick menjelaskan:

Consider the opposite’ works because it directs attention to contrary evidence that would not otherwise be considered.

Jadi, dengan melihat sesuatu situasi dari sudut yang berbeza seolah-olah apa yang berlaku adalah bertentangan sama sekali..

.. kita boleh belajar memperbaiki proses membuat keputusan, jika pada lain masa jika situasi yang sama berulang.

 

4. Tanya diri kita, “Apa yang orang lain akan lakukan?”

Jika anda mempunyai satu keputusan yang sukar untuk dibuat, perkara yang semulajadi yang mungkin anda lakukan adalah pergi kepada rakan baik anda dan meminta pendapat mereka.

Kita mengharapkan orang lain untuk mempunyai pandangan yang lebih rasional dalam subjek itu.

decision-making

Mengambil perspektif orang luar boleh membantu mengatasi banyak kesilapan mental yang kita buat setiap hari.

Lain kali anda mempunyai satu keputusan yang sukar untuk dibuat, cuba meletakkan diri anda dalam kasut orang lain.

Sebagai contoh, bagaimanakan mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir menyelesaikan masalah?

Walaupun apa yang anda fikirkan bahawa jawapan Tun bukan betul pun, tetapi pandanglah ia mungkin membuka fikiran anda..

.. sehingga ke sudut pandangan yang berbeza yang mana mungkin anda tidak pernah terfikirkan.

 

Penutup: kesilapan tetap akan wujud

Adalah mustahil untuk mengelakkan semua kesilapan dalam pilihan yang kita lakukan setiap hari.

Kita membuat beribu-ribu keputusan setiap hari, dan banyak diantara keputusan tersebut dibuat dalam keadaan separa-sedar.

Kita pasti tersilap.

Tetapi dengan mengurangkan keperluan membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang remeh, minta pandangan orang lain, atau mempertimbangkan pilihan lebih sedikit..

.. kita boleh menjimatkan banyak tenaga decison-making kita yang terhad itu untuk perkara-perkara yang benar-benar penting sahaja.

Bagaimanakah anda membuat keputusan setiap hari?

Adakah anda lebih bergantung dengan sistem 1, atau lebih cenderung kepada sistem 2?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

3 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
hana
hana
2 tahun yang lalu

no idea

Taiko
Taiko
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum thanks wei….
Buntu kdg2