Bagaimana Saya Memilih Tema WordPress Terbaik, Yang Mesra SEO?

Bagaimanakah memilih tema wordpress dan design web yang sempurna?

Bagaimana untuk memilih tema wordpress yang benar-benar bagus?

Sebelum kita bermula, mari jawab satu soalan:

Adakah berbaloi untuk membeli template wordpress premium sedangkan kita boleh dapatkannya secara percuma?

Apa kelebihan menggunakan tema wordpress premium?

Anda memang seorang yang genius kerana memilih wordpress sebagai platform laman web bisnes atau blog peribadi anda.

WordPress hebat kerana ia disokong oleh komuniti yang sangat besar dan mempunyai sumber yang tiada had dalam membina laman web.

Ia percuma.. dan untuk selamanya!

Tetapi bila anda mula mencari template atau tema wordpress terbaik untuk laman web bisnes anda, anda pasti akan tenggelam di dalam ribuan pilihan yang melemaskan.

Terdapat beribu-ribu pilihan diluar sana!

Mempunyai terlalu banyak pilihan akan mengundang kepada analysis paralysis, kerana kita perlu bekerja keras untuk membuat pilihan yang betul dalam keadaan yang tidak pasti.

Dengan kehadiran tema atau template wordpress yang tanpa had, anda akan mudah untuk tersalah pilih tema teruk dari segi kualitinya.

Di dalam dunia yang terlampau banyak pilihan ini, adalah berbaloi untuk anda belajar bagaimana menentukan pilihan yang tepat dengan keperluan anda.

Dan itulah yang saya akan ajar anda pada hari ini.

Bila anda tahu apa yang perlu diutamakan, ia akan membantu anda mengecilkan skop pilihan anda daripada 500 ke 10 sahaja.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa yang saya percaya ia adalah faktor paling penting yang perlu dipertimbangkan, supaya anda boleh tahu dengan tepat apa yang harus anda lihat semasa memburu tema wordpress yang benar-benar bagus.

Bagaimana template wordpress atau tema yang bagus dari segi SEO sebenarnya?

Semua pemilik laman web ingin mendapatkan kedudukan yang baik dalam SERPs (Search Engine Results Page).

Lebih cepat lebih bagus.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan tema wordpress yang bagus.

google panda

Walaupun ini bukan faktor utama, tetapi pemilihan tema yang tepat akan banyak membantu memudahkan laman web di index oleh Google.

Dan apa yang lebih penting, ia mesra kepada pengguna (good user experience). Membuatkan mereka jatuh cinta kepada blog kita.

Pengalaman saya selama beberapa tahun menggunakan pelbagai tema dari pelbagai developer banyak membantu saya menentukan apa yang terbaik.

Disini saya senaraikan 7 elemen yang harus dipertimbangkan. 

Nota: urutan adalah bermula dengan perkara yang paling penting.

 

1. Support dan update berterusan dari developer


WordPress adalah CMS yang sentiasa berubah setiap hari.

Dari masa ke semasa, pasti ada update terbaru dari pihak WordPress. Versi wordpress sekarang adalah 4.6, yang diberi nama jolokan, ‘Pepper‘.

Update adalah penting untuk keselamatan website anda.

Ia bertujuan menutup ‘lubang-lubang’ yang mungkin mendatangkan ancaman, dan pada masa yang sama menambah feature yang terbaru selari dengan perkembangan teknologi.

Selalunya, plugin dan tema juga akan turut mendapat update dari developer masing-masing sejurus berlaku perubahan pada wordpress.

Ini supaya plugin dan tema mereka sepadan dengan berubahan yang berlaku dalam versi terbaru wordpress.

Genesis customer support

Masalah yang mungkin akan timbul adalah apabila tema wordpress anda gunakan tidak mendapat update sepatutnya dari developer yang bertanggungjawab.

Dengan erti kata lain, tema tersebut telah diabaikan.

Developer datang dan pergi dengan cepat.

Mungkin hari ini kita beli tema dari mereka, esok mereka tutup kedai. Kita dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. (Dimana perkara ini telah berlaku kepada saya)

Selalunya perkara ini berlaku kepada tema percuma. Ia juga berlaku kepada tema premium yang dibeli dari developer tidak berdedikasi.

Prinsip pertama saya sebelum membeli sebarang tema wordpress adalah:

  • Lihat latar belakang developer terlebih dahulu. Adalah bijak untuk membeli tema dari developer yang telah mempunyai reputasi yang baik.
  • Developer yang mempunyai reputasi yang baik biasanya telah lama berada dalam bidang ini, dan mendapat rekomendasi dari banyak pihak.
  • Mempunyai komuniti yang besar dan forum/laman khas untuk menyokong masalah teknikal berkaitan tema mereka.
  • Aktif mengemaskini tema mereka untuk membaiki sebarang bug.
  • Apa yang paling penting, mereka menyediakan staff yang berdedikasi menjawab setiap pertanyaan dan membantu menyelesaikan masalah kita berkaitan tema

2. Memilih tema wordpress yang laju


memilih tema wordpress yang lajuLaman web anda sepatutnya boleh diakses dalam masa kurang 2 saat.

Walaupun perkara ini secara teknikalnya melibatkan beberapa perkara (hosting, cache dan cdn), tetapi template atau tema juga memainkan peranan yang besar.

Manusia adalah makhluk yang tidak sabar. Mereka akan menutup browser ke laman web anda jika loading ke lama web anda melebihi 5 saat.

Laman web yang laju bukan sahaja meningkatkan kesan user experience secara umum, tetapi ia juga akan meningkatkan ranking website anda dalam enjin carian.

Jadi apa yang menyebabkan website menjadi berat dan lembab?

  • Terlalu banyak fungsi

Berhati-hati dengan tema yang menawarkan terlalu banyak feature.

Contohnya pelbagai jenis slider, 4-5 jenis pre-install plugin dan banyak menggunakan animasi javascript.

Mungkin anda terpesona dengan tawaran yang diberi, tetapi anda harus sedar bahawa tiada website yang membuat terlalu banyak HTTP request mampu memberi prestasi yang optimum.

  • Penggunaan format media yang besar

Nasihat saya, elakkan tema yang menggunakan imej penuh (full-width), video pada latar belakang, format flash dan sebagainya.

Ia terlalu berat untuk dioptimasi.

Less is more.

  • Coding yang lemah

Amalan coding yang lemah memberi impak yang besar kepada prestasi website.

Code yang lemah berlaku biasanya apabila developer tidak mematuhi standard coding wordpress dan amalan standard terkini yang diguna pakai developer seluruh dunia. Ia juga berlaku apabila tema tersebut sudah lama tidak diupdate

Jadi ambil masa untuk periksa sejarah kemaskini tema tersebut.

Jadi bagaimana menguji sesuatu tema sebelum kita beli?

Anda boleh melakukan ujian ini untuk memeriksa tema tersebut baik atau tidak.

Ada dua tools kegemaran saya dalam menjalankan ujian kertas litmus ini:

  1. Pingdom Tools
  2. GT Metrix

Buka salah satu link ke tools diatas. Contohnya ke Pingdom Tools.

typable theme by array
Ini adalah ujian terhadap demo page tema Typable bagi Array Theme. Tema ini ditawarkan secara percuma, tapi kualitinya cukup power. Keputusan yang ditunjukkan adalah memuaskan memandangkan tiada cache dan CDN digunakan.

Masukkan URL laman demo tema tersebut, dan lihat seberapa lama laman tersebut ambil masa untuk dimuatkan (loading) dan berapa banyak HTTP request yang dibuat.

 

3. User Experience Yang Baik


Design yang baik adalah mesra pengguna.

Tujuan sesuatu template atau tema adalah untuk menjadikan website anda kelihatan hebat dan mempersembahkan jenama anda sebaik yang mungkin.

strategi memilih tema wordpress yang sesuai

Jika anda membina blog, apa yang paling penting adalah penulisan anda. Ia perlu dipaparkan secara jelas dan mesra kepada mata.

Ia adalah komoditi utama blog anda.

Banyak tema wordpress datang dengan pelbagai warna, layout yang kompleks, animasi yang menarik dan sebagainya.

Tapi selalunya kita tidak perlukan langsung perkara-perkara ini.

Cari tema yang mempunyai design layout yang akan menyokong anda mencapai matlamat.

Tujuan rekabentuk adalah untuk membantu pembaca mencari informasi yang mereka perlukan dan pada masa yang sama juga membantu anda (pemilik website) mencapai matlamat.

Walaupun website anda nampak hebat tetapi tidak membantu anda mengembangkan bisnes atau mendapat pembaca, maka itu bukanlah template yang baik.

Ia seharusnya membantu memudahkan pembaca anda merayau dalam website anda untuk mencari maklumat yang mereka perlukan.

Jadi utamakan design yang simple dan gunakan kelebihan white space.

 

4. Mobile Responsive


Bermula tahun 2015, Google meletakkan mobile responsive sebagai salah satu metrik penting dalam menentukan kedudukan pada enjin carian.

memilih tema wordpress yang mobile responsive

Mobile responsive bermaksud kebolehan dan kemampuan website anda mengadaptasi paparannya untuk semua jenis peranti.

Ia akan kelihatan muat dengan baik, mudah dibaca dan mudah digunakan walaupun anda melayarinya daripada laptop, tablet mahupun telefon pintar.

Maka tema mobile responsive adalah satu kewajipan.

Salah satu cara untuk menguji adakah sesuatu tema itu mobile responsive atau tidak, adalah menguji laman demo tema tersebut pada Google Mobile Friendly Website Tests

 

5. Dioptimasi untuk SEO


Apabila digabungkan dengan plugin seo yang bagus, wordpress adalah CMS yang paling mesra seo.

Apabila memilih tema, lihat tema yang ditanda dengan ‘seo optimized’ atau ‘seo ready’ dalam penerangan tema tersebut, tetapi janganlah percaya bulat-bulat.

Banyak developer mempergunakan perkataan ini untuk melariskan jualan mereka. Berhati-hatilah.

memilih tema wordpress yang mesra seo

Bagaimana memilih tema wordpress yang telah dioptimasi untuk enjin carian?

Secara asas, ia melibat dua perkara asas, iaitu code dan kelajuan.

Apa yang paling penting disini adalah kod tema tersebut.

Ia sepatutnya bersih, jelas dan menggunakan amalan terbaik SEO yang paling terkini, untuk memastikan tema tersebut dibina dengan struktur yang disukai oleh bot Google.

Antara faktor penting lain yang boleh dipertimbangkan:

  • Penggunaan heading dan meta title tag yang betul
  • Menggunakan struktur HTML yang betul dan valid.
  • Integrasi open graph meta tag dan menyokong microdata

Perkara ini mungkin memeningkan buat non-coder blogger atau mereka yang masih baru.

Tidak mengapa, sekurang-kurangnya anda telah tahu. Anda akan faham nanti.

Apa yang ingin ditekan disini adalah: Template wordpress seharusnya mampu mengendalikan SEO asas untuk anda, seperti kod yang ringan dan struktur yang jelas.

 

6. Menyokong plugin yang wajib gunakan


Kuasa sebenar wordpress terserlah dengan kehadiran plugin.

plugin jetpack untuk wordpress

Plugin menjadikan semuanya tidak mustahil untuk dilakukan dengan laman wordpress anda.

Dengan kehadiran beribu-beribu plugin diluar sana, ada sesetengahnya adalah mandatori dan wajib digunakan oleh setiap laman berasaskan wordpress.

Contohnya: Yoast SEO, Jetpack, W3C Total Cache dan sebagainya.

Pastikan tema WordPress tersebut menyokong semua plugin yang popular. Jika tidak pasti, jangan ragu-ragu untuk bertanya developer tema itu terlebih dahulu.

 

7. Senang untuk diubah suai


Setiap orang pasti ingin membuat sedikit ubah suai terhadap laman web mereka.

Sesetengah tema menyediakan dashboard khas untuk memberi kebebasan kepada pengguna mengubahsuai laman web mereka mengikut selera masing-masing, tanpa perlu menyentuh sebarang kod.

mengubah suai tema wordpress

Perkara ini menjadi semakin standard dalam dunia wordpress. Bagi saya ia adalah perkara yang baik kerana ia menyenangkan pengguna.

Jika developer ada menyediakan demo panel administration, cubalah ambil peluang ini untuk play around dulu dengan tema itu bagi memastikan anda boleh buat ubahsuai mengikut kemahuan anda.

Biasanya bab customizer ini berbeza mengikut developer. Dan pasti ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Untuk perbandingan, saya akan bandingkan tema wordpress dari dua developer paling popular: Studiopress vs Elegant Theme.

Tema studiopress adalah berasaskan framework Genesis. Mereka menyediakan banyak child theme yang menarik.

Secara asasnya, Genesis adalah sangat fleksible dengan apa sahaja design yang kita inginkan.

Tetapi mereka menghadkan option untuk ubahsuai, dan memerlukan anda membuat ubahsuai lanjut menerusi child theme menggunakan kod PHP dan CSS.

Walaupun mereka menyediakan banyak tutorial, tapi pengguna biasa yang tiada asas, perkara ini boleh membuatkan mereka sakit kepala tahap migrain.

Elegant theme, terutama produk flagship mereka, Divi, pula menggunakan kaedah drag and drop page builder.

Drag and drop adalah kaedah membina apa sahaja design website tanpa anda perlu menyentuh sebarang kod. Ia sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh lakukan.

Walaupun perkara ini sangat memudahkan anda mengubahsuai laman web, masalah akan muncul apabila anda menukar kepada tema lain kemudian hari nanti.

Kod-kod yang ditinggalkan oleh page builder ini akan memerlukan banyak kerja ‘pembersihan’ nanti.

Jika anda memilihnya tema berasaskan page builder, lebih baik anda kekal dengannya untuk jangka masa yang lama.

Kesimpulan

Walaupun tiada tema yang benar-benar sempurna, tetapi ia harus berbalik kepada point utama: Tema harus dibina dengan penuh kualiti.

Seperti yang anda lihat, mencari tema wordpress terbaik untuk website melibatkan lebih daripada memilih design yang kita suka.

Salah satu cara terbaik yang anda boleh lakukan apabila memilih tema wordpress adalah untuk menyiasat lebih lanjut tentang developer disebaliknya.

Jika developer tersebut mempunyai reputasi yang baik, maka sudah pasti tema mereka mempunyai kualiti yang tinggi.

Internet adalah transparent, gunakan kelebihan ini.

Semoga panduan yang saya tuliskan ini dapat membantu anda memilih tema wordpress yang laju dan menawarkan ciri-ciri yang anda perlukan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

4 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
umi
umi
5 tahun yang lalu

menarik. cuma saya masih tak jelas nak pilih tema yang bagus. sebab sekarang saya banyak guna tema yang percuma.

boleh inchenaim berikan cadangan, jenis tema yang sesuai? sekarang saya guna magazine basic. tapi, bila saya cuba install plugin yoast, tak berjaya. tak faham kenapa.

jadi, ingat nak cuba tema yang lain, yang boleh saya guna plugin seperti yang inchenaim cadangkan dalam artikel yang lain tu

Abdul
6 tahun yang lalu

Terbaik ….