Bagaimana Memilih Nama Domain Yang Tepat Dan Sesuai?

Adakah nama domain anda cukup unik?

Ya, salah satu keputusan yang paling sukar adalah memilih nama domain yang tepat untuk anda.

Anda harus “hidup” lama dengan nama yang anda pilih.

Setelah blog atau bisnes anda sudah berkembang, agak sukar untuk beralih kepada nama domain lain.

Kerana setiap brand akan mengambil masa yang lama untuk berkembang.

Sesiapa pun pasti tidak mahu membazirkan masa lagi.

Jadi apakah panduan untuk memilih nama yang sesuai dan tepat bagi blog atau bisnes anda?

Panduan Bagaimana Memilih Nama Domain 

Sekarang anda mungkin ingin memulakan jenama baru.

Mungkin juga anda suda mempunyai jenama dan sedang berhajat membina jenama online.

Saya faham, untuk setiap benda di zaman sekarang ini semua orang memerlukan website.

Tapi sebelum itu, anda harus berfikir panjang dan mendalam sebelum memilih nama domain.

Apakah nama yang anda pilih dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kehadiran jenama anda secara online.

Apa yang anda harus tahu, nama domain memberi impak yang besar terhadap web menerusi click-through rate (CTR) daripada hasil carian kepada media sosial, pautan rujukan, penjenamaan, dan pengiklanan secara offline.

Ada banyak aspek akan terkesan dengan pemilihan nama domain kepada jenama dan pemasaran anda secara online dan offline.

Untuk memudahkan anda, disini ada 5 kriteria yang penting dalam memilih nama domain yang tepat.

Jadi Peraturan Pertama Untuk Memilih Nama Domain Adalah:

1. Jadikan Ia “Berjenama

Jika anda dengan seseorang menyebutnya, adakah ia kedengaran seperti jenama atau seperti perkara umum?

bA

Masalah besar jika terdapat sengkang atau nombor dalam nama domain anda.

Ia tidak kedengaran sebagai satu jenama. Ia kedengaran seperti umum.

Jadi, elakkan sengkang dan nombor.

Disini kita perlukan satu nama yang betul-betul unik.

Sebagai contoh anda ingin menjual tudung dan jubah online.

Anda bercadang untuk menamakan website anda “kedaitudungjubahonline.com”

Itu adalah sukar dijenamakan. Terlalu umum dan sukar diingati.

Untuk mudah diingati, elakkan gunakan nama domain yang terlalu umum.

Kata kunci umum memang senang diingati, tetapi sukar untuk bertahan lama di dalam minda.

Jika anda inginkan sesuatu yang unik, formulanya adalah elakkan sama sekali menggunakan kata kunci separa atau tepat sebagai nama domain.

Ia tak bagus sebenarnya.

Malah ia membahayakan kedudukan anda dalam enjin carian kerana google menganggap anda cuba melakukan spam.

jubahonline.com

jubahbella.com

bellaammara.com

Jauhkan diri dari memilih jubahonline.com.

Saya rasa jubahbella.com adalah baik sedikit, senang disebut tapi belum cukup unik.

Bellaammara.com, jenama ini memang betul wujud. Sangat berjenama, unik dan menyerlah.

Saya akan ingat ia dengan sekali lihat. Sangat menarik.

2. Pilih nama mudah disebut

nama domian yang tepat

Mudah disebut maknanya mudah diingat.

Adakah ia boleh dieja dengan sekali dengar?

Ia berkenaan dengan konsep yang dipanggil Processing Fluency 

Processing fluency adalah sifat kognitif manusia yang dimana secara semulajadinya, kita akan ingat dan mempunyai ikatan positif terhadap benda yang kita mudah sebut dan mudah difikirkan.

Ia juga termasuk mudah disebut dalam fikiran kita.

Jika sesuatu nama itu sukar disebut, atau sukar diteka bagaimana ejaannya, anda akan kehilangan Processing Fluency.

Dan jika itu terjadi, anda akan kehilangan keboleh-ingatan dan segala kelebihan-kelebihan lain terhadap jenama yang anda cipta itu.

Gunakan bahasa tempatan jika anda ingin gunakan bahasa tempatan sebagai medium penulisan. Gunakan nama berasaskan english jika anda target antarabangsa.

Contohnya, TulipPutih.com – ia secara tidak langsung akan memberi gambaran website tersebut dalam bahasa melayu.

3. Pendek, Padat dan Diingati

Lebih pendek lebih mudah diingat.. dan mudah ditaip.

Ia akan menjadikan brand kita lebih menyerlah.

URL juga akan lebih cantik bila dikongsikan ke media sosial.

Lebih pendek lebih bagus.

Banyak syarikat berjaya didunia menggunakan nama yang pendek dan mudah diingati.

Contohnya:

  • facebook
  • amazon
  • google
  • yahoo
  • vocket

Be creative:

Kebanyakan nama berasaskan satu perkataan sudah diambil. Jadi kita perlu cipta sendiri perkataan kita.

Vocket adalah contoh gabungan dua perkataan iaitu Viral + Pocket, viral in the pocket.

Contohnya lain adalah seperti AirAsia, CelCom, Facebook dan YouTube.

Think local:

Jika anda ada target untuk pasaran tempatan, masukkan nama tempat dalam domain anda. Contohnya PizzaKajang.com

Ia akan menyenangkan pengguna untuk cari dan ingat.

Make it short and memorable.

Juga.. elakkan kekeliruan.

Jangan gunakan nama yang sudah dipakai atau sama dengan orang lain.

Dua perkara kita kena berhati-hati disini:

  1. kekeliruan kepada pengguna
  2. mengelakkan tindakan mahkamah

Lagi pun bila wujud kekeliruan, ia akan menjejaskan proses penjenamaan anda.

Yang penting jangan mengganggu trademark orang lain.

Nama tersebut mungkin telah dipatenkan hakcipta.

4. Berakhir dengan extention “.Com”

nama domain blog
Kredit imej kepada Elegant Theme

Kenapa mesti domain anda berakhir dengan .Com?

Kembali kepada bab cognitive fluency tadi, kita harus pilih sesuatu yang senang, dan yang orang sudah terkait.

Contohnya dalam masyarakat kita, apabila sesuatu yang melibatkan website atau internet, dalam fikiran mereka pasti terlintas dengan “.Com”.

Orang biasa, yang bukan dalam bidang teknologi masih mengaitkan .Com sebagai perkara utama dalam fikiran mereka.

Cuba ambil contoh Mudah.My

orang ramai sentiasa terkeliru Mudah.com atau Mudah.My

Mereka pasti akan menaip Mudah.Com buat pertama kali. Kita semua sudah terprogram dengan .Com perkara berkaitan internet

Jika anda hendak mencipta nama yang sangat berjenama dan boleh pergi jauh, anda harus memilih .Com

Jika nama domain yang anda target itu sudah tidak available untuk .Com, maka alternatifnya adalah pilih .My atau .Net

Pilih yang orang sudah terbiasa.

5. Periksa kehadiran nama domain tersebut di media sosial

Sebelum anda mendaftar nama domain pilihan anda, adalah lebih baik anda meninjau dahulu jaringan media sosial untuk nama yang sama.

Pastikan tiada orang lain telah membuat akaun atau page atas nama yang anda hendak register. Pastikan anda secure nama tersebut dengan segera.

Contohnya: facebook.com/domainanda, twitter.com/domainanda.

Untuk membina jenama, nama website dan nama di media sosial harus selari.

Penutup: Pilihan sebenarnya terletak ditangan anda.

Tidak semestinya nama yang anda pilih tidak boleh berjaya, kerana pengguna akan melihat kepada value yang dibawa.

Tetapi mungkin dengan memilih nama yang tepat dapat membantu jenama anda naik dengan lebih cepat tanpa banyak masalah.

Jenama yang anda boleh berbangga denganya.

Dan tidak malu untuk menyebutnya kepada orang ramai.

Jangan fikirkan apa yang anda suka pada waktu sekarang, sebaliknya fikirkan kesan nama itu pada 5 tahun akan datang.

Melabur sedikit masa untuk memilih nama blog yang sesuai memandangkan ia yang akan membezakan anda dengan orang lain.

Nama domain yang baik terbentuk dengan ciri-ciri yang baik dan kandungan yang hebat akan membantu anda menjadi unik dan menonjol di mata google.

Jadi dengan kriteria-kriteria yang disebutkan diatas, apakah nama domain yang terbayang difikiran anda? Mungkin anda ada cadangan yang ingin dikongsikan.

Mari kita bincangkan pada ruangan komen dibawah.

139 thoughts on “Bagaimana Memilih Nama Domain Yang Tepat Dan Sesuai?”

  1. Salam Tuan

    Nama syarikat saya ANF Solution.
    Gabungan huruf awal nama saya Noreen, suami Azmi dan anak² Farhanah, Farzanah dan Fattah.

    Bisnes saya adalah stokis kepada produk keperluan harian bahan pencuci pakaian dan pembersih utk rumah, pejabat, bengkel, kedai dobi.

    Apakah nama domain atau branding yang unik dan sesuai utk saya nak branding kan ye?

    Mohon jasa baik cadangan dari Tuan utk bantu saya????

    Reply
  2. salam, sy ingin minta pendapat..nama sy anis sofia dan bisnes handsock..ade satu cadangan untuk pilih sofea.co tetapi sy lebih selesa dgn nama anis..jadi sy buntu, x der idea mcm mana nk cipta nama yg sesuai..jika ade sesiapa yang sudi bagi pendapat, silakan reply :) terima kasih.

    Reply
  3. Salam..saya gabungkan nama sy dan anak2 saya..sbb bila letak nama saya bnyak page dah gunakannya..
    Jd sy memilih nama “AARQISYAN” utk brandingkan diri saya..

    Adakah nama ni senang disebut dan diingt?

    Reply
  4. Assalamualaikum, saya nor hidayu. Ingin bertanya, apakah nama yang sesuai untuk bisnes portable sumosauna? Untuk grow kan lagi team saya untuk masa kini dan masa akan datang. Terima kasih meluangkan masa. ????

    Reply
  5. Salam,,sya ernie hendak mmbuat tag nama untuk tudung,,apakah nama yg sesuai untuk sya tag kan dn sya nk nma yg nk Di tag kan tu brtahan lama dn mnjadi buah mulut orng..adakah cik boleh bg inspirasi atau idea pada sya,, sekian trima kasih

    Reply
  6. Slm,

    Saya ingin memulakan perniagaan homestay tetapi sy buntu utk memilih nama yg sesuai dan best. Nama2 yg sy ingin cadangkan semuanya telah ada dalam pasaran website.

    Mohon bantu saya.
    Terima kasih.

    Reply
  7. Assalamualaikum…
    Saya bercadang untuk menggunakan nama sendiri ( Hamidah Buang) untuk utk product hair care. .

    Nama perniagaan : hejbe hair beauty
    Nama domain : hejbe.com

    Adakah ia bersesuaian?..

    Reply
  8. Saya ingin menjual jenama tudung sendiri..masalah nye masih mencari nama yang sesuai..mohon jika ada nama yg sesuai. Untuk cadangan

    Reply
  9. Saya baru sahaja berniaga jenis sos… tapi masih mencari ilham jenama apa yang sesuai. Harap rakan disini boleh bagi idea serba sedkit utk produk saya.. Tqq..

    Reply
  10. Saya ingin memulakan perniagaan minyak wangi tetapi belum ada nama yg sesuai..diharapkan rakan² disini boleh membantu sya untuk mendapatkan nma yg sesuai utk minyak wangi jenama sendiri

    Reply
  11. Salam… Sya ingin membuka butik muslimah, tpi sya belum ada nama brand..

    Mohon sangat sapa yang boleh bagi cadangan nama butik sya

    Reply
  12. Sy nk buka kedai bundle ..sy ltk nama Bundle House tp seseorg bgtau nma tersebut still blom ckup kuat.. Mhon pertolongan anda Semua utk bg satu nama tambahan yg mnguatkan lg brand tersebut

    Reply
  13. Cadang kan nama restoran yg sesuai ..saya punya perniagaan lain yg bermula dengan SY singkatan nama … So saya nk pelbagaikan .telah cadangkan pada pegawai SSM , SY Stationz tapi reject alasan terlalu simple..

    Jika hendak pelbagaikan jrnis prniagaan dalam nama restoran perlu letak
    Trading, Enterprise dan resources
    Jadi tak sedap pula dengar.

    Mohon cadang kan

    Reply
  14. Saya jual mcm mcm produk makanan secara online. Sampai skrg saya masih pening nak letak nama utk bisnes saya. Lepas saya baca blog ni. Saya dapat idea nak letak nama bisnes saya ‘kitchensofia.com’ . Jadi, saya nak minta pendapat yg lain okay tak nama tu? Saya dah check dkt ig dan google takda orang lagi yg guna nama tu

    Reply
  15. Assalamualaikum
    Sya bercadang utk buat “mobile spa” sampai skrg masih belum ada jenama.admin blh Bantu berikan cadangan nama yang ssuai tak?terima kasih atas jg baik admin

    Reply
  16. Assalamualaikum wbt
    Sya bercadang nak jenamakan tudung tpi buntu fikirkn nama yang sesuai. Blh bntu sya. Syukran jazilan jazakillah khair.

    Reply
    • waalaikumussalam..maaf puan..sy bkn admin sini..cuma sekadar pembaca..sy terbaca komen puan..sy cuba cadangkan puan guna nama puan sendiri..contohnya Salbiah Ibrahim..puan nk buat jenama tudungkan? jadi nama puan disingkatkan..contohnya S.I Hijab..nama tu nampak pendek..dan org mudah nak ingat..dan puan pun mudah dikenali..sbb ia berasal dari nama puan sendiri..S.I bermaksud Salbiah Ibrahim..org akan mudah nak kenal..sekali lagi sy mintak maaf kerana mencelah..cuma berkongsi pendapat..

      Reply
  17. Hi,tn selamat malam..saya membuat sambal cili tuhau produk tempatan…saya tengah cari jenama produk…saya pening memikir…boleh tn bantu apa nama yang sesuai…terima kasih..

    Reply
  18. Hi, saya buat ladang. Nama apa yang sesuai untuk syarikat saya ye?
    Saya perlu meletakkan AGRO di belakang
    (_________AGRO)
    Terima kasih.

    Reply
  19. Hai..saya menjual produck orang lain iaitu Dary tea. Dary tea ini untuk kuruskan badan dan kaki. Saya ingin meletak nama “Go dary” adakah nama tersebut sesuai…tq

    Reply
  20. Assalamualaikum min. Saya menjual barangan baby dan barangan hello kitty. Saya runsing nak gabungkan nama kedua ni. Boleh min bagi cadangan? Terima kasih.

    Reply
  21. Salam Admin ,
    Saya menjual brg brgngan kpop dan baju baju yg berstylekan korean . Saya nk buat satu acc igshop . Tpi sya x tahu nk letak nama untuk busniess online sya ni apa . Admin ada cadangan untuk nama busniess sya ni ?

    Reply
  22. Salam Tuan.
    Saya menjual pelbagai jenis kek, desert, kuih muih. Sampai skrg sy masih belum ada nama utk biz sy. Saya adalah homemade baker.
    Minta pendapat tuan nama yg sesuai.
    Kalau sy buh Omma boleh ke? Atau tuan ada cadangan lain.

    Reply
  23. Salam admin… Sy menjual tudung… Tp tudung tue dh ada jenama sendiri.. Tudung bawal airis… Dlm fikiran sy sy nk letak nama bawal by Aisyah… Tp bila sy search dh ada nama Sama dgn sy.. Tuan ada idea nama sesuai utk jenama tdg tue

    Reply
  24. Salam admin.. boleh bagi saya cadangan. Sy sampai skrg belum jumpa2 nama utk produk homebake.. sy buat egg tart, cheese tart, Snowy Cheese Cake & Brownies

    Reply
      • Domain adalah sesuatu yang kita akan hidup lama dengannya, mungkin selama-lamanya dengan domain tersebut. Jadi penting untuk pilih nama yang kedengaran branded dan komersial hingga ke masa-masa depan.

        Bagi saya Tacaa memang unik dan mudah diingat, tapi dengar tak berapa komersil.

        Itu pandangan saya sahajalah.

        Reply
  25. Assalamualaikum. Saya ejen pada 1 produk bayi Tasneem Naturel. Jadi sekarang confius nak letak nama domain apa. Saya nak letak nama Tasneem_KualaKangsar.com. Boleh tuan bagi pandangan?

    Reply
  26. Hai sy nk bukak kedai barber shop ada x cadangan utk nama Kedai barber,bnyak nama pilihan yg dipilih telah digunakan…jd pening memikirkanya

    Reply
  27. assalamualaikum.saya menjual bilis / produk makanan ringgan spt keropok atau lain-lain.saya ingin menjenamakan produk saya seperti Bilis Bosku_powerr @ Bilis turbo.
    boleh tuan bagi pandangan.

    Reply
  28. salam tuan,
    saya menjalankan khidmatkan urut badan, bercadang membuka sebuah pusat urut dengan nama Daunhijau_urutan Tradisional.com..adakah bersesuian nama tersebut? t.kasih.

    Reply
  29. Assalamualaikum . Saya menjual barangan supplement. Jadi encik naim rasa kalau saya letak ” Duniasihatmaiza.com ” sesuai tak ? Atau encik ada cadangan nama yang sesuai ?

    Reply
  30. Saya ambil alih resepi rempah masak hitam Dari arwah opah saya. Nama syarikatnya dahulu bidari enterprise.
    Yang mana lebih sesuai saya gunakan bidari.com @ bidari global ?
    Atau boleh Mohon pandangan tuan utk Nama Yang sesuai

    Reply
  31. Saya nak jual jam tangan.
    Cadang nak jual pada rakyat Malaysia (tak fokus pada bangsa Melayu sahaja)
    Jadi saya gunakan nama inggeris, Hours. Adakah ia sesuai atau perlu cari nama yg lebih unik?

    Reply
  32. Assalam.. sy ingin buka sebuah perniagaan kain2 songket.. dan pakaian pengantin yg dijahit sendiri.. tp masih buntu utk nama syarikat.. boleh bantu sy????????

    Reply
  33. Saya baru mula nak daftar syarikat. Saya baru berniaga barangan runcit. Sbgai contoh barangan keperluan harian. Kedai runcit dan berniat akan memperkembangkan lagi. Jadi yg mana satu rasanya sesuai. 1) syarikat DR RASYIDAH 2) DRR MAJU

    Reply
  34. Salam…saya baru mulakan perniagaan food delivery tapi secara kecilan sahaja..bercadang untuk jenamakan perniagaan saya…pendapat tuan nama mana yg sesuai…Dapurkayu Kitchen @ Cengkih kitchen…atau tuan ada cadangan nama lain…

    Reply
  35. Saya nak register nama company. Bisnes adalah HOME JAUNDICE PHOTOTHERAPY, khidmat sewa mesin fototerapi bayi kuning ke rumah.Sblm ni pakai nama kormesial Go Baby Bed(GBB). Tp bisnes consultan tak cadangkan pakai nama GO BABY ENTERPRISE sebab katanya in future kalau nak kembangkan perkhidmatan susah. Saya ada plan in future utk buka kedai baby, organise utk class breastfeeding & buka klinik. So dia suggest pakai xxxxx Management Resorces.
    Apa nama yg agak sesuai?
    1. GBB Management Resorces
    2. Homepy Management Resources
    3. Japho Management Resources

    Reply
  36. Saya mahu memulakan perniagaan. Tpi runsing dengan pemikiran utk nama. Ramai yang berkata letak nama sendiri. Jadinya sya keliru sama ada nak guna nama spt MiNscarf, YAscarf, YsminAlam atau pada nama lain example ELEGANTscarves, SWANscarf?

    Reply
    • Sebenarnya mana-mana nama pun ok puan, yang penting ia menepati dua asas utama iaitu unik dan memorable.

      Elegant Scarve dan Swan Scarf juga ok, kedengaran ada nilai komersial padanya.

      Reply
  37. Assalammualaikum… Saya baru nak buka salon… Bercadang nak ltk nama AISY BEAUTY…. Atau CDAH BEAUTY apa pandangan tuan ttg 2 jenama ni… Mana satu lbh ok

    Reply
  38. Assalamualaikum… Saya ada membuat perniagaan secara online barang-barang seperti handbag jam tangan dan aksesori wanita dari luar negara iaitu Europe… boleh bagi cadangan untuk saya nama yang sesuai digunakan untuk perniagaan saya ini? Sekian terima kasih…

    Reply
    • Kalau puan berniaga barangan dari Europe saya cadangkan gunakan nama yang agak european sikit untuk melambangkan asal usul produk tersebut.

      Maaf saya tak dapat cadangkan nama, tapi pada asasnya nama yang baik hendaklah memorable dan mudah disebut.

      Reply
  39. Assalamualaikum Tuan,saya menjual produk CCTV dan sistem keselamatan,saya bercandang nak daftar nama domian.com tapi saya masih buntuh.Pasaran saya dalam malaysia..
    Boleh tuan bagi cadagan atau buah fikiran.

    Reply
  40. Assalamualaikum. Saya berada dalam proses untuk lebelkan baju dan seluar yang saya jahit sendiri untuk dijual. Dan saya bercadang untuk kembangkan lagi. Tapi masih dalam delema untuk branding kan. Sesuai tak jika saya letak ” aishah signature @ AW signature”??

    Reply
  41. Assalamualaikum.. Sy membuat prniagaan jahitan. Sy sudah dftr jenama sy sebagai cuna solution. Dan ingin buat jualan baju dan alatan jahitan secara sampingan. Adakah nama itu sesuai. Tolong bagi pendapat tuan..

    Reply
  42. Assalamualaikum….
    Sy ada buat perniagaan cookies tapi belum tahu nk letak nama apa,dn perniagaan sy masih baru lagi…
    Selain cookies sy ingat nk jual minyak wangi dan choco jar…
    Sy tak tahu nk letak nama brand apa sebab brand sy bukan tertumpu pada cookies sahaja tapi ada produk lain juga…
    Macam mana ye?Boleh tak bagi pendapat sikit?

    Reply
  43. Sy baru nak buat bis Pakaian..sampai skarang sy belum jumpa nama yg menarik utk branding sy..
    Sy ada tepikir nak letak perkataan signature dibelakang brand tersebut.
    Apakah nama yg sesuai?

    Reply
    • Saya cadangkan cari nama berasaskan dua patah perkataan supaya mudah diingati (memorable).

      Kalau puan mahu guna juga perkataan signature, mungkin cadangan saya adalah “Zawana Signature”

      Reply
  44. Saya baru nak berjinak-jinak bisnes dropship makeup,beg,kasut,perfume.. Saya dah buntu nak cari nama unik dropship saya.. Boleh tak awak tolong saya?

    Reply
  45. Saya merupakan dropship utk tdg..makeup..ubat2an..topup 4 produk yg berbeza..saya masih tercari2 nama yg sesuai utk memperkenalkan sya adalah ds produk2 berikut .sya nak buat satu blog dan nak menjenamakan [email protected]..singkatan nama saya Raja badariah Raja Basrishah dan DS dropship….bole bagi cdgan encik or puan

    Reply
    • Saya berpandangan DS.Com adalah domain yang sangat baik kerana ia senang disebut dan senang diingat.

      [email protected] adalah sangat sukar disebut dan mengelirukan.

      Mungkin RajaBadariah.com sudah memadai jika puan tetap ingin menjenamakan diri.

      Matlamat utama kita adalah ingin mencipta domain yang mudah disebut dan mudah diingat.

      Reply
  46. Hii, assalammualaikum. Saya nak tanya macam nak dptkan penjenamaan yg sesuai . Sy sekarang buat jenama (havana.scarf) utk tdung sy . Jadi sy rasa mcam kurang menarik .. Jd boleh bg sy idea atau tips lg tak .. Tq

    Reply
    • Adakah blog tersebut web rasmi untuk produk tersebut?

      Jika blog tersebut sekadar untuk dropship atau digunakan sebagai medium jualan, saya sarankan guna nama blog peribadi sahaja

      Reply
  47. Sy masih berfikir nama apa yang sesuai untuk page saya. Saya hanya dropship skincare lasoul. Jenama skincare yang sy jual ni Lasoul yg diimport dri korea tapi ada syarikat di kuala lumpur. Boleh bagi idea tak nama apa yng sesuai untuk brand saya sendiri. Sblm ni sy letak nama page lasoul beauty tp skrg sy tukar ms cosmetic’s.

    Reply

Tinggalkan Soalan / Komen