Panduan ini akan membantu anda membuat keputusan yang tepat dalam memilih hosting yang sesuai untuk anda.
Dengan memahami setiap makna apa yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat hosting, anda akan dapat menentukan mana syarikat dan pakej yang terbaik untuk memenuhi keperluan anda.
Seterusnya anda dapat menjimatkan masa dan wang.
1. Harga
Ini adalah aspek yang paling utama yang selalu kita lihat dalam memilih syarikat hosting.
Tetapi ia tidak sepatutnya menjadi faktor penentu dalam membuat keputusan.
Apabila melihat harga, kita harus ingat bahawa kita dapat apa yang kita bayar. Good thing comes with price.
Mengambil pakej yang termurah selalunya bukan idea yang baik, terutamanya bila anda bergantung kepada website anda untuk membuat duit.
Support yang power dan hardware yang berkualiti selalunya mahal, dan pakej hosting serendah RM30 setahun selalunya tidak menawarkan perkara ini.
Perhati betul-betul setiap ciri-ciri yang ditawarkan oleh setiap syarikat, dan BARULAH bandingkan harga.
2. Customer support yang cemerlang
Internet tidak pernah tidur.
Masalah boleh terjadi bila-bila masa sahaja. Oleh itu carilah syarikat yang mampu menyediakan bantuan pelanggan yang cemerlang.
Banyak syarikat selalunya mendakwa mereka menyediakan bantuan pelanggan 24-7, tetapi ini tidak selalunya pantas dan berpengetahuan dalam menyelesaikan masalah kita.
Oleh itu, langkah yang bijak untuk menguji respons staff customer support sesebuah syarikat itu sebelum mengikat kontrak jangka panjang dengan mereka.
3. Spec yang ditawarkan / batasan
Dalam bisnes online, kita harus mengelakkan downtime yang berpanjangan.
Masa adalah wang. Dan ia tidak bagus untuk user experience.
Share hosting yang paling asas sudah memadai jika website anda mempunyai trafik yang sedikit.
Dengan kata lain, jika website anda menjalankan perniagaan atas talian dan mempunyai trafik yang besar, maka VPS atau Dedicated adalah pilihan yang jauh lebih baik.
Ia mungkin sedikit mahal, tetapi ia boleh diharapkan dalam jangka masa yang lama. Terutamanya apabila website anda terkena ‘traffic spike‘, iaitu trafik yang besar datang secara tiba-tiba.
Aras dan kualiti bantuan teknikal yang anda akan perolehi juga lebih baik.
4. Rekod uptime yang cemerlang
Syarikat hosting yang anda pilih harus mengambil setiap langkah untuk memastikan uptime yang maksimum.
Memang tiada syarikat yang mampu memberi jaminan 1oo% uptime, tapi sekurang-kurangnya ia mampu menawarkan 99% uptime secara purata.
5. Pilih syarikat yang mempunyai reputasi tinggi
Setelah anda membuat senarai pendek ciri-ciri yang anda perlukan, langkah seterusnya adalah memilih syarikat yang mempunyai reputasi yang baik.
Ini adalah penting supaya anda tidak bermasalah kemudian hari nanti.
- Periksa latar belakang syarikat. Siasat sudah berapa lama syarikat tersebut telah menjalankan perniagaan.
- Buat carian dan periksa review serta testimoni pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka. Internet selalu memaparkan kebenaran.
- Periksa statistik downtime dan jadual penyelenggaraan.
Jangan perjudikan perniagaan anda.
Saya pernah membantu seorang peniaga online menukar syarikat hosting dari syarikat yang bermasalah, dimana prosesnya sungguh menyakitkan hati. Tiada istilah melayu tolong melayu dalam hal ini, atau anda akan bermasalah nanti.
Pilih yang benar-benar mempunyai rekod cemerlang.
Ketahui Jenis dan Perbezaan Pelan Hosting
Adakah anda memahami setiap pelan yang ditawarkan?
Menilai dengan cermat apa keperluan anda sebelum membeli hosting akan menjimatkan anda beratus-ratus ringgit.
Seperti kita nyatakan diatas, terdapat beberapa pilihan berlainan untuk hosting laman web anda, seperti Share, VPS dan Dedicated hosting.
Mari fahami dengan lebih lanjut pilihan-pilihan ini dalam menentukan apa penyelesaian yang terbaik buat anda:
Share hosting
Share hosting adalah hosting yang paling popular digunakan oleh kebanyakkan orang yang baru bermula.
Sebabnya adalah kerana ia adalah plan yang yang paling murah dan tempat bermula yang bagus bagi pengguna baru.
Apa itu share hosting?
Share hosting adalah berkongsi pelayan yang sama. Ia dimana anda berkongsi server dengan banyak website lain dalam satu server yang besar.
Dengan perkongsi banyak website dalam satu server yang sama, ini dapat membuatkan syarikat pembekal hosting mampu menawarkan harga yang lebih murah.
Kekurangan menggunakan share hosting adalah had data dan bandwitdh yang dibekalkan. Ia biasanya dalam jumlah yang kecil.
Jika laman web anda mula menerima trafik yang tinggi dan membebankan server, biasa syarikat ini akan memaksa anda untuk menaiktaraf pelan anda.
Jika mereka tidak melakukan perkara ini, ia akan memberi kesan negatif secara keseluruhan kepada laman-laman web lain pada server tersebut.
Secara ringkasnya: Share hosting sesuai untuk bisnes kecil dan blogger yang baru bermula.
VPS hosting
VPS bermaksud Virtual Private Server yang merujuk kepada mesin maya.
Ia adalah kaedah untuk membahagikan server komputer fizikal kepada beberapa server mengikut keperluan pelanggan.
Walaupun anda masih berkongsi server dengan orang lain, namun ia memberikan anda kawalan penuh seperti dedicated server.
Selalunya developer, pengguna pertengahan dan blog bersaiz sederhana memanfaatkan VPS untuk mengembangkan laman web mereka.
Secara ringkas: VPS sesuai untuk bisnes bersaiz sederhana, blog bertraffic tinggi dan developer atau designer yang mempunyai banyak projek.
Dedicated Server
Dedicated server adalah pelayan fizikal yang anda boleh sewa daripada pembekal hosting.
Ia memberikan anda kawalan sepenuhnya terhadap server, termasuk pilihan sistem operasi, hardware dan sebagainya.
Anda tidak perlukan pelan ini jika baru bermula. Tetapi jika laman web anda sudah menerima pelawat yang sangat tinggi, maka anda patut menaiktaraf kepada dedicated server.
Selalunya, website yang sudah terkenal dijalankan diatas dedicated server.
Secara ringkas: Dedicated server adalah untuk laman web yang mempunyai pelawat yang sangat tinggi.
Apa Akibatnya Jika Memilih Hosting Yang Salah?
Dalam perniagaan online, benda yang paling penting adalah memaksimumkan keuntungan.
Jika anda fikir memilih hosting untuk website anda adalah bukan perkara yang penting, anda salah!
Ia banyak memberi kesan yang buruk.
Ini adalah perkara buruk yang boleh terjadi bila anda tidak memilih hosting terbaik berdasarkan keperluan anda:
- Hilang pendapatan – Amazon pernah down selama 40 minit yang menyebabkan mereka kerugian sebanyak $5juta Dollar. Kerugian anda mungkin tidak sebanyak itu, tetapi ia tetap satu kerugian. Jika website anda down, bakal pelanggan anda tidak dapat melayari blog anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk atau servis yang ditawarkan. Lebih buruk jika anda menjalankan kedai online.
- Kesan negatif terhadap ranking SEO – matlamat anda dalam membina blog atau website adalah untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam enjin carian supaya pengguna boleh mencari anda dengan mudah. Jika website anda down berulang-ulang kali apabila enjin carian ingin melakukan lawatan, maka ranking anda pasti akan terjejas. Selain daripada downtime, website yang perlahan juga akan menjejaskan SEO.
- Keselamatan dan serangan Malware – syarikat hosting yang bagus akan sentiasa backup data anda ke server lain dan menjadikan ia senang untuk dipulihkan jika website anda telah digodam. Mereka juga akan membantu anda dari segi bantuan teknikal, penyelenggaraan dan isu keselamatan 24 jam sehari.
Penutup
Terdapat banyak syarikat hosting di luar sana.
Sangat penting untuk memilih pembekal hosting yang cermat memandangkan bisnes anda bergantung kepadanya.
Laburkan sedikit masa untuk membuat sedikit kerja rumah.
Nasihat saya: memilih syarikat hosting semata-mata kerana harga adalah langsung tidak berbaloi jika kemudian nanti banyak masalah dan sakit hati bila laman anda down.
Adakah anda gembira dengan syarikat hosting anda sekarang?
Jika anda masih belum memiliki hosting, saya sangat mencadangkan anda menggunakan perkhidmatan ServerFreak
Saya adalah pelanggan yang gembira menggunakan perkhidmatan mereka.
Jika anda perlukan bantuan, sila tinggalkan komen pada ruangan dibawah.
Tinggalkan Komen Anda..
mantap abe im
Survey pasal hosting nampaknya abe adi kito. Nak setup web ke?
Artikel yang bermanfaat! Nak tambah lagi dua aspek, keselamatan (perlindungan privasi domain, sijil ssl) dan lokasi pelayan.
Salam tuan, saya baru sahaja nak bermula dalam blogging, tapi saya masih keliru syarikat hosting mana yang patut saya gunakan. untuk yg baru nak bermula blogging, bolehkah tuan kongsi hosting dan pakej mana yang paling sesuai ( ini disebabkan saya risau yang sya gunakan hosting yg mahal tpi saya tidak menjana apa2 dari blog tersebut)
Terima kasih atas perkongsian yang baik ini. Ada satu syarikat web hosting tempatan yang boleh tuan tanah review. hostsinimo.com dulu dikenali sebagai mtasolutions.com.my . Kami merupakan syarikat kecil yang mempunyai hati yang besar.
Terima kasih atas perkongsiannya tuan.sampai sekarang dari beberapa web saya gunakan Exabytes tiada masalah.Customer support mereka juga sangat mudah dan cepat respon..apapun thanks untuk tips tambahan tuan.