Apakah yang anda fahami dengan konsep ihsan?
Konsep ihsan didefinisikan dalam hadis terkenal apabila Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang ihsan:
Ihsan adalah kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihat Dia kerana walaupun kamu tidak melihat-Nya, Dia melihatmu
— Bukhari
Disebabkan definisi ibadah dalam Islam adalah luas dan meliputi setiap perkara yang Allah suka serta redhai..
.. maka kita boleh meluaskan konsep ihsan ini dalam kehidupan seharian.
Menerusi konsep ini, kita sentiasa cuba untuk mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan dalam setiap perkara yang kita lakukan.
Bayangkan kita melakukan kerja kita dengan kefahaman bahawa Allah melihat kita.
Maka bayangkan tenaga motivasi dalaman yang kita akan peroleh.
Rasulullah SAW bersabda:
Allah menyukai sekiranya seseorang melakukan sesuatu kerja, dia menyempurnakannya.
Ini adalah bukti betapa pentingnya sifat ihsan dalam pekerjaan dan bahawa kita tidak boleh bermalas-malas atau sambil lewa dalam membuat sebarang kerja.
Tamadun Islam dahulu memahami konsep ini dan kita dapat melihat bayangan ihsan mereka dalam tinggalan hasil seni yang cantik, seni bina, kajian saintifik dan dalam bidang akademik.
Perhatian mereka terhadap setiap perincian tidak terbanding, dalam usaha mereka mengejar ihsan.
Dalam budaya konsumerisme, seseorang yang berusaha untuk menjadi perfectionist dalam setiap pekerjaan mungkin kelihatan sombong.
Namun sebenarnya terdapat sentuhan kerohanian (sense of spirituality) di situ apabila dia mencuba untuk mencapai kesempurnaan seolah-olah dia akan membentangkan kerjanya di hadapan Allah.
- Keikhlasan:
Tahukah bahawa apa sahaja yang kita lakukan, kita sedang melakukannya untuk Allah.
Dengan mengubah cara fikir kita daripada “Aku sedang melakukan kerja ini kerana bos” kepada “Aku melakukan kerja ini kerana Allah”, ia akan membantu menguatkan konsep ihsan dalam hati kita.
- Luangkan masa untuk merangka pelan tindakan:
Kaji apa yang bakal kita lakukan dan bagaimana ia boleh dilaksanakan dengan sempurna.
Ini boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang dalam hidup kita, sama ada kerja, rumah tangga, dan sebagainya.
- Nikmati apa yang sedang kita lakukan:
Sangat sukar untuk menyempurnakan sesuatu sekiranya kita merasakan ia membosankan.
Maka jadikan ia sesuatu yang seronok dan menarik untuk dilakukan.
- Rendah diri:
Sedarlah bahawa kesempurnaan hanyalah pada Allah dan kita tidak boleh menjadi sempurna.
Namun, ini tidak bermakna kita tidak patut berusaha untuk mencapainya.
Tinggalkan Komen Anda..
Halloo,
Would you please tell me the name and location of this beautiful mosque on your blog page?
F’em Allah.
Thank you. F
sumber mn dapat maklumat ni ?