Panduan dan Itinerari Lengkap Bagpack Bajet Ke Manila, Filipina.

_DSC1301Ini saya kongsikan sedikit info dan itenerari untuk travel secara bagpack bajet ke Manila, Filipina.

Kos yang kami habis untuk round semua sekali adalah bawah RM500.

Best ke pergi Manila? Apa yang menarik disana?

Ya, bagi saya agak menarik sebab banyak bangunan bersejarah dan boleh melihat pelbagai ragam manusia disana.

Antara tempat yang wajib pergi bila datang ke Manila adalah Fort Santiaso, San Agustin Church dan Lapu-Lapu.

Disana juga terdapat kawasan komuniti penduduk Islam iaitu di Baclaran.

Biasanya ada 2 benda yang menjadi kerisauan setiap orang bila bagpack ke negara lain adalah tiket penerbangan dan makanan.

1. Tiket Penerbangan

Kami menggunakan penerbangan Airasia daripada Kota Kinabalu ke NAIA airport, Manila.

Harga yang kami dapat untuk trip ini adalah rm230 pergi balik. Harga dari KL tiada beza sangat harga dari KK.

Mungkin anda boleh dapat harga yang lebih murah bila promosi atau redeem sahaja BIG point anda. Masa penerbangan daripada Kota Kinabalu ke Manila mengambil masa 2 jam 10 minit.

2. Makanan

Anda boleh memilih untuk bawa bekalan daripada Malaysia atau pun makan di restoran. Namun, agak sukar mencari restoran halal disekitar Manila, kecuali dikawasan Baclaran.

Oleh itu, jika anda memilih untuk makan di restoran, satu-satunya pilihan yang ada adalah makan di restoran arab. Namun harganya agak mahal.

Sepinggan nasi briyani boleh mencecah 350 peso (RM26.00), tapi boleh share 2 orang sebab banyak. Air masak boleh diminta secara percuma.

 

Berikut adalah ringkasan jadual perjalanan bagpack bajet ke Manila

Hari pertama


  • Tiba di NAIA airport. Kami mengambil teksi menuju Tune Hotel di Makati. Tambang perjalanan adalah sebanyak 150 peso (RM11.11)
  • Kami memilih kawasan Makati kerana ia adalah antara kawasan yang selamat di Manila.
  • Setelah berehat seketika, kami turun untuk memulakan eksplorasi. Destinasi pertama yang dituju adalah Ayala Center. Harga teksi untuk satu hala perjalanan adalah 80 peso atau sebanyak RM5.93.
  • Ayala center adalah kawasan beli belah. Disini kita boleh mendapatkan starter pack untuk simkad anda dengan harga PHP 250 (RM18.52) bergantung kepada provider yang anda pilih.
  • Dari sini kita boleh menuju pula ke Greenbelt park, Greenbelt Mall dan Glorietta Mall dengan jalan kaki sahaja.
  • Terdapat HardRock Cafe di Power Plant Mall

Kos hari pertama: 67.41

_DSC1026

_DSC0892 _DSC0894

_DSC0985
Antara pilihan untuk mendapatkan makanan halal.. tetapi harganya agak mahal.

Hari Kedua


  • Pada hari kedua kami menuju ke Intramurous.
  • Tambang teksi ke Intramurous dari Makati adalah sebanyak PHP120 (RM8.89).
  • Adalah lebih murah dan menarik jika anda menaiki Jeepney, harga yang dikenakan jauh lebih murah, tetapi tidak menentu bergantung kepada driver. Biasanya harga tidak akan lebih daripada RM2.00.
  • Banyak monumen menarik di Intramurous. Disini terletaknya Fort Santiaso dan Lapu-Lapu.
  • Dikawasan ini terdapat banyak jurugambar scam. Jangan biarkan mereka mengambil gambar anda, kerana lain harga yang kita deal dan lain pula harga selepas itu.
  • Elakkan juga menaiki kereta kuda kerana mereka juga suka menipu.
  • Daripada Intramurous, kami menuju ke Marbini St. untuk makan tengahari. Disini terdapat beberapa buah restoran halal.
  • Selepas makan, kami menyelusuri Manila Baywalk untuk menikmati keindahan pesisir laut sehingga ke Manila Ocean Park.
  • Disepanjang Manila Baywalk ini kita boleh melihat sesi sebenar kehidupan penduduk manila yang daif serta terpinggir
  • Dari Ocean Park kami menaiki teksi ke Mall of Asia, iaitu mall terbesar di asia tenggara dengan kos sebanyak PHP150 (RM11.11)
  • Pulang ke Hotel

Kos hari kedua: RM67.04

_DSC1152
monument lapu-lapu

_DSC1255

_DSC1258

_DSC1330

_DSC1299
Peniaga ini dari Mindanau dan pandai bercakap bahasa melayu dengan fasih
_DSC1346
Muka ceria.. sebelum tahu kena tipu. Elakkan menaiki kereta kuda.
_DSC1420
Gerbang pintu masuk ke Intramurous

_DSC1436

_DSC1450
San Agustin Church. Di dalamnya lebih cantik..

_DSC1442

_DSC1456

_DSC1466
Orang-orang disini memang susah nak senyum.. terutama guard atau pegawai tiket.

_DSC1462

_DSC1613
Pintu masuk ke Fort Santiago

_DSC1513

_DSC1527 _DSC1540

_DSC1548

_DSC1556
Bilik Jose Rizal sementara menunggu hari-hari terakhir beliau yang diletakkan patung replikanya. Seram juga merenung bilik ini lama-lama..
_DSC1519
Langkah-langkah terakhir Jose Rizal sebelum menjalani hukuman mati..

_DSC1633

_DSC1667

_DSC1722
Air kelapa boleh didapati dengan harga yang sangat murah
_DSC1674
Marina di Manila Baywalk.. tetapi sayang kerana dipenuhi dengan sampah.
_DSC1664
Pemandangan petang di Manila Baywalk

_DSC1710 _DSC1739

 

 

Hari Ketiga


  • Tempat tujuan hari ini adalah kawasan Baclaran
  • Baclaran adalah kawasan komuniti orang Islam di Manila. Disini terdapat masjid dan banyak kedai makan yang halal.
  • Di Baclaran, anda boleh mendapat souvenir yang murah dan harga berpatutan. Penduduk setempat juga ramah, lebih-lebih lagi bila mereka mengetahui anda sorang muslim.
  • Dari Baclaran, kami menuju ke Mall of Asia dengan menaiki Jeepney dengan tambah RM0.80. Rancangan asal kami adalah untuk menuju Santolan, tetapi kerana kami sesat di Baclaran, jadi kami ambik keputusan ke MOA sahaja.
  • Anda boleh menuju ke Santolan menggunakan LRT dan MRT. Tempat menarik yang terdapat di Santolah adalah Robinson Galleria dan Greenhill.
  • Malam terakhir adalah aktiviti free and easy. Kami ambil angin disekitar Kalayaan Avenue di kawasan Makati. Disini terdapat Century City Mall
  • Makan malam PHP350 (RM25.93)

Kos hari ketiga: RM59.70

LRT Manila
Rajah laluan LRT dan MRT di Manila
manila
Manila adalah metropolitan yang sentiasa sibuk. Gambar diambil di Tarf Avenue

_DSC1787

_DSC1162
inilah jeepney yang diwar-warkan..
_DSC1775
suasana didalam jeepney
Suasana di Baclaran
Suasana di Baclaran
_DSC1808
Masjid disini terletak di celah-celah lorong, anda perlu ‘meluaskan pandangan’ untuk mencari signboard ke masjid
_DSC1812
Penduduk Baclaran mudah mesra, lebih-lebih lagi mengetahui anda juga seorang muslim..

_DSC1795

 

Hari Keempat


  • Pulang ke Malaysia
  • Ada dua pilihan untuk ke airport, iaitu menggunakan teksi biasa dengan kos PHP75 (RM6.00) atau menggunakan kereta yang disediakan pihak hotel (kosnya mahal tetapi sentiasa available)
  • Bayaran cukai airport di NAIA adalah PHP600 iaitu sebanyak RM44.00
  • Terbang pulang.

Kos hari keempat: RM50.00

Kos keseluruhan begpack bajet ke manila

Flight pergi balik RM230 + Kos untuk empat hari RM244 = RM474 sahaja!

Kos diatas tidak termasuk hotel.

Cuma meliputi flight, pengangkutan dan makan di Manila selama 4 Hari 3 Malam.

Kenapa tak kira kos hotel terus? Sebab harga hotel berubah-ubah & boleh share dengan rakan.

Harga hotel tune hotel adalah RM80 (RM40 seorang) permalam untuk satu bilik double bed, paling murah di Makati pada waktu itu.

Mungkin anda boleh survey harga hotel lain yang lebih murah, bergantung kepada tarikh anda.

Murah ke? Ok la untuk travel secara bajet.

Kalau pergi ke tempat peranginan seperti Boracay & Chocolate Hills, rasanya kos akan lebih sedikit.

Penutup: Hati-hati dengan scam!

Manila adalah sebuat bandar metropolitan yang besar, namun pada masa yang sama mempunyai bilangan homeless dan kemiskinan yang tinggi.

Jadi kita akan sentiasa berjumpa dengan peminta sedekah, atau anak-anak yang meminta makanan anda.

Anda juga harus berhati-hati dengan scam yang sentiasa mencari peluang terhadap anda. (dimana kami ada terkena 2-3 kali)

Walaupun begitu, agak menarik untuk menyelongkar ibu kota ini kerana banyak kisah yang tersembunyi, yang tidak dipamerkan melalui media.

Semoga panduan ini membantu.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

39 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Diza
Diza
5 tahun yang lalu

Mcm mna dpt harga tiket tu? Sy nk pergi saja rm300 balik pon sama -400.. dr kul ke mnl

Hayati
Hayati
5 tahun yang lalu

Hi sis..costing tu per pax ka? Atau total perday xcept mkn?

Yudi Mohamad Daud
Yudi Mohamad Daud
5 tahun yang lalu

Cantik penerangan diberi. Saya memang teringin nak ke Manila tapi masih ragu ragu, setelah baca catatan in saya yakin saya boleh.

Brenda
Brenda
6 tahun yang lalu

Hati2 dgn street foods di manila, tahap kebersihan mmg diragui

Georgira
Georgira
6 tahun yang lalu

Haii..awakk…bila lagi nak travell..kalau nak travel lagii …sy nak join tripp bole ke ?