Apa beza antara blog dan laman web?
Saya tahu ramai orang keliru mengenai perbezaan dua perkara ini.
Ramai yang menganggap laman web dan blog adalah benda yang sama, tetapi yang sebenarnya adalah tidak.
Mari saya terangkan dengan jelas tentang perbezaan antara blog dan laman web.
Semua kereta adalah kenderaan, tetapi bukan semua kenderaan adalah kereta..
Semua blog adalah laman web, tapi bukan semua laman web adalah blog.
Adakah anda faham dengan analogi ringkas diatas?
Jika ya, saya rasa anda sudah nampak gambaran besar mengenai beza antara blog dan laman web.
Perbezaan yang paling asas diantara blog dan laman web adalah berkaitan dengan format; bagaimana kandungan/maklumat dipersembahkan.
Selain daripada itu, hanya terdapat perbezaan yang kecil sahaja, dan tidak harus difikirkan.
Apakah yang paling senang untuk menjana pendapatan? Apa yang paling sesuai untuk produk/perniagaan saya? Blog atau laman web?
Sebenarnya secara jujur tiada kaedah yang tepat. Apa yang pasti kedua-dua ini memerlukan banyak usaha, kesabaran dan konsistensi.
Tetapi memilih perkara yang betul masih tetap penting dalam hal ini.
Saya akan perjelas dengan lebih terperinci lagi mengenai perkara ini dibawah.
Apakah itu Blog?
Blog sebenarnya bermaksud ‘web log’ yang digunakan penulis untuk menyenaraikan post secara kronologi.
Selalunya, sesuatu blog akan memaparkan kandungan terbaru terlebih dahulu, dan diikuti oleh kandungan-kandungan yang sebelumnya.
Blog sangat mudah dicipta menggunakan servis seperti Blogger, WordPress mahupun Tumblr.
Sesuatu blog akan berkembang dengan kandungan yang sentiasa ditambah dan dikemaskini. Semakin konsisten kandungan ditambah semakin blog tersebut mendapat banyak perhatian.
Tetapi ingat, kandungan ‘sampah’ walaupun banyak, tidak akan menjadi lombong emas.
Blog yang baik bukan sahaja kerap menerbitkan kandungan, tetapi juga menerbitkan artikel yang mempunyai kualiti tinggi.
Biasanya blog lebih mempunyai sentuhan personal dan ditulis menurut gaya bahasa tersendiri penulis.
Secara umum, pengenalan asas bagi sesebuah blog adalah:
- kandungan disusun secara kronologi
- terdapat ruangan komen untuk pembaca meninggalkan pendapat
- biasanya kandungan blog direkodkan dengan tarikh, kategori, penulis, tags dan sub-kategori.
Contoh: The Vocket, Oh Media, Aku Islam, Sirap Limau dan sebagainya.
Apakah pula Laman Web?
Sebenarnya laman web boleh diwakili oleh apa-apa sahaja.
Apa sahaja yang terdapat dalam internet yang diwakili oleh HTML/CSS atau Javascript/PHP atau bahasa koding lain yang membentuk laman web.
Laman web biasanya digunakan oleh syarikat sebagai laman rasmi.
Sesebuah laman web mungkin dilengkapi dengan blog, tetapi biasanya homepage laman web hanya akan memaparkan kandungan dari halaman lain yang statik.
Membina laman web yang menarik dan berfungsi sangat menelan belanja yang besar (serta masa) untuk dibina daripada asas.
Blog boleh menjadi sebahagian daripada laman web itu. Ia selalunya dipisahkan dalam bentuk halaman lain yang disambung dengan homepage.
Aspek laman web adalah luas dan hampir tidak mempunyai batasan.
Laman web boleh menjadi apa sahaja, dari seringkas landing page sehingga kepada media sosial yang mempunyai berbilion pengguna seperti facebook.
Pengenalan asas sesebuah laman web adalah:
- Laman utama memaparkan kandungan dan maklumat berbentuk sehala.
- Laman utama memaparkan portfolio kerja atau produk.
- Tidak memaparkan penulis.
- Blog mungkin menjadi sebahagian daripada sesuatu laman web itu, tetapi bukan satu-satunya elemen.
- Ada laman testimoni dan feedback
- Tiada ruangan komen, tetapi biasanya contact form disediakan.
Jadi Apa Yang Anda Perlukan?
Perkara pertama sekali adalah putuskan apa objektif dan keperluan anda.
Jika anda lebih berminat untuk menghasilkan kandungan secara berkala dan konsisten untuk dibaca oleh orang ramai, anda harus memilih blog.
Blog menawarkan lebih ciri untuk berinteraksi dengan pembaca dan membina follower tersendiri.
Jika anda mempunyai syarikat, produk sendiri, atau bercadang membina e-commerce shop, anda harus memilih laman web kerana ia mempunyai lebih fleksibiliti.
Anda juga mewujudkan blog pada laman web anda.
Ia adalah lebih baik kerana anda boleh membekalkan maklumat secara berterusan bakal pelanggan, dan pengguna setia anda.
Sifir mudah bagi saya adalah:
Syarikat biasanya mempunyai laman web. Laman web menyediakan maklumat kepada pelanggan.
Orang harus mempunyai blog. Blog memberi maklumat, berinteraksi secara dua hala dengan orang lain dan membina branding.
Gunakan platform yang mudah digunakan..
Membina sendiri laman web memerlukan pengetahuan pengaturcaraan (coding) yang bagus.
Tetapi apa yang anda harus tahu adalah, platform blogging paling popular iaitu WordPress selalu boleh digunakan sebagai laman web.
Ia mudah diguna serta diuruskan, selain daripada menawarkan kelebihan SEO yang baik.
Semoga entri ini memberi pencerahan kepada anda mengenai beza diantara blog dan laman web.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, anda boleh lontarkan pada ruangan komen dibawah.
Tinggalkan Komen Anda..
tq untuk info.. ????
blogspot dan wordpress mana lagi praktikal
Jadi laman cik ini adalah blog kan
Ya betul.
Ini blog.
baguslah .. tq for the info
Sama-sama.
bagus info ni.. tq..
Semoga bermanfaat.