Anda tahu apa perkara yang paling tak munasabah sekali dalam dunia ini?
– kita cepat sangat nak rasa berputus asa dan rasa kecewa.
Fed up
Tahukah anda bahawa:
- Steve Jobs pernah ditendang dari syarikatnya sendiri.
- Walt Disney pernah dibuang kerja dari jawatan editor surat khabar atas sebab “kekurangan imaginasi dan tiada idea yang bagus”
- Oprah Winfrey pernah dipecat pada rancangan TV-nya yang pertama, sebelum 7 tahun kemudiannya ‘memiliki’ rancangan TVnya sendiri. MEMILIKI
- Tun Dr. Mahathir pernah dibuang daripada UMNO. Tetapi kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-4
Jadi jangan hairanlah mengapa jika pada sesuatu permulaan, kita harus membiasakan diri kita berasa selesa untuk terasa bodoh dan keliru
Malah, mungkin dikritik dan dipersenda.
Kita ‘tidak dibenarkan’ untuk berasa kecewa dengan pencapaian amatur kita kerana kita masih lagi dalam proses mengembangkan kemahiran kita ke tahap profesional.
Hanya orang yang dah profesional dibenarkan untuk kecewa kerana mereka sememangnya perlu ada hasil kerja atau pencapaian yang membanggakan.
- J.K Rowling (penulis Harry Potter) adalah dibenarkan untuk kecewa jika menulis buku yang teruk kerana dia telah berada dibidang ini selama 20 tahun.
- Saiful Nang dibenarkan untuk kecewa jika dia menghasilkan gambar yang ntah pape kerana dia adalah seorang jurugambar yang profesional + terkenal.
- Rosnah Mat Aris wajib berasa kecewa jika tidak berjaya melakonkan watak penjahat secara berkesan kerana dia adalah seorang pelakon versi jahat yang profesional sejak aku dari kecik lagi..haha!
Tetapi kita?
Tidak.
Kita belum cukup layak lagi untuk berputus asa.
Kecewa dan putus asa itu menakutkan. Sepahit tahi kucing parsi
Satu perkara yang kita semua harus ingat:
– Pada permulaan dalam menceburi sesuatu perkara, kita masih dalam proses belajar. Kita masih berkembang.
Kita masih membina pengalaman dan kemahiran.
Kita masih belum mempunyai kecekapan dan kemahiran yang mencukupi untuk berasa kecewa dengan performance kita.
Kita memang sepatutnya berasa bodoh dan tak bagus.
Kita selalunya terlupa untuk memberikan diri kita sedikit ‘kelonggaran’ bila memulakan satu perjalanan yang penting dalam hidup anda.
Selalunya orang yang paling mudah berasa kecewa adalah mereka yang selalunya melemahkan semangat diri mereka sendiri.
- Kita berasa kecewa bila memulakan kerjaya baru tetapi tidak perform seperti yang sepatutnya
- Kita berasa kecewa apabila kita telah menetapkan matlamat diet untuk turun berat badan tetapi gagal untuk mencapainya
- Kita kecewa apabila bersungguh untuk memulakan perniagaan buat kali pertama dan ia gagal
- Kita kecewa apabila menulis buku yang pertama (atau blog post) tetapi tiada siapa yang membacanya.
- Kita berasa kecil hati apabila kita telah mencadang idea yang sangat baik kepada seseorang, tetapi dia buat tak peduli pun.
But the start is supposed to be a struggle.
In fact, it’s all supposed to be a struggle.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Baca sahaja kisah kejayaan usahawan-usahawan yang berjaya, mereka semua bermula dengan kesusahan. Kesusahan itu sangat berkait rapat dengan kejayaan.
Adly Mukhtar, Robert Kiyosaki dan Richard Branson, malah Nabi Muhamad SAW sendiri, melihat kegagalan sebagai isyarat untuk memulakan kembali proses, – bukan sebagai alasan untuk menyerah dalam kekecewaan.
Dan begitulah caranya proses yang dilalui oleh orang yang hebat di dunia ini mencapai kejayaan mereka.
Malah begitulah juga caranya untuk anda dan saya patut mencapai matlamat.
Anda belum cukup layak untuk kecewa dan putus asa.
Tinggalkan Komen Anda..
Mohon halalkan saya copy ye…sbg sumber inspirasi..
Thanks tuan , sharing artikal yg bermanfaat .. saya jadi semangat semula utk terus coding ! :D
Sila bersemangat! Haha
Assalam tuan, saya rasa teruja bila baca artikel dalam blog tuan, sedikit sebanyak bantu saya dalam mempelajari gaya penulisan santai yang tak terlalu serius, boleh saya ambil ia sebagai ilmu saya? Harap tuan halalkan ya..
InsyaaAllah, boleh.. semoga bermanfaat :)