Apakah plugin wajib untuk wordpress?
Ya, plugin sangat penting kepada laman web berasaskan wordpress.
Walaupun wordpress itu sendiri sudah mempunyai banyak fungsi, namun banyak lagi perkara yang masih tidak lengkap.
Ia masih belum sempurna.
Oleh itu, cara terbaik untuk mengisi kekosongan itu adalah mendapatkan plugin yang tepat.
Dengan pemilihan yang tepat, ia akan banyak membantu prestasi laman web anda berfungsi dengan baik, dan menambah fungsi laman web supaya lebih sempurna.
Dengan kehadiran lebih 40 ribu jenis plugin di repositori wordpress (tidak termasuk yang premium), sukar untuk kita memilih mana plugin yang bagus dan mana yang tidak.
Dalam artikel ini, saya telah menyenaraikan beberapa plugin yang bagi saya adalah wajib yang akan membantu laman web anda dari bagus kepada hebat!
Saya menyenaraikan plugin yang saya sendiri gunakan, merangkumi plugin untuk SEO, Caching, Anti-Spam, Analytic, Social Sharing dan Backup.
Ia telah digunakan saya untuk beberapa tahun dan terbukti berfungsi dengan sempurna.
Apa yang paling penting, semua ini adalah PERCUMA!
7 Plugin Wajib Untuk WordPress
Anda harus tahu bahawa sifir terbaik untuk plugin adalah: Lebih kurang bilangan plugin, adalah lebih baik untuk wordpress.
Oleh itu kita harus memilih yang benar-benar penting dan memberi fungsi sahaja.
Ini adalah senarai terbaik saya setakat ini:
1. Jetpack
Senarai teratas dan terpenting untuk saya adalah Jetpack.
Apa itu jetpack dan bagaimana ia berfungsi?
Jetpack adalah plugin yang dibina oleh Automattic, iaitu orang yang sama membina WordPress itu sendiri. Jadi kualitinya tidak perlu dipersoalkan lagi.
Ia juga disokong oleh forum dan developer engineer yang akan membantu setiap masalah anda.
Fungsi jetpack berfungsi menggantikan banyak plugin yang diperlukan dengan hanya satu plugin sahaja.
Hanya aktifkan modul yang diperlukan.
Ia merangkumi banyak fungsi yang diperlukan dari kemudahan sosial sharing sehingga ke keselamatan blog.
Ia senang di-install, senang diaturkan dan senang dipelajari. Ia sebuah plugin yang sangat solid.
Masalah yang biasa berlaku adalah apabila kita menggunakan banyak plugin pada blog.
Ia bukan sahaja menurunkan prestasi kelajuan laman web dengan drastik, malah ia mengganggu kod, keselamatan dan fungsi lain pada blog anda.
Jadi Jetpack adalah satu penyelesaian yang pintar!
Antara modul yang wajib bagi saya adalah:
- Site stats
- Custom CSS
- Photon
- Protect
- Contact Form
- Subscription
- Related Post
- Sharing
Apa yang paling saya suka dalah modul Protect kerana ia efisien mencegah brute force. Ia akan menghalang laman web saya dari ditembusi hackers dan malware.
Ia mengandungi 37 modul semuanya yang untuk anda pilih. Modul-modul dalam jetpack akan cover beberapa jenis fungsi penting dalam wordpress, iaitu:
- Sosial share
- Keselamatan
- Membuat contact form
- Optimasi imej
- SEO
- mengukur statistik
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Jetpack disini: Jetpack
2. Yoast SEO
Tidak dinafikan bahawa plugin ini plugin SEO yang paling popular di dunia.
Untuk saya, ia memang wajib kerana banyak membantu saya menyelesaikan tugas asas on-page seo dengan cepat dan berkesan.
Ia mempunyai fungsi paling lengkap dan menjalankan penilaian SEO yang paling moden, termasuklah optimasi untuk media sosial.
Anda boleh menjalankan apa sahaja fungsi SEO pada blog anda dengan bantuan plugin ini. Antara fungsi utama Yoast SEO adalah:
- Penilaian SEO untuk kandungan laman web
- Membuat sitemap dalam format XML
- Memperbaiki tajuk kandungan dan tajuk halaman
- Menambahkan meta description
- Mengubah .htaccess dan robots.txt
- Melihat dan memperbaiki error di Search Console
- Memberikan tag canonical jika diperlukan
Ketahui lebih lanjut mengenai Yoast SEO disini
3. W3C Total Cache + Cloud Flare CDN
W3 Total Cache adalah plugin paling lengkap untuk kategori caching plugin.
Ia benar-benar memberi impak dalam melajukan blog, terutamanya bila digabungkan dengan Cloudflare. Apa yang anda rasa bila load halaman ini? laju bukan?
Walaupun ia agak kompleks dan memeningkan untuk pengguna yang masih baru, ia berbaloi untuk meluangkan masa menetapkan setting yang betul.
Bagaimana cache plugin berfungsi?
- Meningkatkan kelajuan blog
- Meringankan beban server
Untuk menerangkan secara detail bagaimana plugin cache berfungsi, ianya agak sukar dijelaskan. Tetapi secara ringkas:
Apabila seseorang melawat laman web anda, mereka perlu request banyak informasi daripada web host anda.
Server anda perlu menghantar apa yang di request itu seperti imej, javaskrip dan CSS. Pelawat itu juga perlu retrieve kandungan daripada database wordpress.
Kesemua perkara ini akan menambah masa untuk memuatnaik laman web anda (loading time).
Apabila semakin ramai orang melawat dan semakin banyak halaman dibuka, maka perkara diatas akan berlaku berulang-ulang, sehingga membebankan server anda.
Malah bandwidth anda juga akan cepat habis.
Di sinilah plugin cache memainkan peranan.
Ia berfungsi dengan mencipta halaman statik kandungan anda dan menyimpannya disuatu tempat.
Ketika pengunjung datang, mereka akan diberikan data yang sudah diolah dan disimpan tadi sehingga server anda tidak perlu bekerja berkali-kali untuk setiap pengunjung.
Ini dapat menurunkan masa loading halaman anda dengan sangat drastik. Anda boleh melihat peningkatan kelajuan laman web anda. sehingga 10 kali ganda.
Gabungkan W3 Total Cache dengan Cloud Flare
Cloud flare adalah CDN (content delivery network) yang percuma.
Ia sistem yang sangat efisen melipat kali gandakan kelajuan blog.
Walaupun terdapat dalam pakej berbayar yang bermula dari USD20/sebulan, pakej percuma sudah cukup untuk permulaan blog anda.
Anda boleh sign up cloud flare disini.
Antara ciri plugin W3C Total Cache adalah menyokong GZIP, minify dan CDN. Oleh itu, ia adalah gabungan yang mantap dengan Cloud Flare.
Saya akan tulis tutorial lanjut mengenai bagaimana setting terbaik untuk gabungan dua plugin ini.
4. Akismet
Akismet adalah sistem penapis komen spam.
Akismet tiada kaitan dengan Ismet Ulam Raja.
Nama Akismet sebenarnya berasal daripada gabungan Automattic dan Kismet, yang diasaskan oleh Matt Mullenweg.
Ia selalunya sudah datang secara default dalam wordpress, anda hanya perlu aktifkan sahaja.
Tahap ketepatan Akismet menapis komen spam mencapai sehingga 90% (10% lagi yang terlepas anda perlu remove sendiri).
Database Akismet adalah yang terbesar di dunia, dan mampu mengesan serta menghapuskan komen spam secara automatik.
Aktifkan Akismet untuk menentang unsur-unsur jahat yang datang ke blog anda!
5. WP Sweep
Jika anda telah menggunakan wordpress untuk sekian masa, maka anda perlu membersihkan database laman web anda.
Melakukan pembersihan dengan kerap akan mengecilkan saiz database, seterusnya mempercepatkan proses backup laman web anda.
Dari masa ke semasa, blog atau laman web anda akan mengumpul banyak data lebih yang tidak berguna seperti komen spam, revision, data dari plugin yang anda sudah tidak gunakan, dan pelbagai lagi.
Membersihkan semua data yang tidak diperlukan ini akan meningkatkan prestasi laman web anda secara keseluruhan.
Oleh itu anda harus install WP Sweep.
Plugin ini berfungsi untuk membersihkan database yang tidak berguna di dalam wordpress anda, dengan efisen.
Ia bekerja dengan memadamkan auto draf, revision, komen yang tidak diluluskan dan segala metadata yang tidak berguna dan membebankan laman web anda.
Plugin ini di-coding dengan sempurna oleh developer wordpress yang disegani, Lester Chan. Jadi kualitinya tidak perlu dipertikaikan lagi.
6. Image Lazy Load (Unveil.js)
Fail berbentuk imej adalah selalunya ‘penjahat’ utama yang melambatkan masa loading laman web.
Lazy load berfungsi menangguhkan dahulu imej untuk muncul pada laman web anda, sehinggalah anda scroll.
Ia membenarkan elemen-elemen penting yang lain dimuat turun terlebih dahulu.
Selepas semua dimuatnaik, barulah imej dimuatkan.
Kesannya adalah membuatkan loading page anda pantas dan mampu dimuatnaik walaupun pada connection internet yang perlahan.
Contoh lazy load boleh dilihat pada blog saya ini.
Plugin lazy load sangat penting bila blog post anda mengandungi banyak imej. Ia membenarkan imej dimuat satu persatu, tanpa membebankan server anda.
Membuatkan laman web anda lancar dan meningkatkan user experience yang baik.
7. UpdraftPlus
Fungsi UpdraftPlus adalah untuk membuat backup blog anda.
Ia mampu membuat full backup dan berlaku secara automatik mengikut masa yang ditetapkan.
File yang dibackup akan dihantar ke tempat lain yang kita mahukan seperti Dropbox dan Google Drive.
Proses restore data menggunakan UpdraftPlus adalah tidak rumit dan anda akan menerima notifikasi apabila backup selesai atau terdapat gangguan.
Ia mempunyai versi premium dengan lebih banyak fungsi.
Tetapi versi sudah mencukupi untuk melakukan backup asas.
Ketahui dengan lebih lanjut disini
Penutup
Plugin-plugin yang saya nyatakan dalam artikel ini adalah plugin asas untuk meningkatkan prestasi blog ke tahap yang lebih baik.
Kesemuanya adalah percuma, dan digunakan oleh saya sendiri dalam memperkasakan akuislam.com dan blog ini.
Ia telah proven selama beberapa tahun tanpa sebarang masalah.
Ya, saya tidak cover plugin dari kategori lain seperti plugin untuk landing page atau form untuk mailing list.
Itu adalah optional, mungkin boleh ditambah kemudian.
Artikel ini hanya cover plugin yang asas dan penting kepada prestasi blog.
InsyaaAllah saya akan tambah pada artikel lain mengenai plugin tambahan nanti.
Jika anda sebarang rekomendasi plugin dari pihak anda, mohon nyatakan pada ruangan komen dibawah agar kita boleh sama-sama berkongsi manfaat.
Tinggalkan Komen Anda..