Review: Kelebihan Dan Keburukan DRAVE custom handle

Kelebihan Dan Keburukan DRAVE custom handle

Disclaimer:

Review ini ditulis secara telus untuk berkongsi pengalaman dengan orang ramai. Saya tidak mendapat apa-apa insentif dari mana-mana pihak. Harap maklum.

Selalunya ada tiga sebab untuk kita menukar handle asal reel:

  1. Mengurangkan berat
  2. Penampilan lebih cantik
  3. keselesaan

Macam pakai kereta, kita pasti tidak akan tertahan untuk menukar sport rim. Begitu juga dengan reel, mana tahan tengok handle yang cantik-cantik. Kan?

Tetapi adakah berbaloi untuk menukar handle atas alasan penampilan luaran semata-mata?

Ntah. Ia terpulang kepada anda. Selera masing-masing, poket masing-masing. hihi

Yang pasti, ia tiada kaitan untuk membuatkan kita dapat menangkap lebih banyak ikan.

Sebab sebenar untuk menukar handle reel

drave handle baitcaster

Saya menukar handle reel bukan kerana faktor kosmetik semata-mata.

Jika anda pengguna baitcaster shimano calcutta conquest 101 (versi 2014) seperti saya, anda pasti akan mengakui bahawa reel tersebut adalah diantara yang terbaik pernah dicipta.

Dengan penampilan luaran yang menawan, karauan selembut sutera dan bearing pada setiap parts yang bergerak, menjadikan reel ini hampir sempurna.

Maka tidak hairanlah ia menjadi flagship buat Shimano.

Namun terdapat satu perkara yang saya tidak suka mengenai reel ini – pengayuh asal (handle) terlalu pendek, iaitu 75mm.

Ukuran ini pada saya kurang selesa (sesetengah orang lain rasa sebaliknya) Lagi pun, saya rasa ia ‘sedikit kureng’ dengan aplikasi memancing yang saya selalu gunakan, iaitu deep cranking.

Jadi, handle / pengayuh yang sedikit panjang akan menjadi satu penambahbaikan yang bagus untuk reel saya.

Perbezaan handle panjang vs handle pendek

handle panjang vs handle pendek
Apakah kesan significant selepas menukar handle asal pada reel?

Apa kelebihan menggunakan handle panjang?

– Penambahan dari segi kuasa.

Dari segi fizik, pengayuh atau handle reel anda sebenarnya berfungsi sebagai tuil.

Apabila kita menggunakan tuil (pengayuh) yang lebih panjang, ia akan membolehkan anda untuk mengaplikasi lebih banyak tork. 1

Walaupun dengan hanya penambahan 10mm panjang, putaran reel anda akan terasa jauh lebih berkuasa.

Perbezaan ini akan dirasa dengan jelas apabila menggunakan gewang  yang mempunyai rintangan air yang tinggi seperti gewang selaman dalam.

Kesan tuilan (leverage) akan meningkatkan kuasa. Itulah sebab utama pengayuh lebih panjang dicipta.

Kelebihan Dan Kekurangan Drave

_DSC2309

Ada banyak pilihan jenama pengayuh offset dipasaran Malaysia buat masa ini.

Antara yang paling popular adalah Livre, Zpi, Avail dan RCS.

Disebabkan oleh kerana Jepun adalah peneraju dalam industri memancing, maka sudah tentulah pasaran didominasi oleh jenama mereka.

Drave – jenama yang baru muncul untuk mencabar jenama lain yang telah gah. Apa yang menarik, ia buatan anak tempatan dari Malaysia.

Secara jujurnya, saya pilih Drave sebab sudah tentunya kerana harga lebih murah.

Designnya yang agak robotik menarik perhatian saya. Warna pilihan agak banyak, dan kena dengan skema warna CQ101 saya.

Selain itu, mestilah sebab saya nak support produk Malaysia.

warna Kelebihan Dan Keburukan DRAVE custom handle
Black & Gold – kombinasi warna yang masuk dengan finishing CQ 2014
drave custom handle
Pandangan sisi Drave custom handle
Drave lock nut
M7 lock nut untuk Shimano
M5 drave knob
Rajah skematik knob M5 Drave. Dua bearing untuk setiap knob.

Saya memilih handle berukuran 90mm (gold) dengan Knob M5 dengan gabungan black & gold, pada harga RM460 siap pos.

Mahal?  ia jauh lebih murah daripada harga handle & knob jenama Livre.

 


Selepas 3 bulan saya memasang handle ini pada reel saya, ada beberapa kelebihan dan kekurangan yang saya dapat kesan:


 

Kelebihan

  • Ringan
  • Design antara yang tercantik
  • Knob selesa digenggam
  • Kukuh dan kuat

Kekurangan

  • Shaft tak tahan hakisan air masin
  • bearing mudah berkarat

Drave secara asasnya adalah produk yang baik.

Cuma cadangan saya adalah agar pihak Drave menukar/mempertingkatkan material pada bahagian shaft & bearing agar lebih tahan air masin dan menyertakan manual tatacara penjagaan handle dalam setiap bungkusan mereka.

Lagipun, jika anda hanya gunakan pada pancingan air tawar, pasti tiada masalah langsung.

Nilai tambah yang menarik pada Drave

Salah satu perkara yang menarik mengenai Drave ini adalah servis after sales yang superb, dan harus dipuji.

Setelah pulang dari trip Blackbass Sri Ganda selama dua hari, dengan keadaan padang pancing yang extreme (sudah pasti saya tak dapat elak percikan air masin pada reel), saya mendapati knob saya sudah tidak berputar lancar. Ia tersekat-sekat.

(saya sentiasa membilas reel saya selepas naik ke jeti)

Saya syak pasti ia berpunca daripada bearing telah berkarat dan harus diganti.

Namun semasa proses meleraikan satu persatu bahagian-bahagian handle drave ini, saya dapati shaft telah mengalami kakisan galvanik dan bearing telah berkarat serta gagal ditarik keluar, walaupun dengan bantuan playar.

hakisan air masin
Shaft yang mengalami sedikit hakisan galvanik air masin

Jadi saya menghubungi pihak Drave untuk menghantar handle tersebut dibaikpulih.

Saya kagum dengan kepantasan mereka untuk memberi respons dan bertindak dengan aduan diberikan.

Part yang rosak (shaft & bearing) diganti secara percuma sahaja. Hanya perlu bayar kos postage. Pagi mereka dapat parcel saya, terus baiki dan petang itu juga mereka terus pos kembali kepada saya.

drave roob ganesan

Prestasi sebeginilah yang jarang ada pada mana-mana syarikat – menganggap pelanggan mereka penting.

Secara psikologinya, mereka berjaya membuatkan saya rasa berbaloi mengeluarkan duit untuk produk mereka.

Saya menjangkakan peminat Drave akan terus meningkat jika mereka terus mengekalkan imej seperti ini.

Penutup

Ratio reel saya adalah 5.2:1 dan dipadankan dengan handle Drave bersaiz 90mm.

Drave offset handle
Kombo yang mantap untuk deep cranking: Shimano CQ 101 (2014) + Drave 90mm swept handle + 8-20lb rod

Untuk aplikasi deep cranking, combo ini memang sangat best. Seolah-olah tiada beban langsung dihujung tali.

Selain itu, berat keseluruhan reel saya dapat dikurangkan.

Saya rasa lebih selesa, dan pada masa yang sama saya mendapat lebih kuasa.

Inilah tujuan utama tuning reel.

Selain daripada meningkatkan rupa luaran, ia bertujuan meningkatkan prestasi reel dan memberi keselesaan kepada pemancing itu sendiri.

drave offset handle
Peningkatan dari segi rupa luaran? Ya. Drave antara handle offset yang tercantik dipasaran.

Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan Drave.

Adalah menjadi perkara biasa untuk mana-mana produk yang baru dikeluarkan ke pasaran mempunyai sedikit kelemahan.

Semoga pihak Drave sentiasa menambahbaik kualiti produk dan mengekalkan perkhidmatan pelanggan yang bagus.

Selamat mengharumkan nama Malaysia.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

17 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
ezziey
ezziey
3 tahun yang lalu

assalammualaikum tuan, nak tanya, tuan tukar handle untuk main air masin, kenapa tak pakai single handle? boleh bagi tau tak kelebihan pakai single knob untuk cq101 hg macam tuan punya.

rizal nasri
rizal nasri
6 tahun yang lalu

Assalamualaikum masta…
sy juga pengguna handle drave M4 100mm. Sy pasang dgn ryoga 1016hl. Mmg terasa cranking power bila tukar handle compare dgn handle asal. Tp bila baca pasal bearing & shaft mudah karat. Sy kena lebih berhati2 bila kena air masin. Reel ni sy guna utk casting siakap..pair dgn rod majorcraft corzza czc-66m.

Shrimpmynose
Shrimpmynose
6 tahun yang lalu

Salam Inche naim..sy newbie gune calcutta ni..sy gune calcutta101 xt..handle drave tu boleh fit ngam model calcutta yg sy gune?n 1 lgi..ape maksud XT yg tersirat kt mane2 shimano model?

Uda kacak
Uda kacak
7 tahun yang lalu

This is my sifu, always guide me from a to z..im hepy to know him

shaza
shaza
7 tahun yang lalu

hehe info yang menarik dan mudah difahami…kalau boleh sy tahu berapakah anggaran full set handle,knob,lock nut dan bearing dkt knob tu..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading