Bila Kita Patut Meneruskan Usaha Dan Bila Kita Perlu Menyerah Kalah?

jangan menyerah kalahHidup ini sukar.

Dan salah satu perkara yang paling sukar dalam hidup adalah; menentukan bila waktu untuk meneruskan dan bila waktu untuk move on.

Jadi bagaimana anda menentukan perkara ini?

Orang yang berjaya tidak akan pernah berputus asa


Di satu sisi, ketabahan dan kecekalan hati adalah kunci untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.

Sesiapa yang berkecimpung dalam bidang seni atau perniagaan, pasti mereka pernah menghadapi detik-detik yang penuh dengan keraguan..

Dan kadangkala perlu mencari ‘keyakinan dalaman’ untuk meneruskan apa yang mereka lakukan.

Orang sebegini selalunya berjiwa kreatif.

Jika anda mahu membina perniagaan yang berjaya atau ingin belajar kemahiran baru; maka ‘kekal bertahan dengannya‘ mungkin adalah fundamental paling kritikal untuk anda.

Tapi orang yang bijak selalu akan menyerah kalah..


Pada sisi yang lain pula, memberitahu seseorang supaya tidak menyerah kalah adalah nasihat yang buruk.

Orang berjaya sentiasa menyerah kalah setiap masa.

Jika sesuatu perkara itu tidak berhasil, orang bijak tidak akan mengulangi banyak kali tanpa kesudahan.

Mereka menyemak semula. Mereka ubahsuai kembali. Mereka menukar arah. Mereka berhenti.

Orang sebegini adalah jenis produktif.

Seperti kata pepatah yang diucapkan oleh Einstein,

Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results.

— Kegilaan adalah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.

 

Jadi yang mana satu harus kita ikut dalam kehidupan?

Kehidupan memerlukan kedua-dua strategi diatas.

Kadang-kadang, kita perlu untuk menunjukkan keyakinan yang tidak berbelah bahagi dan harus melipatkaligandakan usaha dalam mengejar sesuatu impian.

Kadangkala juga, kita harus meninggalkan sesuatu yang tidak berhasil dan beralih kepada sesuatu yang baru.


Persoalan utama adalah: bagaimana kita boleh tahu bila untuk menyerah kalah dan bila untuk bertahan dengannya?


Semua orang bertanya ini..

Dan kebanyakan orang tidak suka jawapannya.

Saya tidak tahu pandangan orang lain. Trait personaliti saya lebih kepada kreativiti.

Tapi ini pandangan saya: kebanyakan orang selalu  menyerah kalah terlalu awal. 

Terdapat banyak perkara yang boleh anda capai apabila anda ada kemahuan & tetap kekal berpegang dengannya disaat kebanyakan orang lain sudah mahu mengalah.

Jika pada suatu hari anda cuba membuat satu lukisan lukisan, dan sedar bahawa hasil kerja anda tidak sehebat picasso – telanlah kepahitan kenyataan itu.

Selamat datang ke kehidupan sebenar.

Hasil kerja anda mungkin tidak seperti Picasso, tetapi anda sentiasa boleh meningkatkan kualiti hasil kerja anda.

lukisan pablo picasso menyerah kalah
Lukisan Pablo Piccaso yang dinamakan The Acrobat

Masalah kebanyakan orang adalah:

– Mereka hidup dengan jangkaan-jangkaan yang salah.

Mereka menjangkakan semua perkara yang mereka lihat adalah mudah.

Contohnya macam lukisan Picasso diatas.

Dan apabila mereka sendiri membuatnya – mereka sedar hasil kerja mereka tidak sebagus apa yang mereka anggap pada mulanya.

Mereka akan fikir telah membuatnya secara silap dan selepas itu mengalah serta merta.

 

Letakkan jangkaan yang sedikit tinggi dalam kehidupan ini..

Fikirkan semua perkara adalah tidak mudah.

Letakkan sedikit high expectation kepada semua perkara dalam kehidupan.

Apabila nanti anda bertemu perkara yang benar-benar sukar dalam kehidupan ini – anda tidak akan terkejut dan insyaaAllah tetap boleh meneruskan perkara tersebut.

Inilah sebab mengapa 95% orang mengalah terlalu awal.

Mungkin disatu sisi, sesuatu perkara tersebut adalah benar-benar sukar.

Tetapi kita masih belum melihat dari sudut lain.

Mungkin kita boleh menyerang dari sudut itu.

Mengalah’ dalam konteks ini bukan bermakna untuk berhenti terus.

Tetapi melihat ia sudut yang lain, mencuba sesuatu yang baru dan melihat pendekatan baru kemungkinan lebih berkesan.

You’re giving up on the tactic, but not the end goal.

Tetapi berbalik kepada prinsip diatas; mungkin ada perkara yang perlu kita tinggalkan, dan mungkin ada perkara yang perlu kita tetap teruskan.

Bagaimana untuk mengetahuinya?

Saya ada merumuskan dalam dalam bentuk matrix dibawah:

 bila kita harus menyerah kalah

Dalam setiap perkara, masing-masing mempunyai tahap kesukaran dan ada tahap kepentingan tersendiri.

Kebanyakan perkara diletakkan di bawah satu kuadran daripada empat kategori.

  • Penting dan mudah
  • Penting dan sukar
  • Tidak penting dan mudah
  • Tidak penting dan sukar

Jika sesuatu perkara itu penting, sila buat.

Tidak kira apa pun ia, buat.

Walaupun anda tidak dapat melakukannya (buat masa sekarang), duduk sekejap untuk memikirkan kaedah lain untuk meruntuhkan tembok halangan tersebut.

Jika sesuatu perkara itu tidak penting – why the hell are you still doing it? Tak payah buang masa buat perkara-perkara ini.

Jika sesuatu yang mudah 

Ada kemungkinan semua orang telah buat perkara yang sama. Jadi mengapa anda membazirkan masa terhadapnya (jika ia tidak penting).

Tapi jika ia mudah (tetapi penting) – sila buat dengan segera.

 

Bagaimana menentukan bila kita perlu menyerah kalah dan berhenti?

Disini ada cadangannya:

Penting dan Mudah = buat sekarang!

Penting dan Sukar = Cekalkan hati

Tidak Penting dan Mudah = Jangan buang masa untuk ini.

Tidak Penting dan  Sukar = Berhenti! atau anda akan sakit otak.

Dapat?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Fida
Fida
2 tahun yang lalu

Terbaik perkongsian ini dan formula matrix yg sgt berkesan

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading