Bagaimana Menjadikan Penulisan Anda Jelas Dan Mudah Difahami?

menulis dengan jelas
Adakah penulisan anda sudah cukup jelas dan mudah difahami?

Tidak semua orang mampu menulis dengan baik.

Malah, kadangkala penulis profesional pun juga gagal melakukannya.

Banyak orang gigih menulis artikel yang sarat dengan maklumat.. tetapi malangnya, tiada siapa yang membacanya.

Apa sebenarnya kesilapan yang berlaku disini?

Anda perlu tahu bahawa; 76% pembaca laman web adalah sangat sibuk. 

— Mereka hanya menjeling dan mengimbas (scanning).

Otak mereka ligat berkira-kira menentukan sama ada meninggalkan blog anda atau tidak.

Oleh itu, apakah perkara penting agar pembaca terus kekal?

Baca Sepenuhnya

11 Formula Menulis Tajuk Artikel Blog Yang Menarik (Dengan Contoh)

tajuk artikel blog yang menarik

Ini adalah panduan menulis tajuk artikel blog paling lengkap dalam planet.

Tahu apa yang terbaik?

Saya akan mendedahkan formula mencipta tajuk menarik yang berkesan pada waktu sekarang (tahun 2018)

— Dan ia telah dibuktikan (dengan contoh sebenar)

Secara ringkas: jika anda mahu mencipta tajuk yang menarik, berkesan dan convert, anda akan suka panduan ini.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan..

Baca Sepenuhnya

Saya Menulis Untuk Ingat

menulis untuk ingatSemasa mewujudkan blog ini dulu, saya ada menetapkan untuk menulis setiap minggu

Agak memalukan, selepas 3 tahun, saya hanya menulis 60 post dalam blog ini.????

Semasa saya menulis post ini, saya membaca post saya yang lepas-lepas.

— Ia memberi satu perasaan yang hebat menyelusuri kehidupan yang telah lalu.

Ia mengingatkan saya apa tujuan saya mewujudkan blog ini, apa yang ingin saya kongsikan dan bagaimana saya meningkatkan tahap penulisan saya.

Baca Sepenuhnya

Bagaimana Menjadi Seorang Penulis yang Baik (Dan Memberi Inspirasi)

penulis yang baik dan hebat

Sebenarnya semua orang adalah penulis.

Ini adalah fakta.

Bila difikirkan kembali tentang tabiat menulis, sebenarnya kita semua secara sedar tidak sedar, suka atau tidak suka.. kita memang telah melakukannya setiap hari.

Kita menulis emel, membalas whatsapp, kita post sesuatu status di facebook, Twitter, Instagram dan kita juga meninggalkan komen pada blog.

Bukankah setiap post yang kita buat itu secara tidak langsung membuatkan diri kita seorang penulis?

Baca Sepenuhnya

Berapakah Panjang Artikel Blog Yang Sepatutnya?

berapakah panjang artikel blog yang berkualitiBagaimanakah menghasilkan penulisan yang baik?

  • Berapa patah perkataan yang diperlukan dalam artikel blog?
  • Berapa panjang sepatutnya anda tulis untuk pembaca dan dalam masa yang sama mesra SEO?
  • Artikel yang dalam bentuk panjang lebih bagus? Atau dalam bentuk point-point?

Sebenarnya tiada jawapan yang khusus, kerana ia bergantung kepada pendekatan anda.

Ada blogger suka menulis pendek, padat dan straight to the point.

Contohnya Pakdi (Suzardi Maulan) dan Seth Godin. Artikel mereka tulis adalah sekitar 100-200 patah perkataan.

Pada masa yang sama pula, ada blogger yang menghasilkan artikel panjang, terperinci dan banyak menggunakan analogi.

Contohnya Khairul Abdullah dan Tim Ferris,  dimana penulisan mereka adalah sangat terperinci dan panjang (adakalanya mencecah 5000 patah perkataan)

Darren Rowse pula menasihatkan supaya berhenti apabila sudah cukup.

Blogger-blogger yang disebutkan diatas mempunyai bilangan pembaca yang ramai dan sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.

Jadi untuk menjawab persoalan ini sememangnya agak sukar.

Tetapi saya mempunyai point yang kukuh berkenaan topik ini, berdasarkan pengalaman, data, trend dan apa yang saya tahu mengenai jenis kandungan yang digemari oleh enjin carian (google terutamanya).

Sila baca dengan lebih lanjut.

Baca Sepenuhnya