Bagaimana Menjadi Seorang Penulis yang Baik (Dan Memberi Inspirasi)

penulis yang baik dan hebat

Sebenarnya semua orang adalah penulis.

Ini adalah fakta.

Bila difikirkan kembali tentang tabiat menulis, sebenarnya kita semua secara sedar tidak sedar, suka atau tidak suka.. kita memang telah melakukannya setiap hari.

Kita menulis emel, membalas whatsapp, kita post sesuatu status di facebook, Twitter, Instagram dan kita juga meninggalkan komen pada blog.

Bukankah setiap post yang kita buat itu secara tidak langsung membuatkan diri kita seorang penulis?

Menulis adalah satu aspek yang kita selalu lakukan dalam hidup kita– samalah seperti kita menaiki tangga, berulang-ulang setiap waktu dan pada setiap hari.

Penulisan boleh membuatkan kita  kelihatan bijak dan sebaliknya juga boleh membuatkan kita kelihatan bodoh.

Ia melambangkan mentaliti kita.

Ia boleh menggambarkan imej kita sebagai seorang yang periang, baik, matang dan boleh dipercayai.

Tetapi ia juga boleh jadi sebaliknya, mencerminkan kita sebagai seorang yang bosan, tidak mesra dan ego serta kurang cerdik.

Pembaca kita bukan bodoh.

Mereka boleh menilai kita dari gaya penulisan.

Jadi, yang bagaimanakah yang anda mahu digambarkan?

Bagaimana menjadi penulis yang hebat?

Dalam kehidupan kita, kebanyakkan orang percaya bahawa;

.. kebolehan untuk menulis dengan baik dan hebat, adalah satu ‘keistimewaan’ hanya yang dianugerahkan kepada orang tertentu sahaja..

Bukan semua orang dapat anugerah ini.

Kebolehan menulis dengan baik dianggap sebagai suatu seni, terhubungkait dengan kehebatan luar biasa dan suatu anugerah tuhan untuk sesetengah orang sahaja.

Dahulu hampir sepanjang hidup, saya juga berfikiran begitu.

I thought writing was an art. Something special. For talented people only.

Bagi saya penulis adalah seseorang yang sangat menarik.

Mereka dilahirkan dengan bakat yang hebat untuk menarik perhatian orang dengan karya mereka. Memberi inspirasi kepada orang lain.

Itulah yang saya fikirkan.

Pemikiran sebegini menjadikan kita beranggapan bahawa dalam dunia ini terdapat dua golongan orang:

  1. Iaitu orang yang memang dilahirkan dengan bakat menulis
  2. Mereka yang malang, iaitu mereka yang tiada harapan untuk menulis dengan baik, hopeless struggle. – Ibarat cuba untuk mengukir batu marmar dengan sebilah pisau lipat.

Hakikatnya semua orang bukan dilahirkan untuk menulis dan bukanlah juga untuk menjadi malang.

Malah, mereka yang merasakan bahawa mereka boleh menulis (dan juga mereka yang merasa tidak boleh), selalunya tersilap!

Semua orang boleh menulis, dan skill ini boleh dipelajari.

Kunci untuk menjadikan penulisan kita meningkat & menjadi semakin baik, daripada batu kepada permata, adalah dengan menulis setiap hari.

Ya, menulis adalah rutin, bukannya suatu seni.

Ia harus dilatih dan diamalkan dari masa ke semasa.

Jadikan penulisan kita untuk menyebar kebaikan, untuk memberi inspirasi

Di dalam dunia realiti, kebanyakkan daripada kita adalah berada dalam kategori pertengahan;

– iaitu berkebolehan untuk menapis keluar penulisan yang cincai untuk menjadikan sesuatu itu lebih berinspirasi dan disenangi orang lain.

Mampu untuk berkomunikasi dengan baik dalam penulisan bukan sahaja menjadi sesuatu yang anugerah; tetapi ia adalah satu kemestian.

Dan selalunya perkara ini dipandang secara tidak serius oleh anda semua.

Apa yang penting adalah kita betulkan niat kita, kerana dengan penulisan juga kita boleh berdakwah, menyebarkan kebaikan dan mengispirasikan orang lain.

Penulisan kita tidak semestinya perlu ditulis panjang-panjang.

Tulisan yang pendek dan padat juga mampu untuk menyentuh hati orang lain.

Cuba lihat contoh penulisan di blog seth godin, tulisan beliau pendek tetapi sangat memberi inspirasi. Lagi? Cuba lihat status facebook Puan Ainon Ahmad, ringkas tapi padat.

Jadi bagaimana untuk menjadi seperti mereka diatas?

Fake it until you make it…

If you want to be a writer you must do two things above all others: read a lot and write a lot.

– Stephen King.

Dalam dunia kita sekarang ini, kita telah sedia menulis dan membaca dengan banyak pada setiap hari. Anda memang dilahirkan untuk menjadi penulis.

Cuma skillnya sahaja yang perlu dilatih.

Sebenarnya otak kita mempunyai kebolehan yang mengagumkan untuk sentiasa belajar kemahiran baru.

Jadi perkara mudah yang anda boleh buat adalah, cuba-cuba tiru gaya penulisan orang lain yang memberi inspirasi, gaya penulisan yang kita suka.. dan kita akan dapat idea selepas itu.

Just fake it until you make it.

Ini adalah salah satu cara untuk kita menjadi kreatif.

Jadi, mari kita berusaha!

Belajar untuk meningkatkan penulisan setiap hari.

Simpan keinginan untuk memberi inspirasi dan menyebarkan kebaikan.

Kita semua kreatif. Semua orang mampu menjadi penulis, dan memang telah dilahirkan untuk menjadi penulis.

Anda hanya perlu meneroka potensi diri anda untuk menjadi penulis yang lebih baik. Berlatih, berlatih, berlatih dan berlatih!

Semoga kebaikan dapat tersebar dengan penulisan kita. InsyaaAllah.

Apa masalah anda berkaitan dengan bidang penulisan? 

Kongsikan apa yang ada hadapi pada ruangan komen dibawah agar kita sama-sama boleh menyelesaikannya.

Terima kasih kerana  membaca tulisan ini.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

39 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Huzaime
Huzaime
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum tuan, mungkin komentar saya ini agak lewat sebab saya baru jumpa artikel ini, kebetulan saya dalam proses membina blog sendiri,
Saya berumur 40an, dan baru tergerak hati hendak menulis blogs, ini adalah kerana sejak pkp awal tahun lalu, masa saya banyak terperap di rumah, jadi saya luangkan banyak masa untuk membaca blog dan menonton YouTube, seperti yang saya katakan awal tadi, saya dalam proses membina blog, saya tak tahu dari mana harus bermula, apa isu teknikal yang bakal saya hadapai untuk membolehkan blogs saya tu berada dalam injin carian Google kelak. Apakah langkah seterusnya? Ada orang berpendapat manfaat kan sahaja Google blogspot.com kerana ianya percuma, tapi apa yang saya dapati seolah olah Blog saya tak ada orang baca, sebab itulah saya membeli domin dan housing dan dalam proses menunggu.
Jadi apa yang saya buat sekarang adalah membaca dan cuba memahami gaya penulisan orang lain serta mencari sumber yang membahaskan tajuk “gaya penulisan’ , apa yang saya sedari ialah saya lebih cenderung dan senang dengan gaya penulisan yang tidak terlalu formal, seperti yang tuan cakap seolah olah kita sedang bercakap dengan orang di hadapan kita, ya saya setuju dengan pendapat itu, itulah yang saya cari dan ingin saya terjemahkan dalam penulisan saya kelak, saya juga setuju dengan rangka/draf penulisan supaya kita tidak hilang arah tujuan kita. Akhir kata saya mohon pandangan dari tuan dari aspek teknikal dalam mengendalikan blog serta gaya penulisan yang baik. Sekian terima kasih.

Mahafiz Hamidon
Mahafiz Hamidon
3 tahun yang lalu

Saya memang minat menulis dan berkeinginan sangat utk menghasilkan buku yang boleh memberi pengajaran , inspirasi dsbnya. Apa lg dgn byk pengalaman merantau dan kisah kisah kehidupan org lain serta diri sendiri. Masalahnya saya tidak tahu dimana ingin bermula kerana terlalu byk cerita ingin saya kongsikan. Minat menulis setakat ini hanya saya lakukan difb sahaja setakat ini.Niat utk membuka blog sebelum menghasilkan buku juga tak tercapai kerana masih tidak tahu membuat blog sendiri walau berkali mencuba.

linda
linda
3 tahun yang lalu

Tuanlah sebenarnya “Seorang Penulis yang Baik (Dan Memberi Inspirasi)” itu…
Saya mula suka dengan blog ini dan akan baca kesemua penulisan tuan. InshaAllah.

Inspiring!

Nofa
Nofa
3 tahun yang lalu

Penulisan dah lama saya tinggalkan jadi bila saya memulakan semula,idea saya seakan beku dan saya tak tahu hendak mula dari mana.Bila saya menulis mengikut imaginasi saya,ia seakan serabut dan mengarut.Jadi bagaimana saya hendak menulis dengan baik?

Nofa
Nofa
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Okay saya cuba.Terima kasih ye????

Zufar
Zufar
3 tahun yang lalu

Terima kasih, info sangat menarik. Semoga Allah memberkati kamu ☺

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading