9 Perkara Penting Perlu Dibuat Selepas Publish Artikel

perkara yang mesti dibuat selepas publish artikelAnda tahu, menulis blog sangatlah leceh..

Setelah selesai bertungkus-lumus menerbitkan artikel blog yang terbaik untuk pembaca, pasti anda tidak sabar-sabar untuk bergerak kepada topik seterusnya bukan?

Saya tahu masa itu emas dan anda masih ada banyak lagi post yang hendak ditulis dan merangka kandungan yang hendak dihasilkan.

Tapi tunggu dulu sekejap..

Ada lagi perkara yang anda harus buat selepas publish artikel.

Sebelum ini saya ada menulis checklist sebelum publish artikel, maka hari ini saya akan bantu anda menggandakan potensi artikel anda dengan 9 taktik yang harus anda buat selepas publish artikel.

InsyaaAllah ini akan memastikan artikel anda sampai kepada orang yang betul selepas itu terbit kepada umum.


1. Baca balik dan buat semakan semula

Saya yakin anda telah meluangkan masa untuk proofread artikel anda sebelum publish, tapi percayalah bahawa  anda pasti akan terlepas sesuatu. 

Kadangkala ia bukan berkaitan dengan kesalahan ejaan/tatabahasa, tetapi ayat yang ditulis masih tidak sampai maksud sebenar.

Mungkin ia tidak masuk dengan gaya anda selama ini. Atau terdapat fakta yang kurang tepat.

Mungkin tajuk anda masih kurang ‘punch’.

Kita harus memperbaiki perkara ini.

Membaca dengan kuat membantu anda mengesan ketidaksempurnaan ini.

Tidak kira seberapa hebat anda mempromosikan artikel anda, jika artikel anda penuh dengan kesalahan, maka anda akan hilang kredibiliti.


2. Buat sambungan dengan post lama.

Kaedah ini ibarat serampang dua mata.

Kata orang putih, kills two birds with one stone.

Jika anda menghasilkan banyak kandungan evergreen yang sentiasa memperolehi link dan share dari masa ke semasa, maka anda boleh memanfaatkan post lama ini untuk memandu trafik kepada post baru.

Semak kembali post-post anda yang popular dan cari jalan untuk untuk menyertakan link kepada post yang baru diterbitkan.

Kenapa perkara ini sangat penting?

Kaedah ini bukan sahaja meningkatkan jumlah trafik, malah ia akan:

  • memperbaiki struktur blog anda.
  • menguatkan autoriti keseluruhan halaman dalaman blog anda.
  • memberi pengaruh seo kepada artikel terbaru

Secara ringkasnya, ia akan mewujudkan rangka SEO yang kuat kepada blog anda betul

Saya ada menyediakan panduan lengkap membina pautan dalaman dengan cara yang betul.


3. Kongsikan ke media sosial

Sejurus selepas menekan butang publish, segeralah untuk kongsikan ke media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Ia akan membantu anda mendapat perhatian awal.

Jika anda menghabiskan berjam-jam masa menghasilkan artikel, maka anda harus meluangkan masa beberapa minit untuk mempromosikan artikel tersebut untuk pendedahan semaksimumnya.


4. Hantar kepada subscriber emel Anda

Subscriber emel anda adalah orang paling setia kerana mereka memberi anda kebenaran untuk menghantar newsletter ke inbox mereka.

Oleh itu emelkan kepada mereka dan biarkan mereka tahu.

Anda boleh menetapkan penghantaran emel secara berkala, secara mingguan atau bulanan.

Jika anda tiada senarai mailing, anda harus membinanya sekarang.


5. Membalas komen pembaca

Membuatkan orang memberi ulasan (komen) pada blog post memang sesuatu yang amat mencabar.

Oleh itu, bila anda orang meninggalkan komen, anda tidak harus mengabaikannya.

Jadikan ia sebagai salah satu keutamaan untuk membalas setiap komen yang ditinggalkan.

Walaupun komen yang tinggalkan tidak berbentuk soalan, sekurang-kurangnya balaslah dengan ucapan terima kasih.

Ini membina hubungan positif dengan pembaca anda.

Dan menggalakkan orang lain turut sama untuk meninggalkan komen.

Bahagian juga komen boleh diindex oleh Google, maka jika banyak perbualan yang berlaku di bahagian komen, maka lebih baik hasil carian terhadap blog anda.


6. Pantau dengan google alert

Google alert adalah alat yang berkesan untuk mengesan blog post anda jika ia menjadi viral.

Google alert akan membenarkan anda menyediakan isyarat emel untuk kata kunci dalam artikel anda, supaya anda boleh menjejak sebarang mention yang diterima dari seluruh rangkaian web.

Anda boleh mula dengan menuju ke homepage Google Alert dan masukkan keyword anda.

Klik pada Show Option untuk menetapkan frekuensi isyarat dan mengubahsuai sebarang parameter yang anda perlukan.

Kemudian, tunggu isyarat datang.


7. Ambil bahagian dalam forum atau facebook group

Group Facebook dan forum adalah tempat yang baik untuk meneroka pembaca yang relevan kepada artikel anda.

Anda mungkin perlu memohon untuk menyertai sesuatu group, tetapi setelah mendapat kelulusan anda sudah boleh mula untuk berbincang dengan ahli yang lain.

Apa yang penting, topik anda mesti relevan dengan thread forum/facebook group tersebut.

Ambil bahagian dengan memberi input yang baik terhadap sesuatu topik, mengundi dalam poll, dan berinterasi dengan ahli-ahli yang lain.

Kuncinya disini adalah jangan melakukan spam.

Lakukan promosi dengan berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang ditetapkan admin group/forum tersebut.


8. Meninggalkan komen pada blog orang lain

Blogger mengenali kaedah ini sebagai blog walking.

Jika anda masih baru dalam arena ini dan masih struggle untuk membina audiens sendiri, ini adalah kaedah yang bagus untuk membina hubungan dan kepercayaan.

Anda mungkin rasa perkara ini sudah ketinggalan zaman, tapi sebenarnya ia masih berkesan.

Mengapa? Sebab anda memberi nilai yang baik kepada orang lain. Ia bukan berkaitan link building semata-mata.

Cuma anda perlu pastikan anda  meninggalkan komen yang benar-benar memberi nilai pada blog yang relevan.


9. Jadualkan untuk perkongsian media sosial

Kebanyakkan orang hanya share sekali atau dua ke media sosial selepas artikel itu diterbitkan.

Sebenarnya sangat penting untuk berkongsi ke media sosial secara berterusan. Anda tidak harus berhenti mempromosi artikel anda pada hari pertama sahaja.

Sebab itu saya sarankan menulis kandungan artikel yang evergreen kerana ia sesuai dipromosi sepanjang masa.

Saya selalu menjadualkan perkongsian saya sebulan lebih awal. Untuk ini saya menggunakan satu aplikasi yang bernama Buffer.

dashboard buffer selepas publish artikel

Dengan yuran tahunan sebanyak $102 USD (terdapat juga plan percuma, tetapi fungsi yang terhad), ia banyak menjimatkan masa saya.

Selain Buffer, ada banyak lagi apps yang menjalankan fungsi yang sama. Contohnya Hootsuite dan CoSchedule.

Dengan aplikasi ini, saya dapat menetapkan masa dan frekuensi untuk perkongsian saya.

Misalnya, setting saya adalah 4 kali sehari iaitu pada pukul 8 pagi, 12 tengah hari, 5 petang dan 9 malam.

Bagi saya aplikasi ini banyak meningkatkan produktiviti saya. Anda juga harus mencuba.

Menerbitkan artikel adalah hanyalah baru separuh dari proses..

Anda mungkin fikir bahawa setelah mengklik butang publish, kita akhirnya dapat berehat – tetapi sebenarnya tidak.

Walaupun anda mempunyai aliran pelawat yang tersendiri dan perkongsian ke media sosial dilakukan secara automatik, menghasilkan blog post semata-mata tidak akan akan mencapai potensinya kecuali anda menjalankan perkara seperti checklist di atas.

Cuba tips ini dan anda akan nampak apa yang saya maksudkan.

Jika tabiat anda sebelum ini adalah ‘publish & abaikan‘, maka sekarang ini adalah waktu untuk berubah.

Gunakan cara ringkas diatas dan pasti blog post anda akan meroket.

Saya berharap artikel ini membantu anda memaksimumkan hasil usaha anda!


Adakah anda mempunyai langkah-langkah lain yang ingin dikongsikan?

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
olaoli
5 tahun yang lalu

terima kasih perkongsian. first time saya tahu tentang google alert. biasanya saya hanya ping dan submit url lepas posting

aiman
aiman
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

assalamualaikum, macam mana kita nak submit url posting tu

aiman
aiman
Reply to  Muhamad Naim
4 tahun yang lalu

ok tuan, terima kasih ye

Muhamad Naim Abd Manaf
Muhamad Naim Abd Manaf
Admin
Reply to  aiman
4 tahun yang lalu

Sama-sama aiman.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading