Berapakah Panjang Artikel Blog Yang Sepatutnya?

berapakah panjang artikel blog yang berkualitiBagaimanakah menghasilkan penulisan yang baik?

  • Berapa patah perkataan yang diperlukan dalam artikel blog?
  • Berapa panjang sepatutnya anda tulis untuk pembaca dan dalam masa yang sama mesra SEO?
  • Artikel yang dalam bentuk panjang lebih bagus? Atau dalam bentuk point-point?

Sebenarnya tiada jawapan yang khusus, kerana ia bergantung kepada pendekatan anda.

Ada blogger suka menulis pendek, padat dan straight to the point.

Contohnya Pakdi (Suzardi Maulan) dan Seth Godin. Artikel mereka tulis adalah sekitar 100-200 patah perkataan.

Pada masa yang sama pula, ada blogger yang menghasilkan artikel panjang, terperinci dan banyak menggunakan analogi.

Contohnya Khairul Abdullah dan Tim Ferris,  dimana penulisan mereka adalah sangat terperinci dan panjang (adakalanya mencecah 5000 patah perkataan)

Darren Rowse pula menasihatkan supaya berhenti apabila sudah cukup.

Blogger-blogger yang disebutkan diatas mempunyai bilangan pembaca yang ramai dan sentiasa berkembang dari tahun ke tahun.

Jadi untuk menjawab persoalan ini sememangnya agak sukar.

Tetapi saya mempunyai point yang kukuh berkenaan topik ini, berdasarkan pengalaman, data, trend dan apa yang saya tahu mengenai jenis kandungan yang digemari oleh enjin carian (google terutamanya).

Sila baca dengan lebih lanjut.


4 Sebab Mengapa Anda Harus Menulis Artikel Yang Panjang

Inilah kebenarannya:

Jika anda mahukan lebih pelawat, komen, facebook & Twitter share dan emel subscriber, anda patut menghasilkan artikel yang panjang.

Saya mencadangkan penulis blog dalam setiap niche menulis artikel sekurang-kurangnya 1000 patah perkataan – dan lebih panjang lebih bagus.

Persoalannya, mengapa anda harus menulis artikel yang panjang?

Ini satu soalan yang bagus.

Mari saya jelaskan:


1. Dapat merangkumi sesuatu topik dengan baik dan jelas

Apabila menulis artikel yang panjang (1000++ perkataan), anda akan mempunyai lebih ruang untuk membincangkan sesuatu topik dengan lebih jelas dan terperinci.

Sangat sukar untuk cuba menulis sesuatu topik secara detail jika anda hanya memperuntukkan 300 patah perkataan sahaja untuk merangkumkan sesebuah artikel.

Jika anda menulis blog post berbentuk tutorial, tuliskan secara langkah-demi-langkah.

Tutorial yang terperinci menerangkan secara jelas dan TEPAT bagaimana untuk melakukan proses/projek tersebut.

Perkara ini termasuklah arahan yang tepat, gambar screenshot dan tidak skip sebarang proses.

Jika anda menghasilkan penulisan berbentuk pendapat, jelaskan secara tepat mengapa anda berpegang kepada pendapat anda.

Buat pembaca faham mengapa anda befikiran sedemikian rupa, dan yakinkan pembaca anda mengapa mereka patut untuk bersetuju dengan anda.


2. Google lebih menyukai artikel yang panjang dan terperinci

(Jadi anda boleh menguasai enjin carian dengan kandungan artikel yang panjang)

Enjin carian seperti Google melihat kandungan artikel yang panjang adalah lebih relevan kerana ia beranggapan itu adalah lebih terperinci.

Dan itulah yang apa Google selalu cari (dan menempatkan ia pada kedudukan yang lebih tinggi) iaitu kandungan yang relevan.

 Relevan = terperinci ( penulisan yang panjang dan jelas) 

Google juga akan menempatkan kedudukan hasil carian sesuatu artikel itu lebih baik jika ada laman web lain membuat pautan kepadanya.

InsyaaAlah, lebih banyak laman web akan link kepada artikel anda jika anda menulis sesuatu topik secara mendalam dan terperinci.


3. Artikel yang panjang menarik lebih banyak pelawat dan komen

Jika anda mahukan trafik ke blog anda (mengaku sahaja – itulah yang kita semua mahukan), maka menulis artikel blog yang panjang akan sangat membantu.

Anda juga akan meninggikan kadar komen kerana dengan artikel blog yang panjang akan memperluaskan lagi perbincangan idea sesuatu subjek.


4. Membuat pembaca blog ‘terkesan’

… dan berhubung lebih mudah dengan artikel blog yang panjang

Salah satu perkara yang paling penting yang perlu kita buat adalah membuatkan pembaca kita terkesan secara emosi.

Jika anda hanya menerbitkan artikel 200-300 patah perkataan, anda tiada peluang untuk ‘menyentuh hati’ pembaca anda secara ikhlas

Anda tiada ruang untuk menulis pengenalan yang mencetuskan provokasi atau memasukkan elemen penceritaan yang mengusik emosi.

Menulis artikel yang lebih panjang akan membantu anda untuk mengusik hati pembaca.

Ia membantu mereka untuk melihat mesej yang ingin disampaikan dalam penulisan anda.

Dan pembaca yang terkesan dengan penulisan anda lebih cenderung untuk menyukai dan mempercayai anda.

 Artikel panjang = lebih peluang untuk berhubung dengan pembaca 

 

Beberapa Tips Untuk Menghasilkan Artikel Panjang & Berkualiti

a) Pilih tajuk yang tepat

Apabila anda memilih topik untuk artikel blog anda, anda mesti memilih topik yang cukup luas untuk membolehkan anda menulis dengan panjang lebar.

Jika anda telah menulis artikel sebanyak 300 patah perkataan dan kehabisan idea, ia menunjukkan subjek yang anda pilih itu mempunyai konteks yang sempit.

Topik yang lebih kompleks atau abstrak akan membuatkan subjek artikel anda lebih meluas, menarik dan banyak aspek dapat dibincangkan.


b) Jangan merapu dan bercakap kosong

Anda jangan sesekali menulis benda yang merapu dan kosong semata-mata untuk mencukupkan kuota jumlah patah perkataan yang telah anda tetapkan.

Cakap kosong akan membuatkan pembaca bosan dan menutup laman web anda.

Sebaliknya, tuliskan artikel yang berkualiti tinggi dimana ia sangat berguna dan menarik untuk dibaca.

Apabila anda selesai menerangkan, mengajar, memberi ulasan anda secara terperinci, maka berhenti menulis.


c) Kurangkan penerbitan artikel

Jika anda menghadapi masalah untuk menghasilkan artikel blog yang panjang kerana anda menerbitkan artikel 3 kali seminggu, maka kurangkan penerbitan artikel kepada 2 kali atau sekali.

Qualiti adalah lebih penting daripada kuantiti.

Jadi jangan membunuh diri anda dengan menulis artikel sepanjang 1500++ patah perkataan 3 kali seminggu.

Sebaliknya, terbitkan artikel berkualiti, hebat dan panjang anda sekali seminggu atau 2 kali sebulan.

Blog saya (akuislam.com) hanya menerbitkan artikel 1 kali seminggu atau kadangkala 2 minggu sekali.

Lebih baik kita dapat cuba rank 1 artikel yang berkualiti daripada kita publish banyak artikel ‘sampah’ tetapi tidak dapat rank langsung.

 

Realiti dalam kehidupan sebenar..

Pada tahap ini anda mungkin tertanya-tanya pada diri sendiri;

‘Bukankah orang sukakan penulisan yang pendek dan ringkas?’

Secara ringkasnya, YA.

Jika anda bertanya orang kebanyakkan, pasti mereka akan mengatakan mereka lebih menyukai kandungan yang pendek dan ringkas kerana mereka boleh baca sekali imbas sahaja.

— Tetapi sebenarnya bukan seperti itu yang berlaku dalam kehidupan sebenar.

Pembaca suka akan jawapan kepada persoalan mereka dan menyelesaikan masalah mereka.

Dan selalunya kandungan seperti ini adalah panjang.

Artikel yang panjang juga selalunya lebih banyak mendapat link daripada laman web lain, share di media sosial, mendapat lebih banyak komen dan juga kelebihan lain seperti apa yang kita bincangkan diatas.

Orang mungkin mengatakan mereka suka kepada artikel pendek, tetapi kelakuan mereka pula mengatakan sebaliknya.

Mereka tidak sedar pun berapa panjang patah perkataan yang mereka baca, like, komen dan share itu.

Cuba fikirkan:

Jika ada kenalan anda share satu link di facebook dengan caption, “Baca ni, artikel memang best..”,

..adakah anda akan klik link tersebut dan mengira dulu berapa panjang patah perkataan artikel tersebut sebelum membacanya?

Saya tahu anda tak buat begitu.

Apabila kita melayari internet, kita like apa yang kita suka.

Tidak mungkin kita baca sesuatu post dan berkata, “saya tak suka ini sebab ia terlalu panjang”.

kita like apa yang kita suka, dan share artikel tersebut jika rasa ia bermanfaat.

Jadi jangan risau sangat tentang apa yang orang nak kata.

Cuma tumpukan perhatian bagaimana artikel yang popular dan menarik dibuat agar kita boleh ambil sedikit sebanyak ciri-ciri yang ada padanya untuk diserap kedalam penulisan kita.

Cari Jawapan Yang Tepat untuk Pembaca Anda

Memang saya mengatakan artikel blog yang panjang adalah terbaik untuk pembaca dan SEO, namun anda haruslah mencari jawapan apa yang sesuai untuk audien anda.

— Selesaikan masalah mereka.

Anda bukan hanya perlu menguji panjang patah perkataan yang berbeza pada setiap artikel..

.. malah jenis kandungan yang berbeza (contohnya seperti artikel jenis senarai, temubual, artikel pendek dan artikel panjang) untuk melihat mana yang pembaca anda suka.

Anda mempunyai pelbagai statistik mudah untuk melihat apa yang pembaca anda suka.

Anda boleh melihat kepada:

  • Data pada google analytic
  • Banyak mana share dan like media sosial seperti facebook
  • Seberapa banyak komen yang anda dapat pada satu-satu artikel

Untuk menjalankan ujian secara sempurna, anda memerlukan beberapa artikel panjang, beberapa artikel pendek, dan sebagainya.

Kita memerlukan saiz sample yang besar untuk mendapat keputusan yang tepat dan bernilai.

Menulis artikel yang berkualiti (dan panjang) memang sukar, tetapi semua orang boleh lakukan..

Google ada mengeluarkan panduan membina laman berkualiti tinggi.

Dan kandungan artikel adalah salah satu faktor utama.

Mungkin sesetengah daripada anda, untuk menulis kandungan artikel yang panjang adalah sesuatu yang sangat sukar, terutamanya kepada mereka yang masih baru.

Latihan adalah jawapannya.

Tiada orang dilahirkan terus menjadi pakar tanpa berusaha terlebih dahulu.

Cubalah untuk menulis artikel yang panjang, terperinci dan tepat kandungannya. Anda pasti terkejut dengan keputusan yang anda bakal terima nanti.

Ingati perkara ini:

Enjin carian (google) lebih mengutamakan artikel yang panjang dan terperinci, begitu jugalah dengan pembaca anda.


Saya harap anda dapat kongsikan pandangan anda pada ruangan dibawah.

Saya sentiasa terbuka untuk belajar perkara baru dari anda.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

20 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
LyHakim
1 tahun yang lalu

Terima kasih inchenaim atas penjelasan..Masih belajar juga pasal tulisan yang bagus di blog.

TEHOKAW.COM
3 tahun yang lalu

Terima kasih diatas perkongsian ini..sangat membantu untuk kani improve lagi kelemahan dalam penulisan…ini artikel yang telah sy link kan content yg hampir mencecah 2000 patah perkataan..masih lagi dalam percubaan yang penting saya dapat kongsikan 10 tips kunci ketenangan hati..untuk tatapan pembaca..terima kasih semua ..kerana terus support kami..jangan lupa komen dan berikan pendapat serta tunjuk ajar dimana kelemahan kami.. welcome..

Last edited 3 tahun yang lalu by TEHOKAW.COM
zainalkarim
zainalkarim
3 tahun yang lalu

Terima kasih. Amat jelas dan bermanfaat kepada semua yang berminat.

Fara
5 tahun yang lalu

Terima kasih atas tips yang diberi. Saya masih struggle untuk menulis 1k keatas perkataan. Takut jadi sembang kosonh.

Faizal
5 tahun yang lalu

Nice tips tuan

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading