Panduan Lengkap Menggunakan Category dan Tags Dalam WordPress

menggunakan category dan tags dengan betulApakah perbezaan diantara category dan tags?

Bagaimana perbezaan fungsi dua perkara ini? Bila masanya kita perlu menggunakannya?

Dalam artikel ini saya akan menjelaskan apa fungsi Category dan Tags dan apa kepentingannya dari segi user experience dan enjin carian.

Kesilapan umum pemilik laman web atau blog

Category dan Tags selalu dipandang remeh kebanyakkan pemilik blog.

Seringkali selepas selesai menulis sesuatu post, kita hanya menekan butang publish tanpa mempedulikan kategori post tersebut.

Kesannya, kesemua post kita akan terletak dibawah satu kategori default wordpress yang sama, uncategorized.

uncategorized
Antara kesilapan umum pemilik laman blog, tidak menetapkan kategori yang sepatutnya.

Selain itu, mempunyai terlalu banyak kategori untuk satu-satu post juga satu masalah besar.

Tags pula kerap disalahguna dengan melakukan tags sebanyak mungkin pada setiap post, dengan tag yang tidak berkaitan.

Kesalahan ini dipanggil ‘tag stuffing‘.

Ramai pemilik blog beranggapan tag yang banyak akan memberi kelebihan SEO.

Maaf, perkara ini adalah silap dan ia adalah sia-sia. Semua kesilapan ini akan mewujudkan kekeliruan yang sangat serius.

Bukan sahaja kepada pembaca, malah kepada enjin carian.

Pada artikel ini, saya akan menjelaskan secara terperinci bagaimana menggunakan category dan tags yang betul.

InsyaaAllah, jika anda mengambil masa untuk melakukanya dengan betul, ia akan membawa manfaat yang besar kepada blog anda.

Analogi ringkas untuk memahami Categories dan Tags

tags dan categoryUntuk memudahkan anda memahami perbezaan diantara Category dan Tags, cuba bayangkan laman web anda sebagai sebuah buku.

Categories berfungsi seperti bab dalam sesebuah buku: semua kandungan buku disusun mengikut bab.

Dengan melihat tajuk setiap bab (table of contents) akan memberi gambaran yang jelas kepada anda apakah topik yang diliputi dan bagaimana ia disusun.

Jika penulis atau editor mahu mengubah, menambah atau membuang sesuatu bab, ia akan menjadi perubahan struktur yang besar terhadap buku itu.

Tags pula lebih berfungsi sebagai halaman indeks buku tersebut.

Dalam sesebuah buku, bahagian indeks biasa ditemui pada halaman belakang buku tersebut.

Manakala pada laman web, indeks (tags) pula ditemui pada bahagian bawah penghujung artikel [sila rujuk pada bahagian tags di bawah post ini]

Indeks akan membantu pembaca mencari maklumat dengan cepat tanpa perlu membaca keseluruhan buku.

Cukup hanya perlu fokus kepada istilah yang dicari dan seterusnya pergi kepada halaman yang mengandungi istilah tersebut.

Begitu juga dengan fungsi tags pada sesuatu laman blog.

Sekarang kita akan memperincikan perkara ini dari sudut wordpress:

 

Category dalam wordpress


categoryCategory digunakan untuk membahagikan post dalam kategori tertentu.

Sebagai contoh, anda mempunyai laman web yang diisi dengan post mengenai pelancongan. post ini anda ingin pisahkan mengikut kategori tersendiri seperti “Asia“, “Eropah“, “Amerika Latin” dan “Afrika“.

Oleh itu, pelawat yang datang ingin mencari maklumat tentang pelancongan di Asia boleh terus masuk ke kategori Asia.

Seterusnya kita boleh mewujudkan sub-categories untuk lebih spesifik lagi. Contohnya dalam kategori “Asia“, kita boleh mempunyai sub-kategori seperti “Malaysia“, “India“, “Jepun” dan seterusnya..

Anda dah nampak ideanya disini.

Kategori adalah wajib, tetapi ia bersifat umum.

Ada perlu mengelaskan setiap post yang anda tulis kepada kategori tertentu. (anda juga boleh mengelaskan satu post tersebut kepada beberapa kategori)

 

Tag dalam wordpress


category dan tagTag digunakan untuk menandakan topik-topik tertentu.

Biasanya tag dikategorikan berdasarkan isi atau bahagian yang terkandung dalam post anda.

Tag adalah tidak wajib, tetapi dia bersifat spesifik (micro-data)

Kita gunakan contoh tadi:

Blog anda menceritakan mengenai pelancongan.

Contohnya ada satu artikel mengenai tempat menarik di Kuala Terengganu, jadi anda boleh tag artikel tersebut dengan istilah atau daftar kata yang berkaitan isinya, seperti:

  • Percutian bajet
  • Makanan murah
  • Pesisir pantai
  • Keropok Lekor

Dan apa-apa tag yang ada rasakan sesuai dan berkait dengan isi kandungan artikel tersebut.

Sesebuah artikel boleh di tag lebih dari satu.

Ia seolah-seolah filtering system untuk menyaring kandungan yang dicari, supaya lebih spesifik dengan apa yang diperlukan oleh pembaca anda.

Cuba lihat bagaimana saya menggunakan fungsi tag dihujung artikel ini dibawah.

Apa kepentingan utama Category dan Tag kepada laman web?

Seperti yang anda sudah tahu, tujuan utama category dan tag adalah untuk memudahkan pelawat meneroka isi-isi kandungan dalam blog anda.

Tetapi, apa yang paling kritikal, ia menjadi tulang belakang kepada sesuatu laman web, memberi pencerahan kepada enjin carian mengenali struktur kandungan laman web anda.

Menggunakannya dengan betul akan menjadi satu boost terhadap SEO.

Dan disebabkan oleh kerana ia kekal pada laman web, maka mustahil untuk ditukar pada kemudian nanti tanpa menjejaskan backlink, kedudukan dalam enjin carian dan mengundang masalah error 404.

Kalau tidak sekarang, pasti ada masalah pada masa akan datang.

Oleh jika anda masih baru, lakukan dengan betul sekarang.

Bagaimana Mendapat Memanfaat SEO daripada Category dan Tags?

manfaat category dan tagsBlog anda akan mendapat manfaat dalam beberapa cara:

Pertama, internal link tersebut akan memandu crawler enjin carian untuk meneroka kandungan laman web menerusi pautan-pautan tersebut.

Kesan daripada ini ia memastikan tiada halaman dalam blog anda terlepas daripada index.

Anchor text pada internal link tersebut – nama kategori dan tag anda – akan memberi petunjuk kepada enjin carian mengenai apakah topik yang terdapat dalam laman web anda, dan secara tidak langsung dapat meningkat ranking terhadap target keyword anda.

Kedua, semua internal link tersebut akan menyebarkan ‘link juice’ disekitar laman web anda.

Jika anda mempunyai artikel yang popular dan mengandungi banyak backlink daripada laman web yang lebih authority, dengan menggunakan kategori dan tag, ia akan menyambung post tersebut kepada post lain yang berkaitan dalam laman web anda.

Dan meningkatkan ranking laman web anda secara keseluruhan.

Kaedah terbaik menggunakan Category dan Tags

category dan tag wordpressSekarang anda sudah tahu apa tujuan dan kepentingan category dan tags.

Oleh itu saya akan jelaskan kepada anda apakah best practice untuk menggunakan category dan tags.

Ikuti peraturan-peraturan dibawah:

Panduan menggunakan category:
Ingat, category adalah seperti table of contents blog anda.

1. Kemana sesuatu artikel itu harus dikategorikan?

Fikirkan dengan jelas apakah jenis kandungan anda dan bagaimana ia harus dikategorikan.

Dengan memberi kategori yang tepat bukan sahaja memudahkan pembaca anda, malah memudahkan enjin carian memahami struktur laman anda.

2. Wujudkan sub-kategori jika sesuatu topik itu rumit dan berbentuk hirarki.

WordPress membenarkan sehingga 3 peringkat sub-kategori.

Jika anda ingin wujudkan sub-kategori, gunakan breadcrumb untuk setiap post untuk memandu pembaca anda di dalam hirakri laman web.

3. Untuk setiap kategori, gunakan nama yang jelas dan mudah difahami.

Elakkan guna nama yang rumit.

Pembaca yang pertama kali datang ke blog anda harus mempunyai idea yang jelas mengenai artikel apa yang mereka akan temui bila klik terhadap kategori tersebut.

4. Jangan wujudkan terlalu banyak kategori.

Sebenarnya ia bergantung kepada jenis kandungan anda.

Tetapi jika anda merasakan harus mewujudkan kategori baru setiap kali menulis artikel baru, maka harus fikir kembali bagaimana untuk menstrukturkan topik-topik anda.

Pastikal anda membina struktur kandungan laman yang cantik.

5. JANGAN letakkan satu post dibawah banyak kategori

Bagi saya, adalah lebih baik mengekal satu kategori sahaja untuk sesuatu post.

Jika sesuatu post itu tergolong kepada beberapa kategori, ia akan mengelirukan.

Pembaca anda pasti kecewa jika menjumpai artikel yang sama bila klik pada kategori yang berlainan.

Disinilah kita harus menggunakan kelebihan sistem tag.

6. Jangan wujudkan sesuatu kategori baru jika anda tidak lagi bercadang menulis topik berkenaan pada masa akan datang.

Hanya wujudkan category untuk topik yang anda bercadang untuk kembangkan lagi pada masa hadapan.

Jika anda bercadang menulis beberapa post untuk sesuatu topik dan tidak akan menulisnya lagi, gunakan sistem tag untuk menyambungkan mereka semua.

Panduan menggunakan Tags
Gunakan tag sebagai halaman indeks kepada blog anda:

1. Gunakan tags secara bebas.

Sesuatu tag tidak seharusnya menjadi ringkasan untuk keseluruhan artikel tersebut.

Mungkin ia hanya boleh menjelaskan salah satu bahagian daripada post.

Jika ia sesuatu istilah itu boleh digunakan untuk lebih daripada satu post, teruskan untuk mencipta tag baru.

Do have fun with tags.

Anda mungkin boleh gunakan quotes, hashtag atau apa-apa sahaja; selagi ia bertujuan menyambungkan artikel lain dan memudahkan pembaca melayari blog anda.

2. Gunakan perkataan jelas, lengkap dan mudah difahami.

Sebagai contoh:

laman web cari kerja boleh menggunakan tag Jururawat, juru X-ray, Pemandu Ambulance berbanding hanya menggunakan tag sektor kesihatan.

3. Tujuan utama tags adalah untuk menghubungkan artikel berkaitan bersama.

Oleh itu jangan wujudkan satu tag untuk satu artikel.

4. Jangan wujudkan tags yang menyalin / sama dengan kategori.

Ia perbuatan yang sia-sia kerana artikel-artikel anda sudah sedia terhubung.

Tags seharusnya lebih spesifik daripada kategori.

5. Jangan menggunakan terlalu banyak tags.

Berapa banyak had maksimum?

Tiada jawapan yang khusus, ia bergantung kepada kandungan laman web anda.

Letakkan tag selagi ia relevan dan tepat.

Yang penting jangan terlalu banyak hingga merosakkan user experience laman anda.

Everyone hates tags spamming.

Bina laman web anda untuk pengguna, bukan google..

Sebenarnya, cara enjin carian bekerja adalah dengan menilai bagaimana pengguna memberi tindakbalas terhadap kandungan laman anda.

Jika setiap perkara yang ada buat adalah untuk memudahkan pengguna, maka pasti anda akan memperolehi manfaat SEO.

Matlamatnya adalah untuk menjadikan laman web anda mesra pengguna seboleh yang mungkin.

Saya berharap artikel ini membantu anda jelas dan merungkai segala kekeliruan berkenaan category dan tags dalam wordpress.


Jika anda ada sebarang pandangan, atau persoalan, anda boleh kemukakan pada ruangan komen dibawah.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Fauziah
3 tahun yang lalu

Salam tuan, boleh tunjukkan cara atau tutorial untuk buat category dalam blogspot? Saya baru buat blog. Kalau boleh saya nak buat satu button category yang dipecahkan kepada travel, food, books etc. Terima kasih.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading