Mengapa Anda Tidak Harus Menyorok Idea Anda?

Jangan terlalu menyorok idea anda.

Berikan semua yang anda tahu, dan akan lebih banyak nanti perkara baik akan kembali kepada anda.

Pasti anda akan teringat pada zaman sekolah dahulu, dimana ada rakan-rakan yang menyorok jawapan mereka daripada anda dengan meletakkan lengan mereka diatas buku latihan atau kertas jawapan.

Begitu juga nanti di tempat kerja, anda akan jumpa ramai orang begitu berahsia dengan idea mereka.

  1. Mereka risau idea tersebut akan dikritik dan dikatakan teruk
  2. Mereka risau idea tersebut akan dicuri

Masalah yang akan berlaku bila anda berterus-terusan menyorok idea, ia akan membantut potensi anda.

Akhirnya idea tersebut akan menjadi basi.

Jika anda memberikan segala-galanya yang anda ada, maka tiada apa lagi yang tinggal untuk anda.

Inilah yang akan memaksa anda untuk melihat lebih lanjut, untuk lebih peka, untuk mengembangkan lagi idea tersebut.

Somehow the more you give away the more comes back to you.

Idea adalah pengetahuan yang terbuka.

Semuanya daripada Allah. Janganlah menuntut hak milik, jangan terlalu menyorok idea yang anda ada.

Ia akan kembali dengan lebih baik kepada anda.

Jika anda masih tidak sedar, berkongsi idea adalah perkara yang paling baik yang boleh anda lakukan.

Lagipun ia bukannya 100% idea anda juga, ia berasal daripada orang lain. Ia berpusing-pusing disekitar dan berkembang sebelum pecahan-pecahan kecil idea tersebut disatukan oleh anda.

Jika anda seorang usahawan, maka adalah sangat penting untuk berkongsi idea anda.

Seseorang yang tidak bersedia untuk mendedahkan idea-ideanya adalah seperti pelawak yang tidak bersedia untuk menceritakan kisah jenaka beliau.

Jadi bagaimana perniagaan hebat anda dapat bermula kalau masih menyorok idea?

Cuba lihat Kickstarter.com sebagai contoh.

menyimpan idea

Disana ramai usahawan muda berkongsi idea mereka dengan dunia untuk membina minat, mengumpul dana, dan mendapatkan pelanggan sebenar sebelum projek itu dibina.

Adakah anda fikir mereka takut orang lain mencuri idea mereka?

Usahawan perlu berkongsi idea mereka dengan seberapa ramai orang yang mungkin. Setiap orang yang anda berkongsi idea adalah pelabur berpotensi, bakal rakan kongsi, atau bakal pelanggan.

Dengan menyimpan idea untuk diri sendiri, anda kehilangan puluhan, jika tidak ratusan peluang bila terlalu ‘melindungi’ idea anda.

Disini co-founder Buffer ada memberi nasihat yang baik:

If someone does take your idea, they will never have the passion you have for it because they didn’t come up with it.”

Joel Gascoigne

Uber berjaya kerana pengasasnya tidak menyorokkan ideanya. Uber bermula dari satu tweet yang sangat berharga.

Walaupun nasib memainkan peranan dalam perkara ini, tetapi jika Travis Kalanick masih menyorok idea tersebut, kemungkinan besar uber masih belum wujud pada hari ini.

Dengan menghubungkan idea anda dengan orang yang tepat, ia akan banyak membantu kita mendapat feedback dari mereka.

Mungkin ia adalah langkah permulaan untuk kejayaan sesuatu projek.

Yang penting bukan idea tersebut, tetapi bagaimana ia dilaksanakan..

Serius, idea permulaan bukanlah penting sangat.

Apa yang paling penting adalah bagaimana kita menggilap idea tersebut, mengujinya, dan bagaimana ia dilaksanakan dengan cara betul.

Dan insyaaAllah, orang yang bernilai disekeliling anda akan membantu anda menjadikannya realiti.

Don’t store the ideas in your head, go out there and tell the world :)

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
saya laila
saya laila
7 tahun yang lalu

maka ini lah sebabnya juga satu takut nak start… saya takut ada student mcm saya juga masa study dulu2.. copy and paste utk assignment..haha

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading