Menghasilkan Artikel Blog Yang Baik & Menarik (Panduan Lengkap)

artikel
Artikel blog yang baik dan sempurna memang sukar dihasilkan | louiegraphy.vsco.co

Bagaimana untuk menulis artikel dengan baik?

Dalam panduan ini, saya akan menerangkan kaedah untuk menulis artikel blog secara lengkap dan berkesan.

Apa yang menarik:

Segala yang saya catatkan disini telah saya uji dan terbukti keberkesanannya.

Jom kita mulakan..

Pengenalan: Adakah Menulis Itu Tugas Yang Sukar

Menulis bukanlah sesuatu sukar.

Tetapi, menulis secara efektif dan berkesan… itu adalah sesuatu tugas yang amat mencabar.

Ia adalah salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh ramai orang yang ingin menulis.

Saya sudah menulis blog selama 10 tahun.

Walaupun masih tidak berapa lama, tetapi izinkan saya untuk berkongsi pengalaman saya.

Banyak yang telah saya pelajari dalam tempoh beberapa tahun ini.

Dalam tempoh itu, saya rasa sudah mendapat satu formula atau kaedah tersendiri bila menulis dan menghasilkan artikel yang baik dan menarik, serta disukai oleh pembaca.

Ini adalah kaedah saya dalam menghasilkan sesebuah artikel di blog:

 

Jangan Terikat Pada ‘Cara Lama’

artikel

Maksud saya disini adalah:

Jangan anda ikut-ikut cara yang lama seperti menulis esei sekolah menengah.

Jika masih terikat dengan format esei sekolah, menulis artikel untuk blog mungkin boleh menjadi sesuatu yang agak sukar untuk anda.

Lazimnya penulisan yang kita belajar disekolah melibatkan lima perenggan dalam format seperti ini:

  • Pengenalan – pengenalan yang menerangkan apa yang esei tersebut akan cover.
  • Perenggan isi pertama – perenggan ini biasa melibatkan hujah terkuat, contoh yang paling meyakinkan, point yang paling bijak dalam esei tersebut.
  • Perenggan isi kedua – Melibatkan hujah, contoh dan point yang kedua terkuat.
  • Perenggan isi ketiga – meletakkan hujah, contoh dan point paling lemah
  • Penutup – Biasanya ayat-ayat disini dibina untuk merumuskan kembali apa yang dibincangkan dalam esei diatas.

Struktur penulisan diatas mungkin sempurna untuk membantu pelajar sekolah menengah, tetapi masalahnya disini adalah struktur ini bosan untuk ditulis dan bosan untuk dibaca.

Lupakan stail penulisan esei sekolah.

Sekarang ini anda bukan menulis untuk menghasilkan esei peperiksaan..

.. tetapi perlu menulis artikel yang ada komunikasi dengan pembaca

Seolah-olah berbual dengan pembaca. Seperti dia sedang berada dihadapan kita.

Jadi tuliskan seperti kita sedang berbual.

Saya harap anda faham.

 

Hadamkan Betul-Betul Topik Yang Hendak DItulis. Study dan Buat Kajian Dahulu

Sebelum kita mula menulis perkataan pertama, sebaiknya kita sudah perlu tahu apa perkataan terakhir yang bakal kita akan gunakan dalam artikel kita.

Maksud saya disini:

Untuk menulis sebuah artikel yang baik, anda perlu tahu apakah struktur tulisan, dan apakah isi tulisan yang ingin disertakan.

Kita perlu betul-betul tahu apa yang hendak kita sampaikan.

Jangan main hentam sahaja dalam menulis sesuatu perkara.

Oleh itu, harus untuk kita semua membuat sedikit keyword research terhadap apa yang ingin tulis itu.

Apa Itu Keyword Research?

Keyword research bermaksud:

Mengkaji terlebih dahulu bilangan carian sesuatu keyword sebelum memulakan penulisan.

  • Jika keyword tersebut mempunyai purata bilangan carian yang tinggi (contohnya 2000 carian sebulan), maka topik tersebut berbaloi untuk ditulis.
  • Jika purata carian keyword itu rendah (contohnya 100 carian sebulan), maka jangan buang masa tulis tajuk tersebut.

Tools yang saya cadangkan adalah KW FINDER.

Ia adalah tool yang berbayar, namun ia memaparkan data yang sangat tepat.

Malah ia mudah digunakan.

Klik link diatas dan sign up free trial untuk anda test sendiri tool ini.

Dapatkan data yang berkaitan dan rujuk kepada sumber sahih, agar kandungan artikel kita betul-betul mantap.

Gunakan bahasa yang mudah.

Jika anda seorang yang boleh buat kerja secara spontan, ia adalah satu kelebihan yang bagus.

Tapi mengikut pengalaman saya, kelebihan ini tak selalunya membantu dalam bidang blogging.

Malah, kadangkala ia menyebabkan kita menggunakan lebih masa dari yang diperlukan dalam menyiapkan artikel daripada yang sepatutnya.

Lagipun saya pasti anda semua mempunyai masa yang suntuk.

Jadi mengapa kita perlu bazirkan lagi masa.

Pointnya disini adalah:

Buat persediaan yang secukupnya sebelum mula menulis!

 

Mencipta Tajuk Yang Menarik

Anda mungkin mempunyai kandungan artikel yang terbaik..

… tetapi jika tajuknya kurang menarik, percayalah bahawa kebanyakan orang tidak akan membacanya.

Mengapa?

Kita mesti menarik perhatian mereka terlebih dahulu.

Banyak sumber contoh yang boleh kita lihat.

Contoh blog di Malaysia yang kita boleh lihat adalah SirapLimau.com dan The Vocket.

Dibawah ini adalah 5 contoh tajuk artikel yang telah terbukti berjaya di blog akuislam.com:

  1. 4 Cara Perempuan Mencabar Nafsu Lelaki Tanpa Disedari!
  2. Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa
  3. Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain
  4. 9 Sebab Mengapa Kita Harus Minum Kopi Setiap Hari & Bagaimana Ia Boleh Mencegah Kencing Manis?
  5. Orang Sukar Tidur Tidak Bahagia & Berpotensi Untuk Sakit Mental

Cuba perhatikan ayat yang saya gunakan.

Tajuk yang biasanya menarik perhatian mempunyai angka, perkataan ‘bagaimana, apakah, mengapa..’ dan kata-kata yang menunjukkan risiko.

Yang paling penting harus kita tekankan adalah, tajuk itu mesti spesifik, dan membawa maksud artikel yang hendak disampaikan.

 

Kekalkan Perhatian pembaca

Anda mempunyai hanya beberapa saat sahaja untuk menawan &  mengekalkan perhatian pembaca.

Jika kita tidak mampu mengekalkan perhatian seseorang dalam beberapa baris ayat pertama kita, kita akan kehilangan mereka.

Kita memerlukan ayat yang persuasif.

Bagaimana cara saya mengambil perhatian anda untuk membaca artikel saya sehingga ke tahap ini adalah dengan melalui ayat:

Menulis bukanlah sesuatu sukar.

Tetapi, menulis secara efektif dan berkesan… itu adalah sesuatu tugas yang amat mencabar.

Ia adalah salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh ramai orang yang ingin menulis.

Jika anda perhatikan perenggan diatas saya telah melakukan beberapa perkara iaitu:

  1. Saya telah menulis ayat yang seakan-akan berbual dengan anda
  2. Saya menunjukkan kepada anda bahawa realiti untuk menulis itu adalah sukar

Dalam perenggan kedua, saya menggunakan social proof, dimana walaupun anda mungkin tak kenal saya:

Saya sudah menulis blog selama 10 tahun.

Walaupun masih tidak berapa lama, tetapi izinkan saya untuk berkongsi pengalaman saya.

Banyak yang telah saya pelajari dalam tempoh beberapa tahun ini.

Dalam tempoh itu, saya rasa sudah mendapat satu formula atau kaedah tersendiri bila menulis dan menghasilkan artikel yang baik dan menarik, serta disukai oleh pembaca.

Dalam ayat tersebut, ia menunjukkan saya telah mempunyai pengalaman dalam membina dan menulis di blog, sedikit sebanyak ia akan membuatkan anda mengambil nasihat saya ini secara lebih serius.

 

Tuliskan Artikel Anda Secara Terperinci..

artikel

Cuba perhatikan:

Kebanyakan blog yang berjaya biasanya mempunyai kandungan artikel yang agak lengkap dan terperinci.

Mereka bukan sahaja cover perkara-perkara asas, tetapi artikel mereka selalunya terperinci sehingga kepada sekecil-kecil perkara.

Seolah-olahnya, seperti mereka memegang tangan kita dan membawa kita melalui apa sahaja perkara yang dibincangkan, step by step.

Pada waktu mula-mula saya mewujudkan blog akuislam.com, saya hanya menulis artikel yang pendek, tak berkualiti dan hanya main copy paste sahaja (salah satu kesilapan saya ketika mula-mula berblogging dulu, copypaste).

Dan traffic ke blog tersebut sedikit dan kadang-kadang langsung tiada.

Pada masa itu, saya tidak tahu apa puncanya dan saya tidak ambil kisah, namun pada satu hari saya telah menulis satu artikel yang sangat terperinci dan traffik ke blog Aku Islam naik secara mendadak!

Semenjak dari peristiwa itu, saya akan menulis artikel yang terperinci dan lengkap sekurang-kurangnya 800 patah perkataan.

Sekarang Alhamdulillah setiap hari sekurang-kurangnya 80K pembaca akan melayari blog saya.

Saya berharap anda semua dapat belajar dari pengalaman saya dan tidak buang masa dengan menulis artikel yang ala kadar dan sekadar memenatkan kita sahaja.

Ingat, work smart!

 

Bagaimana Membuat Kesimpulan?

Saya biasanya mengambil pendekatan 3 serampang dalam membentuk kesimpulan saya:

  1. Pastikan ia seringkas yang boleh – kesimpulan yang baik tidak panjang, ia pendek dan straight to the point
  2. Tambahkan pendapat kita – Cuma jangan ulang balik apa yang telah kita tuliskan didalam kandungan artikel sebelum itu, tapi tuliskan sesuatu yang baru dan bermakna
  3. Biarkan tergantung – jika anda ingin mendapat komen pada blog anda, anda perlu meninggalkan kesimpulan anda secara tergantung. Cara paling mudah untuk melakukannya adalah dengan bertanyakan soalan kepada pembaca anda.

 

Menambahkan sentuhan terakhir

Pasti anda rasa sangat lega bukan apabila telah selesai menulis sesuatu artikel?

Sabar dulu.. anda sebenarnya masih belum selesai!

Ini kerana:

Anda perlu menyemak kembali ejaan, penggunaan bahasa, dan paling penting sekali adalah aturan idea dalam artikel kita.

Manusia tiada yang bebas dari melakukan kesilapan jadi penting untuk kita semak kembali kerja kita, dan pastikan anda double check artikel kita itu.

Lebih cun jika kita boleh dapatkan seseorang untuk membaca artikel yang kita hasilkan itu sebelum diterbitkan.

Dan setelah anda selesai melakukan semua ini, maka seterusnya anda perlu meletakkan gambar yang cantik dan bersesuaikan dengan topik artikel yang ditulis.

Ini penting kerana menambahkan gambar dalam artikel akan membantu mengekalkan fokus pembaca.

Malah, penggunaan gambar akan membantu kita menyampaikan idea yang ingin diketengahkan.

 

Kesimpulan: Jangan Risau Jika Rasa Tidak Kreatif

Gaya dan cara penulisan artikel saya, mungkin tak sama dengan gaya penulisan anda.

Ini bukan bermakna anda harus menukar gaya dan style penulisan anda, tetapi anda boleh mengambil idea-idea yang telah saya huraikan didalam artikel ini, dan adaptasikan dengan gaya penulisan anda.

Dan akhir sekali, jangan risau anda tidak mempunyai skill penulisan yang sempurna.

Jangan risau jika rasa tidak kreatif.

Semua orang begitu.

Tiada seorang penulis pun mempunyai cara penulisan yang sempurna. Tiada seorang pun menjadi kreatif serta merta.

Dalam bidang ini, kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki diri.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

96 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
fdausmz
1 tahun yang lalu

bole tak singgah blog saya

Asyraf
1 tahun yang lalu

Wow penulisan artikel ni sangat-sangat membantu saya bangkit dari tidur. Padu bos!

Khamsi Abdullah
1 tahun yang lalu

Padu artikel ni. Datang menimba ilmu.

trackback
1 tahun yang lalu

[…] rujuk artikel blog Ince Naim. Gaya tulisannya jelas seperti terang lagi […]

Rasidi Erny
2 tahun yang lalu

Terima kasih. Perkongsian yang membantu..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading