Bagaimana Ciri Seorang Yang Matang? Apa Maksud Kematangan?

Kematangan seseorang

Bagaimana kematangan seseorang itu boleh ditentukan?

Adakah kematangan seseorang itu akan datang pada umur-umur tertentu? Adakah kita akan matang pada umur 20, 30 atau 40?

Apakah yang menentukan ciri-ciri seorang yang matang?


Ya, kematangan memang sukar untuk dijelaskan..

Secara umum, menjadi matang ditakrifkan sebagai “bersikap seperti orang dewasa

Mengikut pengalaman saya, kematangan tidak ditentukan dengan umur.

Bagaimana kita memberi tindakbalas kepada suasana sekelilinglah yang menunjukkan kematangan.

Saya pernah melihat seorang anak muda yang jauh lebih matang dari umur sebenarnya, dan juga pernah jumpa orang dewasa yang masih berkebudak-budakkan, hanya memikirkan tentang diri sendiri.

— Sebagai seorang manusia, kita sentiasa berkembang dan belajar.

Saya yakin, kita semua pasti pernah merasa malu dan menyesal dengan sikap buruk kita pada masa yang lalu.

Inilah yang membentuk kematangan.

Belajar daripada pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi.

Bagaimana Ciri-ciri Seorang Yang Matang?

Secara ringkasnya, kematangan adalah seperti berikut

  1. Kematangan adalah bila kita berhenti meletakkan “Ego” sebagai tindakbalas terhadap teguran daripada ibu bapa dan mereka yang lebih berpengalaman. Ramai mana diantara kita yang meninggikan suara terhadap ibu bapa atau guru hanya kerana mereka memberi pandangan yang berbeza daripada kita.
  2. Kematangan adalah apabila kita sedar bahawa privacy adalah penting. Tidak semua perkara dalam kehidupan kita perlu dipaparkan dalam Facebook.
  3. Kematangan adalah apabila kita berhenti hidup dalam impian, tetapi sebaliknya cuba menghidupkan impian tersebut.
  4. Matang adalah apabila kita berhenti melayari internet tanpa sebarang tujuan. Melayari internet sepatutnya seperti membeli belah dengan senarai barang, ia seharusnya bertujuan. Jika ada soalan, google ia. Bila sudah selesai, tutup! (Ya, anda boleh melayari internet diwaktu lapang, jika perlu)
  5. Kematangan adalah apabila kita ingat terhadap semua janji yang telah dibuat. Pastikan semua janji tersebut dilaksanakan dan tidak berhenti selagi tidak dikotakan.
  6. Matang adalah apabila kita mengambil tangggungjawab terhadap segala masalah yang kita telah lakukan.
  7. Kematangan adalah apabila kita dapat belajar untuk mendengar. Pinjamkan telinga untuk mendengar kisah dari rakan yang lari dari kesibukan dan ingin berkongsi dengan kita. Cuma dengar.

    Jangan suggest apa-apa, jangan mempertikai dan jangan memberi reaksi berlebihan.. hanya biarkan mereka bercakap.
  8. Kematangan adalah kita dapat bertahan dengan pujian atau kritikan. Orang matang boleh menerima pujian atau kritikan tanpa membiarkan ia merosakkan atau mempengaruhi mereka ke dalam pandangan tidak benar tentang diri mereka. Mereka yakin pada identiti diri sendiri.
  9. Kematangan adalah apabila kita mula memberikan penekanan terhadap kepentingan ilmu.
  10. Matang adalah apabila anda boleh memberi pendapat anda secara ringkas, mudah difahami dan positif.
  11. Matang adalah apabila kita berhenti menipu diri sendiri dan orang-orang yang kita sayang.
  12. Matang adalah apabila kita belajar untuk berhenti bertangguh.
  13. Matang adalah apabila perkataan ‘terima kasih’ dan ‘maaf’ sentiasa mengalir dari mulut anda terhadap sesiapa yang membantu anda
  14. Matang adalah apabila kita boleh memikirkan nasib dan keadaan orang lain pada situasi yang lain daripada hidup kita.
  15. Matang adalah apabila kita sedar bahawa kesepian itu bukanlah satu perasaan yang menyedihkan. Kadangkala ia membantu kita melihat jawapan kepada persoalan yang belum terungkai.
  16. Orang yang matang membuat keputusan bukan berdasarkan perasaan. Orang yang matang hidup dengan nilai. Mereka mempunyai prinsip yang menjadi panduan dalam membuat keputusan. Setiap keputusan mereka tidak dipengaruhi oleh emosi.
  17. Orang yang matang boleh diajar dan suka untuk diajar. Orang yang matang tidak merasa pandai. Orang yang bijak dan matang sentiasa merasakan mereka memerlukan lebih banyak ilmu dan panduan. Mereka tidak malu untuk mendengar nasihat daripada orang lain.

Kematangan Dalam Perspektif Islam

Kematangan, suatu konsep universal yang sering dikaitkan dengan usia dan pengalaman, dilihat dalam konteks Islam bukan hanya sebagai proses penuaan, tetapi lebih kepada perkembangan rohani, emosi, dan intelektual yang selaras dengan ajaran Islam.

Dalam Islam, kematangan difahami melalui prisma iman, akhlak, dan penghayatan terhadap syariat Islam.

Kematangan rohani dalam Islam bermula dengan kefahaman dan penerimaan terhadap rukun iman dan rukun Islam. Ia bukan hanya sekadar mematuhi ibadah wajib seperti solat dan puasa, tetapi juga menghayati makna dan hikmah di sebaliknya.

Ini termasuklah kesedaran terhadap tanggungjawab individu dalam menjalankan ajaran Islam dengan sepenuh hati, bukan sekadar ritual ibadah semata-mata.

Dalam konteks emosi, Islam mengajarkan pentingnya mengendalikan emosi seperti marah, dengki, dan iri hati. Seorang Muslim yang matang akan berusaha untuk memelihara kestabilan emosi, berlandaskan sabar dan tawakkul, serta sentiasa berusaha untuk menghindari sifat-sifat yang dapat merosakkan hubungan dengan manusia lain dan yang lebih penting, dengan Allah SWT.

Kematangan intelektual dalam Islam bukan hanya terbatas pada peningkatan ilmu agama, tetapi juga ilmu dunia yang dapat membantu dalam menjalankan ibadah dan tanggungjawab sosial. Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa mencari ilmu, memahami dunia, dan menggunakan ilmu tersebut untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain.

Tanggungjawab sosial juga menjadi ukuran kematangan dalam Islam. Seorang Muslim yang matang tidak hanya fokus pada perkembangan diri sendiri, tetapi juga berusaha untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat. Ini termasuklah berbakti kepada keluarga, membantu yang memerlukan, dan menjadi anggota masyarakat yang produktif.

Terakhir, kematangan dalam Islam juga berkaitan dengan adab dan akhlak. Seorang Muslim yang matang adalah seseorang yang menghormati orang lain, berbicara dengan lemah lembut, dan selalu menjaga perilaku serta interaksi sosial agar selaras dengan ajaran Islam.

Secara keseluruhan, kematangan dalam Islam adalah perjalanan yang berterusan, di mana seseorang Muslim sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, bertambah baik dalam aspek rohani, emosi, intelektual, dan sosial, semua itu dilakukan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengamalkan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Wallahu a’lam.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

106 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Haras
Haras
2 bulan yang lalu

Saya mempunyai seorang kawan baikk..
segala rahsia tidak pernah wujud dalam kamus hidup kami.. satu hari ni dia becinta dengan seorang lelaki then sikap dia berubah 100% lepas dia kenal lelaki tu.. dia tinggal kan saya sebab lelaki yg dia baru kenal tu. Saya ade nasihat kan dia yg lelaki tu menunjuk kan sifat yang agak tidak baik bagi seorang lelaki yang nk di jadi kan suami.. contoh nya lelaki tu ajak dia kluar dan ckp mcm ni dkt dia *saya tidak dapat control diri saya jika saya berdua dgn awk* jadi saya ckp dgn dia .. pilih saya atau lelaki tu .. kalau dia kluar dgn lelaki tu.. kita putus kawan.. then dia kluar jugak tanpa pengetahuan saya .. bermalam selama 2 hari 1 malam.. tp hotel asing2 *sbb saya ternampak dkt emel dia…
jadi slps dia balik kluar dgn lelaki tu.. sya mendapati lelaki itu tidak berminat untuk mengada kan relationship dgn dia.. dan dia kembali berkawan pd saya . Tapi dalam keadaan broken .. emosi tak betul asyik menangis. Kerap marah. Nak jdi social nk upload gmbr cntik2 dan agak sexy (lain dr diri dia yg sebelum ini.). sbb dia nk bg org nampak dia cntik… jadi saya tegur apa yang dia buat salah .. tapi saya di marahi dan kami sering bergaduh … dia juga mengguna kan ome untuk melupa kan lelaki itu… saya agak sedih kerana hubungan kawan kami sudah mencecah 8 tahun.. jadi saya tak sampai hati nk meninggal kan dia walaupon saya sendiri sakit melihat keadaan dia yg tidak normal. Menangis tiba2 dan sebagai nya.. apakah patut saya lakukan ? Adakah saya masih perlu positif kan diri dia dan ikut sahaja ape yg dia nk buat… ?

Haras
Haras
Reply to  Haras
2 bulan yang lalu

Maaf bukan becinta dia baru suka kat lelaki tu dan tidak pernah mempunyai hubungan special..

kaie
kaie
11 bulan yang lalu

sikap matang ini pada individu kan? adakah matang ini berkait dgn kehidupan masa kecil?? apakah anxiety tu salah satu faktor tk matang?? apakah sifat percaya pada org itu tidak matang?? sebab kerana percaya seseorang lah kita dipergunakan dan kerjaya kita makin buruk, sikap jadi berubah, byk tipu2 dari bos.. kita percaya kerana bos agama Islam, jadi bos itu harus thu apa natijah nya jika menipu dan klau tipuannya diketahui, apa jadi dgn stafnya itu, sudah berbincang cara slowtalk, tapi tindakan selanjutnya makin teruk bos kerjakan, malah diabaikan, adakah dgn resign selesai mslh, atau sbg seorg matang kita harus resign shj, org biasa ckp byk lg rezeki di tmpt lain? adakah itu common jwpn bg kita semua, apa jadi pada emosi kita krn tindakan bos, perasaan trauma itu akan ad , overthinking kita makin teruk, kita dh berbincang baik2 dgn bos, tp demi nama dan pangkat, bos tk bole kompromi… adakh kita tk matang dlm menyelesaikan ni?? perasaan kena sisih, kena pulau, kena tipu, atur priority tugas, pilih kasih, bos scandal dgn bini org(staf sdiri) .. bila mcm ni , efek emosi pada kita, berbulan2 ,, dgn resign tkleh settle mslh ni, hati tk tenteram, niat awl nk keja krn Allah, kdg2 hilg niat tu, kdg2 tk thu dtg keja nk buat apa, berminggu2, tkde org kesah.. ko rasa matang ke tak matang kita bangkit isu ni kat bos… kita tanam sifat dendam pada bos, dari kita seorg yg iklas bekerja sebelumnya, sebab kan ketidakadilan kita dianggap beremosi, pilih tugasan..

Azard
Azard
1 tahun yang lalu

Tentang ‘jika ada soalan..google ia’ itu tidak matang juga..lebih dari matang jika tahu seperti apa yang ada di dalam google itu sendiri..iaitu purba ..

zens
zens
1 tahun yang lalu

“meletakkan harapan yang tinggi kepada manusia tk reti menghargai”

Aisyah
Aisyah
2 tahun yang lalu

Erm macam mana nak bagi org tahu yg kit adah matang and nak bagi nampak kalau kita ni dah matang?

Royyy
Royyy
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Pemikiran yang matang macam mana pulak min? Boleh terangkan?

Azard
Azard
Reply to  Aisyah
1 tahun yang lalu

Kalau kita dah matang..maybe tk terpikir pun nk bgthu atau tunjuk kita dah matang …orang yang matang jgk nampak n tahu sndri each other just tnpa perlu berinteraksi..tk matang pun ok ..smpi masa akan juga..tidak matang itu ok .selagi sikap Dan akhlak tidak lari dari agama..agama penting..it’s ok orang di dpn kita tak matang..ape pun..bia lah ada berlawan..sama2 matang juga akan kdang2 krik2…boleh jadi ujian sampai yang matang tadi cari Hal buat Hal yang mnunjukkan tidak matang pada yang lain di sbbkn bergurau atau sebagainya..Hal kematangan itu tidak perlu di buat2..jadi lah diri anda Dan perlahan memahami smua Hal dgn teliti..auto akan matang jika ada n jumpa jwpn..

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading