5 Faktor Yang Mempengaruhi Jarak Balingan Gewang

Panjang joran casting yang sesuai

Bagaimana untuk menambah jarak balingan casting supaya lebih jauh?

Jarak balingan semasa sesi casting (mengilat) adalah salah satu perkara yang menjadi isu utama bagi kebanyakan pemancing.

Ia menjadi penting apabila kita mengilat dari tebing dan ikan buruan kita sedang galak di tengah tasik.

Jarak balingan juga mustahak apabila kita memburu ikan yang sensitif dengan kehadiran manusia.

Disini ada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan oleh anda untuk memaksimumkan jarak balingan casting:

  • Aksi joran yang tepat
  • Panjang joran yang sesuai
  • Saiz dan jenis tali
  • Berat dan bentuk gewang
  • Angin

Setiap satu daripada faktor ini akan mempengaruhi jarak balingan anda:

1. Aksi joran memainkan peranan penting

Cuba bayangkan sebuah lastik di tangan anda:

Apabila anda menarik getah lastik tersebut ke belakang, semakin kuat anda menariknya (load), semakin jauh peluru anda akan dapat tembak pergi.

Prinsip fizik ini juga sama dengan bagaimana joran anda berfungsi.

jarak balingan gewang

Apabila anda menghayun ke belakang untuk membuat balingan, joran anda akan melentur kerana ia memuat (load) beban dari berat gewang.

Semakin banyak joran anda boleh melengkung, semakin jauh gewang dapat dilontar akibat daya tindakbalas elastik joran.

Jika joran anda adalah mempunyai aksi pantas (fast action), ia tidak akan melentur banyak dan tidak dapat memuat banyak daya (load).

Oleh itu, gewang tidak dapat dilontar jauh.

Namun sebaliknya, joran beraksi sederhana (medium action) akan memuatkan lebih banyak daya dan seterusnya gewang dapat dilontar dengan lebih jauh.

Tetapi jika aksi joran terlalu ringan (light action / parabolic), ia tidak akan mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menampung daya dan melancarkan gewang yang terlalu berat.

Malah mungkin ia menyebabkan joran patah.

Secara ringkasnya, kita perlukan joran yang tepat dengan berat gewang untuk memaksimumkan potensi jarak balingan casting.

 

2. Lebih panjang joran, lebih jauh jarak balingan

Lebih panjang sesebatang joran itu, maka lebih jauh gewang dapat dilontar.

Benar, jika kita membandingkan 2 batang joran yang mempunyai aksi dan kuasa yang sama..

.. joran berukuran 7 kaki akan melancar gewang yang sama berat lebih jauh berbanding joran yang berukuran 6 kaki.

 

3. Ukuran diameter tali mempengaruhi jarak balingan

jarak balingan tali pancing

Secara ringkas, tali yang tebal dan berat tidak boleh melontar gewang dengan jauh berbanding tali yang nipis dan ringan.

Tali 10 paun akan mampu dilancarkan lebih jauh berbanding tali 20 paun.

Ini kerana diameter tali yang halus akan mengurangkan kesan geseran pada cincin dan rintangan angin.

Dan juga tali yang ringan akan lebih mudah ditarik keluar oleh gewang dan kesan anjalan tujahan joran.

Inilah sebabnya mengapa tali sulam lebih digemari oleh kebanyakkan kaki mengilat, berbanding tali tangsi dan fluorocarbon.

Ia menawarkan ciri-ciri seperti yang disebutkan diatas (diameter kecil dan ringan).

Malah spool dapat berputar lebih laju dan memberikan susunan tali yang lebih kemas pada kekili kesayangan kita.

 

4. Berat dan bentuk gewang memainkan peranan

gewang tembaring blackbass

Mungkin ini point yang paling mudah difahami.

Gewang yang seberat 11 gram lebih mudah dilontar jauh berbanding gewang yang hanya seberat 4 gram.

Lebih berat sesuatu gewang, lebih jauh ia dapat dibaling.

Sebab itu anda akan senang-senang membuat lontaran dengan gewang  seberat 21 gram sehingga habis tali dalam reel..

.. berbanding melontar gewang yang lebih kecil (walaupun menggunakan set spinning dengan tali halus).

Profil bentuk gewang juga mempengaruhi jarak..

jarak balingan gewang

Secara umumnya, gewang yang mempunyai bentuk aerodinamik akan dapat dilontar dengan lebih jauh berbanding gewang yang berbentuk ntah apa-apa.

Jika anda cuba melontar gewang janggut (spinnerbait) yang mempunyai skirt dan bilah kekipas bersaiz besar, anda tidak dapat melontar jauh kerana ia mencipta rintangan angin semasa lontaran.

Saya boleh melontar jighead seberat 7 gram dengan agak jauh, tapi kadangkala saya sukar untuk melontar gewang spinnerbait seberat 21 gram dengan baik.

Ini kerana bilah kipas gewang tersebut akan berputar di udara dan skirtnya memerangkap angin, menyebabkan ia semakin perlahan semasa lontaran.

Akhirnya ia tidak dapat pergi jauh.

 

5. Angin adalah musuh utama

jarak balingan gewang

Jika anda cuba untuk mendapatkan jarak lontaran yang baik, angin boleh menjadi kawan atau lawan.

Bila anda membuat lontaran mengikut arah angin, ia akan banyak membantu membawa gewang anda pergi jauh ke tengah tasik.

Tetapi jika anda melontar dari arah menentang angin, ia bukan sahaja membantutkan jarak lontaran anda secara drastik..

.. malah ia juga akan mendatangkan malapetaka lain iaitu backlash pada reel anda.

Jadi pandai-pandailah menggunakan situasi arah angin.

 

Penutup

balingan jauh

Jika anda rasa ingin menambah jarak balingan casting anda, pastikan anda mengambil kira faktor-faktor di atas semasa:

  • Membuat pemilihan terhadap peralatan
  • Jenis gewang yang ingin digunakan.

Kemudian manipulasikan setiap keadaan untuk menambah jarak balingan casting anda lebih efektif!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

6 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Federin
Federin
4 tahun yang lalu

Sy faham 5 faktor yang mempengaruhi balingan. Tp soalan sy berapa jarak balingan yg baik.?

Jun
Jun
5 tahun yang lalu

Jenis reel pempengaruhi x…

Haleem
Haleem
5 tahun yang lalu

Terbaik

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading