FAQ

inchenaim faqIni adalah laman Frequent Ask Question (FAQ) untuk menjawab persoalan lazim orang ramai mengenai perkhidmatan saya.


 

1. Siapa saya?

Nama saya Muhamad Naim B. Abd Manaf, bersama partner saya Hafizi Abdullah, kami menjalankan servis jurugambar perkahwinan untuk tuan dan puan di sekitar Kelantan dan Terengganu.

 

2. Dimana lokasi kedai kami?

Kami menjalankan servis secara freelance, jadi kami tidak mempunyai sebarang kedai. Segala proses editing dan proofing saya lakukan dari rumah saya sahaja.

 

3. Berapa harga pakej untuk setiap majlis?

Bergantung kepada jenis album dan material.

Harga asas pakej custom album untuk majlis lengkap (bermula dari akad nikah, bersanding dan sesi outdoor), adalah bermula dari RM1500

Harga adalah berbeza mengikut jenis album, bilangan majlis dan jarak lokasi.

Sila hubungi saya untuk pertanyaan.

 

4.  Bagaimana bentuk dan rupa custom album?

Tuan puan boleh lihat contoh custom album secara details disini ⇒ contoh album wedding

 

5. Berapa jumlah pages dan gambar dalam custom album?

Kami menyediakan custom album sebanyak 20 dan 40 pages, bergantung kepada majlis dan bajet tuan puan.

Jumlah gambar adalah tidak tetap, bergantung kepada layout setiap album. Tetapi jangan risau, saya akan pastikan ia cukup dan memuaskan.

Dan juga, full softcopies diberikan kepada pelanggan (edited & unlimited)

.

6. Bagaimana cara tempahan dan pembayaran?

Tuan puan boleh menghubungi saya di 014-5167324 (whatsapp), insyaaAllah saya respons dengan kadar segera.

Untuk booking dan lock tarikh, bayaran sekurang-kurangnya RM200.

Wang tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan (kecuali atas sebab munasabah dan pembatalan dari pihak saya sendiri).

Bayaran penuh perlu dijelaskan selepas selesai kerja saya pada hari majlis.

*Maaf, saya terpaksa bertegas dalam perkara ini untuk mengelakkan masalah.

 

7. Bila tempoh album siap?

Biasanya album anda akan siap dalam jangkamasa 1 bulan selepas tarikh majlis anda.

Album akan kami hantar melalui pos atau by hand, mengikut keselesaan tuan dan puan.

Kami pastikan album anda sampai selamat.

Yang penting semua orang gembira. Yay!

 

8. Saya takut menjadi mangsa penipuan. Bagaimana saya nak pastikan ini bukan jurugambar penipu?

Renunglah muka saya, ada cahaya keimanan disitu. Hihi.

Baik, saya tahu hal ini merisaukan ramai orang dan perkara sebegini kerap berlaku diluar sana.

Kami telah menjalankan servis ini selama lebih 5 tahun, InsyaaAllah kami ingin terus menjaga reputasi dan rezeki yang halal.

Kita akan adakan agreement setelah anda bersetuju menggunakan servis saya atau hafizi untuk majlis tuan dan puan.

Saya akan bekalkan segala dokumen yang tuan/tuan perlukan sebagai jaminan untuk mengelakkan penipuan.

Kita akan pastikan semuanya jelas. InsyaaAllah.


Jika masih anda soalan yang ingin ditanyakan, whatsapp sahaja ke 0145167324. InsyaaAllah saya akan menjawab sepantas mungkin.