Cara Install WordPress di Hosting (Tutorial Mudah)

cara install wordpress di hosting

Bagaimanakah cara install wordpress di hosting?

Jangan pening, ia mudah sahaja.

Ini adalah tutorial paling mudah cara install wordpress di hosting (self-hosted) untuk mereka yang baru pertama kali mengenali dunia wordpress.

Ikuti langkah demi langkah yang saya sediakan dalam tutorial ini.

Ia hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja!

Selepas anda membuat bayaran kepada pihak server provider, anda akan diberikan maklumat untuk login ke Cpanel seperti link ke Cpanel, username dan password.

Jika anda belum membeli hosting, sila ikuti tutorial ini untuk memilih hosting yang sesuai.

Langkah-langkah cara install wordpress di hosting:

1. Buka link cpanel yang diberikan kepada anda. Anda akan menerima paparan seperti ini.

cara install wordpress di hosting

2. Masukkan username dan password yang diberikan kepada anda oleh pihak server provider.

3. Setelah anda memasukkan username dan password tersebut, paparan seperti dibawah akan muncul:

cara install wordpress di hosting

4. Scroll halaman ini kebawah sehingga anda berjumpa dengan modul ‘softaculous Apps Installer‘ dan klik pada lambang WordPress.

cara install wordpress di hosting

5. Selepas anda klik pada icon wordpress tersebut, halaman ini akan muncul:

cara install wordpress di hosting

6. Klik pada butang ‘install now

7. Setelah itu, paparan seperti dibawah akan muncul. Sila pastikan maklumat domain anda adalah tepat. Pada bahagian choose protocol, pilih http:// atau http://www.

details

8. Peringatan: sila pastikan bahagian ‘In Directory’ adalah kosong (biasanya terdapat perkataan ‘wp’ pada bahagian tersebut – sila padam)

9. Pada bahagian Admin Account:

  • Isikan slot admin username dengan nama kesukaan anda. Contohnya nama anda sendiri.
  • Isikan slot admin password dengan kata kunci yang anda akan ingat dan susah untuk diteka oleh pihak lain. Sila perhatian terhadap perkara ini.
  • Isikan slot admin email dengan emel anda. WordPress akan menghantar butiran installation ke emel yang anda masukkan selepas installation ini berjaya.

cara install wordpress di hosting

10. Scroll ke bahagian paling bawah, dan anda akan nampak bahagian select theme. 

11. Disini terpulang kepada anda untuk memilih theme yang ditawarkan ini, atau pilih theme kemudian nanti selepas installation ini selesai.

12. Sebelum anda klik pada butang ‘install’, sila isikan dahulu emel yang diguna oleh anda agar butiran pemasangan ini dapat dihantar dan untuk dijadikan rujukan selepas ini.

13. Klik ‘install’

cara install wordpress di hosting

14. Installation memakan masa sekitar 1~2 minit sahaja. Setelah selesai, akan keluar paparan yang menunjukkan link untuk login ke akaun blog wordpress baru anda.

15. Untuk login ke akaun wordpress baru anda, klik pada link administrative URL. Sila bookmark link ini kerana ia adalah laluan untuk login ke akaun anda selamanya. (biasanya link untuk login berbentuk sebegini: http://domainanda.com/wp-admin

cara install wordpress di hosting

16. Setelah anda paparan login page muncul, masukkan username dan password yang telah anda cipta tadi:
cara install wordpress di hosting17. Siap. Sekarang anda boleh mula menulis artikel pertama untuk blog anda.

18. Tetapi sebaiknya anda harus menetapkan beberapa setting dan menambah beberapa plugin yang bagus untuk blog anda. Untuk itu, saya akan tuliskan dalam tutorial seterusnya.

 

Bagaimana delete akaun wordpress?

Kadangkala, terdapat kesilapan semasa proses installation.

Langkah paling mudah adalah delete kembali directory wordpress yang telah kita cipta, dan install kembali.

Namun bagaimana untuk delete wordpress tersebut?

1. Login kembali ke akaun Cpanel.

2. Scroll ke bahagian softaculous Apps Installer dan klik pada icon WordPress. Paparan untuk install wordpress akan muncul.

3. Namun, target kita adalah dibawah itu. Terdapat satu bahagian bertajuk Current Installation yang memaparkan nama domain yang telah di-install dengan wordpress.

delete-wordpress

4. Dibawah bahagian ‘option’, ada 4 icon yang berlainan. Sila klik pada icon ‘X

5. Selepas itu, paparan ini akan muncul. Tick pada bahagian berkaitan dan klik pada Remove Installation

remove-installation

6. Selesai. Anda boleh memulakan kembali proses install wordpress di hosting.

 

Penutup

Cara install wordpress ke hosting tidaklah susah.

Namun ia mungkin sedikit mengelirukan bagi mereka yang masih baru dan pertama kali setup blog pada platform wordpress di hosting sendiri.

Jangan risau, lama-kelamaan anda akan semakin mahir dalam bidang ini.

Tahniah juga saya ucapkan kepada mereka yang berhijrah dari blogspot atau wordpress percuma ke hosting sendiri.

Pasti anda tidak menyesal. Percayalah, sudah 7 tahun saya mengendalikan blog dengan wordpress ini. Ia amat berbaloi.

Jika terdapat sebarang masalah, sila tinggalkan komen pada ruang dibawah. InsyaaAllah saya akan bantu setakat mana yang termampu.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

11 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
atulhamid
atulhamid
1 tahun yang lalu

terima kasih

Jordan
2 tahun yang lalu

lepas install wordpress boleh menambahkan keselamatan wordpress anda dengan SSL (secure socket layer) di mana dapat menukarkan domain dari http ke https. Juga jangan lupa kata laluan yang kuat dan selamat.

zainalkarim
zainalkarim
3 tahun yang lalu

terima kasih atas penerangan. saya akan ikuti caranya. jika ada masalah, saya akan bertanya ennaim.

yadon
yadon
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

terima kasih atas tutorial ini. sahaja hanya follow langkah2 yg di tulis, ada sedikit perubahan interface tapi langkah2 masih sama

mimi
7 tahun yang lalu

Assamualaikum Inche Naim,

Nama saya Mimi, saya telah ikut step by step seperti diatas. Walaubagaimanapun, setelah saya dapat link administrative URL, saya saya klik link tersebut, page tersebut bertulis “Your connection is not private” “Privacy error”.

Mohon bantuan Inche Naim.

Terima kasih.

Azmil
Azmil
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

Klu kita nak letak www dihadapan tu bagaimana pulak>?

Azmil
Azmil
Reply to  Muhamad Naim
5 tahun yang lalu

ok.. tq atas perkongsian :D

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading