Bagaimana Untuk Jujur Berterus-terang (Tanpa Melukakan Hati)

berterus-terang secara jujur

Perkara yang paling menakutkan adalah:

Memberitahu kebenaran pahit secara jujur kepada seseorang yang mungkin sukar menerima kenyataan.

Sama ada memberitahu sahabat baik dia telah dikhianati, memberitahu bos bahawa ideanya teruk, atau menyampaikan sesuatu perkara yang pahit untuk diterima oleh setiap orang.

Kerana kita pasti tidak mahu membuatkan seseorang bersedih.

Kita tidak tahu bagaimana reaksi dan tahap penerimaan mereka.

Mereka mungkin merasakan anda iri hati dan mula menjauhkan diri dari anda. Perkara ini juga anda pasti tidak mahu.

Jadi kadangkala anda menyembunyikan kebenaran untuk mengelakkan mereka berkecil hati.

Kadangkala, demi menyelamatkan diri sendiri, kita ‘berbohong sunat’.


Sebenarnya saya harus memberi tahu anda sesuatu..


.. dan anda mungkin tidak suka mendengarnya.

Tetapi jika anda ada masalah untuk menjadi seorang yang berterus-terang secara jujur, anda perlu tahu perkara ini.

Ini akan menjadikan anda seorang yang lebih baik, seorang sahabat sejati, seorang yang boleh dipercayai.

Dengar sini …

Anda adalah PENGECUT!

Jika anda tidak mampu untuk berterus-terang secara jujur dengan orang, terutamanya bila anda tahu perkara itu menjadi kesukaannya, maka anda seorang yang pengecut.

 

Kenapa anda tidak boleh jadi pengecut bila menyatakan sesuatu kebenaran yang pahit?

Anda tidak membantu sesiapa dengan menyembunyikan kebenaran..

.. walaupun ia sangat pahit untuk didengar.

Satu-satunya rang yang anda lindungi hanyalah diri anda sendiri.

Kerana anda takut akan akibatnya terhadap diri sendiri kelak.

Dengar:

Menjadi seorang yang jujur adalah untuk memastikan sahabat anda mengetahui perkara-perkara yang mereka perlu tahu untuk membuat keputusan yang baik.

Ini termasuklah perkara yang mungkin mereka tidak suka.

Anda mungkin rasa lebih baik menyembunyikan perkara yang sukar dan tidak disukai oleh rakan..

.. tetapi percayalah ia sebenarnya tidak.

Ignorance tidak akan membawa sebarang kebaikan.

Malah mungkin memusnahkan hidup orang lain.

Maka adakah kita boleh dikatakan baik jika begitu?

Sebagai seorang yang cakna terhadap saudaranya, kejujuran adalah perkara yang sangat penting.

Kerana mereka bergantung kepada anda untuk memperbetulkan mereka bila mereka menuju ke jalan yang salah.

Andalah yang akan membimbing mereka ke arah jalan yang lurus dan benar.

Anda mungkin takut kehilangan kawan bila menyatakan kebenaran yang pahit, tetapi percayalah, menyembunyikan ia akan membuatkan keadaan lebih teruk.

Ia akan membuatkan anda dilabel sebagai seorang yang  tidak boleh dipercayai  dalam jangka masa panjang.

Bila anda jujur sepanjang masa, orang akan tahu apa yang boleh di expect daripada anda.

Apabila mereka memerlukan pandangan yang betul, andalah tempat yang akan dituju.

Ya, anda mungkin kehilangan segelintir rakan, tetapi anda akan memperoleh kepercayaan dan hormat daripada lebih ramai orang lagi.

 

Kesilapan yang sering dilakukan bila menjadi terlalu jujur..

Menjadi jujur bukanlah bermakna kita perlu menjadi biadap, kasar dan cakap makan dalam.

Tujuan kita bukanlah hendak membuat orang lain tersentap.

Jika itu yang anda lakukan, anda lakukan perkara yang silap.

Mungkin perkara ini nampak biasa bagi anda, namun ramai yang tersilap dengan beranggapan menjadi jujur adalah menyatakan segala isi hati tanpa bertapis.

Sungguh..

Ramai orang anggap point utama berterus-terang secara jujur adalah untuk ‘mengejutkan’ orang yang mendengar.

Mereka fikir ia perlu kasar supaya orang lain tidak dapat mengelak daripada mendengar perkara yang benar. Kononnya ia perlu “mengerakkan” hati mereka.

But that’s not really how it works.

Memberitahu secara kasar, tidak lain tidak bukan, hanyalah akan membuatkan mereka semakin tidak boleh menerima kata-kata anda.

Berterus-terang secara jujur bukanlah sukar dilakukan..

… tetapi ianya sukar dilakukan dengan BAIK.

Ia bukan hanya mengenai tentang apa yang anda sampaikan; ia juga berkaitan dengan mengapa, bila dan bagaimana anda melakukannya.

 

Tiga situasi yang memerlukan kita bercakap secara terus-terang

Honesty is always a good policy.

Tetapi tidak semua keadaan memerlukan kita bercakap secara terus-terang.

Jadi bagaimana kita boleh tahu bila masanya untuk berterus-terang tanpa menyembunyikan apa-apa?

Sebenarnya, ia adalah mengenai bagaimana kita menilai keadaan dan jelas dengan tujuan kita.

Biasanya terdapat tiga situasi yang memerlukan kita berterus-terang secara jujur:

 

1. Membantu mereka keluar daripada delusi

Bila ada seseorang datang kepada anda memberitahu mengenai khayalannya.

Sebagai contoh, ramai orang percaya mereka akan bahagia jika dapat bekerja seperti apa yang mereka impikan.

Ramai yang berhenti kerja tetap semata-mata ingin mengejar apa yang mereka impikan, dan beranggapan akan mendapat kekayaan tidak lama lagi.

Disini mereka perlu tahu bahawa sebenarnya hidup tidak semudah itu.

Setiap perkara akan mengambil masa, dan mereka perlu mengubah tanggapan mereka terhadap perkara ini.

Kita tidak membantu mereka jika kita sugar-coat realiti ini. Jangan biarkan mereka syok sendiri

 

2. Menyedarkan tentang kesilapan besar yang bakal dilakukan

Anda pasti tidak akan membiarkan rakan anda melintas jalan yang sibuk secara melulu dan membabi-buta.

Pasti anda akan menarik kembali tangannya ke belakang.

Malah anda juga pasti tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama walaupun terhadap orang yang tidak dikenali.

Jadi, mengapa anda boleh membiarkan mereka membuat keputusan yang salah dan bahaya, tanpa cuba menyelamatkan mereka daripadanya?

Menyeberang jalan yang sibuk secara melulu selalunya akan menyebabkan kemalangan — ia juga sama dengan membuat keputusan yang salah, dimana ia mungkin memusnahkan hidup, merugikan wang simpanan, malah mungkin membawa ke penjara.

Maka jika ada yang sedang ingin membuat keputusan yang salah — kesanggupan anda untuk berterus-terang secara jujur dengan mereka mungkin menjadi satu asbab yang menyelamatkan mereka daripada kesengsaraan di masa hadapan.

 

3. Bila cara lembut gagal

Bagaimana terus-terang secara direct diperlukan?

Apabila cara lain sudah tidak berkesan.

Iaitu bila kita sudah cuba dengan cara yang lembut dan berlapik, namun ia tidak diendahkan oleh mereka.

Maka tiba masanya untuk menjadi lebih dewasa dengan memberitahu apa yang mereka perlu dengar, direct, dan tanpa berlapik atau menyembunyikan apa-apa.

Terdapat dua kebenaran dalam setiap situasi ini:

Pendengar sangat perlu diberitahu tentang kebenaran pahit tersebut…

.. dan sangat sukar untuk mereka untuk memahami dan menerima perkara ini.

Disini ada beberapa langkah yang boleh dilakukan dalam berterus-terang.

 

7 langkah untuk berterus-terang secara jujur tanpa membuatkan sesiapa kecewa..

Bagus.

Sekarang anda sudah tahu mengenai apa itu jujur dan apa yang tidak.

Anda sudah faham mengapa kadangkala berterus-terang adalah perlu dan bila ia diperlukan.

Sekarang sudah tiba bahagian yang sukar:  bagaimana anda melakukannya? 

Disini terdapat tujuh langkah untuk membantu anda menyampaikan kebenaran yang pahit:


1. Jujur dengan diri sendiri dahulu

Kejujuran bermula dengan diri anda.

Jika anda rasa teragak-agak dan cenderung untuk mengelak daripada perbualan yang jujur, maka langkah pertama adalah mengetahui mengapa anda begitu.

Adakah anda takut menyinggung perasaan orang?

Soal diri anda:

Adakah dengan membiarkan mereka membuat perkara yang bahaya lebih baik berbanding rasa tidak selesa bila bercakap secara jujur.

Adakah anda takut orang itu akan marah dan memutuskan hubungan dengan anda?

Anda risau kehilangan sahabat, rakan sekerja atau dipulaukan?

Seperti diatas, tanya diri anda adakah lebih baik mereka tidak tahu atau anda yang tidak mahu memberitahu mereka.

Ingatkan diri anda bahawa apa yang anda buat ini adalah apa yang terbaik untuk mereka, bukan apa yang paling mudah untuk anda.


2. Periksa niat anda

Tanya diri anda sekali lagi:

Jika anda berterus-terang secara jujur dengan mereka; adakah ia benar-benar mengenai kebaikan mereka atau ia sebenarnya semata-mata mengenai anda sendiri?

Ya, perkara ini juga selalu terjadi.

Jika ia lebih kepada kemahuan untuk melontarkan apa yang bermain dalam fikiran anda, berbanding apa yang mereka perlu dengar…

… maka anda terjatuh dalam perangkap ego semata-mata.

Jadi soal diri anda dengan tiga soalan ini:

  1. Adakah ia benar?
  2. Adakah ia perlu?
  3. Adakah ia akan membantu?

Jika ketiga-tiga jawapan adalah tidak, maka kita perlu semak kembali niat kita.


3. Sampaikan dengan berhikmah

Ingat, kuncinya adalah untuk jujur, bukan kasar.

Kita boleh memberitahu kebenaran dan berterus-terang tanpa menggunakan perkataan kasar atau dengan nada yang menyakitkan hati.

Biarkan kebenaran itu sendiri menunjukkan rupanya.

Mereka sudah cukup sukar untuk menghadapi perkara ini. Jadi, janganlah kita tambahkan lagi luka mereka.

Jadilah seorang yang memahami.

Beritahu mereka seluruh kebenaran, tidak kira betapa sukar pun ia, tetapi lakukan dengan penuh lembut dan empati.


4. Sediakan mereka untuk apa yang bakal dihadapi

Jangan terus ‘menampar muka mereka’.

Berikan mereka peluang untuk bersedia menghadapi apa yang bakak dihadapi.

Terangkan bahawa anda mengambil berat terhadap mereka.

Jelaskan kepada mereka bahwa anda perlu memberitahu sesuatu yang mereka perlu dengar, dan buatkan mereka bersedia dengan ‘kejujuran’ yang mereka akan dengar nanti.


5. Jelaskan niat anda

Mengapa anda susah payah beritahu mereka kebenaran yang pahit ini?

Apakah agenda anda disebalik perkara ini?

Bagaimana perkara ini akan menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada mereka?

Memahami apa yang mereka akan dapat daripada ini akan membuatkan mereka lebih dapat menerima kebenaran pahit tersebut.

Ia akan lebih mudah untuk mereka mendengar dan menerima jika mereka mempercayai keikhlasan anda untuk membantu mereka.

Jadi ambil masa untuk menjelaskan kepada mereka mengapa anda fikir adalah lebih baik mereka mengetahui perkara tersebut.

Dan sementara perkara ini masih segar dalam fikiran mereka, maka teruskan memberitahu kebenaran tersebut.


6. Biar pendek dan jelas

Memberitahu perkara yang pahit dan sukar tidak pernah membawa keseronokan.

– namun kadangkala ia sangat perlu.

Tetapi melemparkan kepahitan tersebut berulang-ulang kali juga adalah sesuatu yang boleh membuatkan pendengar bertindakbalas.

Maka apa yang terbaik adalah straight to the point.

Jadikan ia jelas dan ringkas.. dan bergerak ke perkara seterusnya.

Jika berlebih-lebih, ia akan lebih mendera mereka.


7. Pimpin mereka kearah penyelesaian

Jangan tinggalkan mereka dalam perasaan yang teruk setelah anda ‘menampar’ mereka dengan kebenaran.

Bantu mereka mencari jalan penyelesaian.

Beri mereka jalan untuk melangkah ke hadapan.

Bagaimana anda mengakhiri perbualan akan memberi perbezaan.

Adakah anda mahu mereka rasa kalah, dikecewakan, dan hilang semangat?

Atau anda mahu mereka rasa masih ada harapan untuk mereka memperbaiki isu tersebut?

Cuba bayangkan jika saya tamatkan tulisan ini selepas memanggil anda pengecut, tanpa memberi panduan bagaimana untuk berterus-terang secara jujur.

Itu akan menjadikan keseluruhan mesej dalam tulisan ini jauh bertentangan dengan apa yang ingin saya sampaikan, bukan?

Beranilah untuk menyampaikan kebenaran dan anda akan dihormati..

Memberitahu kebenaran pahit kepada seseorang adalah satu perkara yang menggerunkan.

Kerana anda tidak tahu bagaimana orang itu akan memberi reaksi.

Dan saya tidak akan tipu:

Sesetengah orang tidak menyukainya, walaupun kita telah mengambil langkah yang sewajarnya.

Ia mungkin masih membuatkan mereka tersinggung, dan menjauhkan diri daripada anda.

Tetapi anda juga akan memperoleh penghormatan daripada mereka yang menghargai nilai seseorang yang boleh dipercayai dan jujur.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

19 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Misteri
Misteri
2 tahun yang lalu

Asalamualaikum.Sy laki. Sy nk tnye Pndpt Admin. Mcm ni sy prnh trlanjur dgn psgn sy. Lps tu hbugn kami masih lg ok. Pastu niat nk brkahwin. Trikh nk kwin pn x lama dh. Tapi prasaan sy mcm xnk truskn. Sbb sy mcm x jujur dgn diri sy sndiri. Sy xbgtau perkara sbenar bhawa sy dh x suka cara dia. Mula2 knl mmg la kn. Bila dh lama prasan tu jdi lain. Dia beria2 dkt sy. So sy x smpai hati nk mnyatakn hal sbenar. Sy cuba x mmberitahu nya. Ni dlm sbulan lg nk kwin. Sy slalu rasr nk mrh x suka dgn cara dia. Tapi dlm masa sama sy kesian kn nye. Pnjng cerita nya. Sy xprnh mntk ondpt saoe2. Tnye kwn2 pn tk. Buntu jgk. Mntk admin bg no nk mntk pndpt. Sy ni x ramai kwn tu susah. Nk crite tnye pndpt kn ad aib sy jgk kt situ

Bougainvillea
Bougainvillea
3 tahun yang lalu

Apabila seorg suami didapati menduakan isterinya dan die tidak mahu berterus terang sedangkan bukti telah ada bagaimana harus dilakukan? Niat suami utk mengahwini psgan kedua itu tidak mahu diketahui oleh isteri pertamanya dan dia akan terus berbohong utk hubungan sulit itu. Beliau merancang utk menikah secara senyap2 tanpa pengetahuan isterinya. Mohon pendapat.

Bougainvillea
Bougainvillea
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Sekiranya berterus terang akan memudaratkan bagaimana?

ann
ann
4 tahun yang lalu

Seorg yg jujur akan mengatakn isi hatinya yg sebenarnya.kadangkala niatnya untuk meluahkan tapi amat sukar Dan berat bagi yg mendengar.apatah lagi luahan itu ditujukan kpd org yg sdg mendengar itu sendiri…Dan amat perit Dan sakit apabila org yg mendengar luahan itu bukanlah org yg mudah berkongsi mslh..ini disbbkn sikap yg suka memendam selagi boleh bertahan..Betapa penting nya sifat sentiasa positive dlm diri Dan tidak terlalu mengeluh akan apa saja kekurangan..tapi bersyukurlah.masih ramai org yg lebih bermasalh diluar Sana.

Ismail
Ismail
5 tahun yang lalu

.

Zurainny Ismail
6 tahun yang lalu

Bagi saya, paling sukar ialah utk memberitahu seseorang bhw pasangannya x jujur, walaupun ada bukti. Ramai yg berpendapat better jgn msk campur, nanti menghancurkan keluarga org. So, how?

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading