Berbaloikah Berhenti Kerja Untuk Mengejar Minat dan Impian?

berhenti kerja untuk mengejar impian?

Benarkah kita akan bahagia apabila berhenti kerja dan buat apa yang kita suka?

Apabila saya tahu ada orang ingin berhenti kerja untuk mengejar minat dan impiannya, perasaan saya terbahagi kepada dua:

1. Kagum

Walaupun tiada kaitan dengan saya, tapi saya memang kagum dengan orang yang jenis bersemangat.

Benda menarik selalunya sering berlaku kepada seseorang yang melangkah keluar dari zon selesa mereka dan membuka ruang untuk mengejar impian.

2. Risau.

Bagaimana jika impian itu sebenarnya tidak realistik?

Bagaimana dia nak meneruskan kehidupan? Mungkinkah ini akan menjejaskan keluarganya?

 

Jadi, berbaloikah untuk berhenti kerja dalam mengejar minat dan impian?

Sudah menjadi satu trend sekarang ini, ramai dikalangan kita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja sedia ada demi mengejar impian, minat atau kerjaya lain yang dirasakan lebih menguntungkan.

Setiap orang mungkin berbeza pandangannya.

Semuanya adalah betul dan tidak salah, kerana jalan hidup setiap orang adalah tidak sama.

Namun bagi saya ada beberapa perkara yang harus diperhalusi dengan sewajarnya kerana impaknya akan memberi kesan seumur hidup.

.

1. Mengejar impian – satu kemestian didalam hidup?


Following your passion might be the most often given career advice. But it just might be steering you in the wrong direction.

Mari kita bersetuju satu perkara: sangat sukar untuk mencari sesuatu yang benar-benar kita minat. 

Di mana sahaja kita berada, janganlah membandingkan hidup kita dengan orang lain.

Bersyukur dan terimalah realiti yang sepatutnya.

Ramai orang yang akhirnya telah berhenti mengejar impian mereke selama ini.

Mereka menyesal dengan peluang yang telah dilepaskan.

Bak kata pepatah melayu ~ Bunyi guruh dilangit, air dalam tempayan dicurahkan.

Contohnya; saya banyak menulis.

Saya suka untuk menulis dan berkongsi penulisan saya dengan orang lain.

Melalui penulisan saya dapat belajar banyak perkara. Bertahun-tahun saya sudah melakukan ini.

Tetapi adakah ini benar-benar minat saya?

Malah, sekarang ini pula minat saya teralih kearah dunia fotografi.

Memanglah saya minat menulis, tetapi sekarang ini masa saya banyak dihabiskan untuk mengambil gambar.

Jadi adakah saya patut menukar karier saya kepada jurugambar sepenuh masa kerana saya benar-benar minat?

Selalunya kita akan mendengar penceramah motivasi mengatakan:

kunci kepada kejayaan adalah buat apa yang kita suka.

Bagi saya ini kurang tepat.

Hanya kerana anda minat sesuatu perkara itu, tidak bermakna anda pakar dalam bidang tersebut.

Bukan semua yang diminati itu adalah jalan terbaik untuk anda.

Kebolehan dan minat selalunya tidak berjalan seiring.

Minat fotografi tidak semestinya anda jurugambar yang bagus. Minat bermain bola tidak semestinya anda pemain bola sepak yang hebat.

Keseronokan bekerja tiada banyak kaitannya dengan kerja yang anda sedang lakukan.

Apa yang lebih baik untuk dilakukan adalah fokus menjadi bagus dengan kerja yang sedang anda buat sehinggalah kita berasa selesa dengannya.

Ikutlah peluang, bukan ikut minat.

Tetapi apa paling penting, sentiasa bawa minat itu bersama kita untuk seumur hidup.

 

2. Tanggungjawab yang harus difikirkan.


Bagaimana dengan orang lain dibawah anda?

Jangan semata-mata ingin mengejar impian tetapi pada masa yang sama kita meninggalkan kehancuran dibelakang kita.

Anda mungkin rasa berhutang kepada diri sendiri jika tidak mengejar impian – tetapi ia tidak kepada perbelanjaan orang-orang di sekeliling anda.

Anda ada mulut untuk disuap. Anak-anak dan isteri. Keluarga.

Terlalu banyak kali saya melihat ramai orang mengejar impian dengan cara yang meletakkan risiko yang tinggi terhadap keluarga mereka

Ada kawan yang konon-kononnya berhenti kerja untuk menjalankan bisnes yang diminatinya sepenuh masa, tetapi sebaliknya membuatkan hidup keluarga mereka semakin susah.

Banyak perkahwinan yang runtuh gara-gara akibat ‘keghairahan mengejar impian’ tanpa backup plan yang kukuh dan sempurna.

Anda mungkin mampu hidup diluar zon selesa, tetapi bagaimana anak dan isteri anda?

Tanggungjawab – satu terma yang penting dan harus kita pikul walau apa cara pun.

Fikirkan segala risiko yang mungkin berlaku. Jangan memperjudikan nasib keluarga anda.

Kita mungkin tidak gembira tidak dapat mengejar impian, tetapi kita akan lebih terseksa apabila dihantui perasaan bersalah apabila kita melihat kesusahan keluarga kita lalui.

Family first.

 

3. Kadangkala, kita harus merendahkan sedikit jangkaan


Happiness at work comes from your own attitude. A good job is something you discover while you’re working.. 

– Jack Ma

Ada sebab mengapa pasangan berkahwin yang diaturkan keluarga lebih bahagia berbanding mereka yang memilih pasangan mereka sendiri (bercinta)

Begitu juga dengan kerjaya.

Kita anggap bahawa dengan memilih rakan kongsi yang tepat, membeli kereta yang diidamkan, dan mendapat kerja yang tepat dengan minat akan membuat kita bahagia.

Tidak semestinya begitu.

Tak semua benda yang kita harap akan jadi kenyataan pada hakikatnya.

Jika anda tidak mengharapkan apa-apa selain daripada kerja dan gaji, kemungkinan untuk mendapat kepuasan bekerja akan meningkat.

low expectation

low expectation 2

Kepuasan bekerja tiada kaitan dengan jenis kerja.

Apabila kita cuba untuk menjadi terbaik dalam bidang yang kita ceburi, pasti lama-kelamaan kita akan menyukainya.

Saya tidak bermaksud kita harus bekerja walaupun dalam keadaan yang buruk atau mendapat layanan yang tidak baik.

Tetapi lihatlah pada keadaan anda dan tanyakan pada diri anda sendiri jika anda masih menunggu untuk kerja impian anda tiba.

Lebih baik anda mencari sesuatu yang berbaloi dalam kerjaya semasa anda.

Jika anda berterusan mengharapkan pekerjaan yang akan memenuhi segala kemahuan anda, maaf, anda tidak akan menemuinya.

 

4. Mungkin kita tak perlu berhenti kerja yang sedia ada..


Saya kenal banyak orang-orang yang secara aktif mengejar impian mereka dengan bekerja sepenuh masa dan separuh masa dalam ‘pekerjaan yang mereka minat’.

  • Ada doktor yang menulis novel pada waktu petang dan hujung minggu, lalu menjadi penulis best seller.
  • Ada peguam yang suka menulis dan menghasilkan puisi
  • Ada cikgu yang menjalankan bisnes fotografi pada waktu cuti sekolah semasa permintaan tinggi
  • Ada suri rumah yang menjalankan bisnes online yang berjaya sambil menjaga 5 orang anak dan ibunya yang lumpuh.

Tiada seorang pun daripada orang-orang ini berhenti daripada kerja mereka.

Tetapi masing-masing dapat menghidupkan impian dan minat mereka. Saya juga salah seorang daripada golongan ini.

Realitinya, adalah tidak semua impian yang ingin dicapai memerlukan kita meninggalkan pekerjaan tetap kita.

Dan apa yang pahitnya, tidak semua impian yang kita kejar akan berakhir dengan apa yang kita harapkan.

Kerja yang kita telah ada itulah yang akan menampung hidup kita semasa kita sedang membuka ruang kearah minat agar menjadi realiti.

 

5. Hari ini memerlukan lebih masa, modal dan usaha untuk memenangi internet

berhenti kerjaKebanyakkan orang hari ini berhenti bekerja semata-mata untuk berniaga secara online.

Apa yang menarik, semakin hari semakin ramai mereka yang menceburi bidang perniagaan di internet hingga mencetuskan keadaan yang tepu bagi sesuatu produk yang sama niche.

Cuba lihat berapa ramai orang menjual Shaklee di internet?

Keadaan tepu online ini menyebabkan anda lebih sukar untuk menjana pendapatan berbanding beberapa tahun yang dulu.

Anda akan lebih sukar untuk menonjol dikalangan penjual-penjual yang sudah ternama dan mempunyai pengikut tersendiri.

Untuk melawan mereka, anda memerlukan banyak usaha, modal dan kreativiti. Tetapi itu masih lagi bukan jaminan untuk berjaya di bidang online.

Anda harus ingat, ada beberapa perkara yang anda langsung tidak boleh kawal.

Contohnya kelakuan enjin carian seperti Google. Facebook juga sekarang ini sering menukar terma dan syarat mereka.

Algorithm mereka sentiasa berubah-ubah dan sukar dijangka.

Walaupun banyak kisah orang yang berjaya, tetapi ramai juga yang gagal dan tersungkur.

Oleh kerana keadaan yang tidak stabil dan tiada kepastian dalam bidang buat duit secara online, berhenti kerja untuk menceburi bidang perniagaan online bukanlah satu jalan yang dicadangkan.

Ingat, hidup bukanlah singkat.

Kehidupan adalah perjalanan yang panjang,  so take it easy, enjoy the journey and transition only when the time is right (jika anda rasa benar-benar perlu).

Saya tak pernah minat untuk menjadi cikgu.

Tapi bila saya cuba fokus terhadap kerja saya, alhamdulillah saya rasa sangat bahagia dengan apa yang saya buat sekarang.

 

Apabila anda telah benar-benar bersedia dan yakin betul-betul untuk berhenti..

Memang, bukan semua orang ‘penakut’ macam saya.

Mungkin apa yang dikejar sekarang memang betul-betul berbaloi untuk dicapai. Mungkin anda telah benar-benar bersedia untuk melompat kearah itu.

— Tetapi perkara ini bukanlah untuk semua orang dan bukan satu keputusan yang boleh dibuat secara tergesa-gesa.

mengejar-impian-berhenti-kerja

Apabila momentum kita sudah cukup untuk mencecah siling, dan sudah benar-benar yakin untuk meninggalkan pekerjaan sedia ada, dan berasa sangat yakin dengan apa yang ingin dikejar itu mampu menanggung kehidupan kita – maka teruskanlah!

— Pastikan anda ‘bergelut’ sedikit dengan keputusan ini

Ambil masa untuk berfikir.

Dengarlah perasaan ‘bimbang‘ dalam hati anda.

Fikir semasak-masaknya.

(kebimbangan sebenarnya satu perkara yang baik – ia membuat kita hidup, tetapi ia juga sering menjadi pembuka tirai untuk melakukan perubahan yang penting)

.. dan dengarkan pendapat orang lain yang mengambil berat tentang anda (dan juga orang yang penting bagi anda) dalam keputusan itu.

Dan kemudian buatlah tindakan sewajarnya.

Kadang-kadang, anda hanya perlu untuk teruskan dan meletakkan diri anda di tempat yang mana anda tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu berhempas pulas untuk membuat impian anda menjadi kenyataan.

Disinilah keyakinan anda tadi akan teruji.

Mungkin anda ingin membaca perkongsian menarik daripada Encik Zulkifli, iaitu orang yang telah benar-benar berhenti kerja.

Perancangan beliau sangat teliti sebelum mengambil keputusan berhenti kerja. Baca artikel tersebut disini: 10 Persiapan Sebelum Berhenti

 

Be realistic: cara yang betul dalam mengejar apa yang kita minat.

People pay for skills, not for passion.

Anda boleh mempunyai semua “minat” yang ada di dunia, tetapi jika anda tidak mempunyai “kemahiran”, orang tidak akan membayar anda.

Itulah realiti.

Saya bukanlah menghasutkan anda menjadi pesimis dan penakut.

Cuma kita juga harus realistik. 

mengejar impian yang realistik

Jika keadaan mengizinkan anda pergi lebih jauh dalam mengejar minat, maka teruskan.

Mungkin anda memang sudah ditakdirkan untuk menjadi hero dalam bidang tersebut.

Tetapi pastikan setiap tindakan tersebut ada bersama dengan pelan sokongan A, B, C dan D jika apa yang dikejar itu gagal.

Bagi saya, tidak kira apa jua kerjaya pilihan anda, apa yang penting adalah sentiasa sediakan ruang untuk apa yang kita minat dalam hidup.

Itulah cara yang betul mengejar apa yang kita minat.

Jadi apa pandangan anda mengenai topik ini? Mari kita kongsikan.

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

11 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Wan
Wan
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum…setuju dengan pandangan.Kalau ade kemahiran baru akan dapat bayaran.Harus ade backup plan A, B, C, D.

Che otak
Che otak
4 tahun yang lalu

Anda seorang penakut

zaidi
zaidi
4 tahun yang lalu

Salam, nice post.. Jalan hidup adalah pilihan masing2, apa yang penting, persediaan dari segi mental dan fizikal kena kuat.. InsyaAllah akan dipermudah kan segalanya sekiranya anda rajin berusaha dan tawakkal..

Firdaus Hj Abu Bakar
Firdaus Hj Abu Bakar
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum,

Terima kasih untuk artikel ini. Sy sorg penjawat awam dan Insya Allah bakal lepaskan jawatan untuk terjun ke bidang bisnes.

Alhamdulillah, satu lagi ilmu dari tuan yg sy dapat adalah ‘be realistic dalam mengejar impian’. Tak dinafikan, ada yang terpengaruh dengan kisah gah kejayaan icon2 bisnes, dan mulai berfikir ‘kalau dia boleh buat, kenapa tidak aku?’. Tanpa menyedari bahawa kemampuan dan motivasi setiap individu tidak sama.

Terima kasih sekali lagi untuk nasihat tuan. Moga2 dapat sy jadikan sebagai panduan serta pengimbang dalam membuat apa2 keputusan kelak.

Adis
Adis
7 tahun yang lalu

Assalamualaikum.
Artikel yang menarik. Rasanya Penulis mesti seorang yang berpengalaman pernah berhenti kerja dan mula hidup dengan sumber pendapatan yang baru.
Hidup ni singkat sangat… rasanya macam tidak salah kalau ada yang berani keluar dari tempurung dengan membuat sesuatu pekerjaan atau perniagaan. Artikel ni ada yang positif dan ada yang negatif. Apa pun persekitaran dan diri sendiri yang nak tentukan hala tuju masa depan hidup. Persiapan yg terperinci sebelum berhenti kerja? Memang bagus.. tapi org kebanyakan memang tak tersiap la.. melainkan ada hati yg kuat nak keluar dari kerja yg sedang dilakukan sekarang. Kalau rasa bertahun tahun masih di takuk yang sama cuba-cubalah keluar ambil nafas baru….. cuma…kalau dah 30 tahun kerja makan gaji tahun ke 31 nak berhenti kerja/pencen lepas tu nak buat bisnes agak2 peratusan nak berjaya dalam dunia bisnes mungkin berkurang.. cara yg elok bertindak la pantas. Jangan dah bongkok baru nak bertindak.. selagi masih muda. Ada tenaga guna la sebaiknya..
Set high aim high at least kalau jatuh dah ada tujuan tempat nak dituju.
Komen insan kerdil..
Wassalam.

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading