Sila Backup Blog Anda Sekarang Sebelum Menyesal!

backup blog wordpressIa baru sahaja terjadi kepada saya..

Separuh daripada tulisan-tulisan saya yang terdapat dalam blog ini hilang tanpa dapat dipulihkan!

Memang tidak dinafikan ia membuatkan saya sangat sedih dan kecewa.

Ia adalah satu mimpi ngeri buat saya.

Segala penat lelah, kajian dan jerih-perih saya menghasilkan artikel selama ini terbuang begitu sahaja.

Dalam dunia internet, banyak benda boleh menjadi silap dalam sekelip mata. Blog saya telah hilang selama 3 hari.

Berita baiknya, artikel-artikel saya hilang bukan kerana blog saya di hacked.

Walau bagaimana pun, berita buruknya adalah perkara ini disebabkan oleh kegagalan hardware pada data centre dan pihak hosting tidak mahu bertanggungjawab.

Walaupun kita sudah cukup berhati-hati, tetapi bencana boleh berlaku kerana kesilapan dan kegagalan pihak lain.

Apa makna semua ini kepada saya?

Disebabkan saya tidak pernah membuat backup untuk blog ini, ia bermakna saya totally fucked up. Stress woi!

Sejak daripada kejadian ini, saya akui bahawa proses backup adalah sangat mustahak.

Ia ibarat insurans kepada blog dan saya sangat menyesal tidak membuatnya.

Jika anda mempunyai backup, ia membolehkan anda mendapatkan kembali salinan laman web jika berlaku bencana.

Saya mungkin hanya kehilangan artikel dan juga gambar.

Tetapi jika anda menjalankan laman web e-dagang (eCommerce), ia pasti akan menjejaskan pendapatan anda.

Jika anda tidak mahu kehilangan hasil kerja yang diusahakan selama bertahun-tahun, maka anda perlu mula melakukan backup laman web anda hari ini juga.

Bagaimana untuk melakukan backup blog wordpress?

Buat masa sekarang saya telah menggunakan plugin backup percuma UpdraftPlus.

Plugin ini agak mudah digunakan dan memberi kita banyak pilihan dimana kita mahu backup.

Kita boleh memilih samada Dropbox, Google Drive, cloud mahupun Updraft Vault itu sendiri sebagai tempat simpanan data.

Yang paling penting kita tahu dimana data backup itu disimpan dan boleh diakses bila diperlukan.

Sila backup blog anda sekarang sebelum menyesal..

Jika anda masih belum ada solusi backup blog buat masa ini, sila dapatkannya sekarang.

Jika nasib anda tidak baik, kehilangan fail dan data pasti mendatangkan masalah besar dan menjejaskan pendapatan.

Kehilangan trafik itu sudah pasti.

InsyaaAllah jika anda sudah ada penyelesaian backup kepada blog anda, maka anda boleh tidur nyenyak kerana keselamatan blog anda sudah terjamin.

Jangan menangis tidak berlagu seperti saya T.T

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading