13 Kerangka Proses Asas Dalam Menulis Artikel Blog Yang Berkualiti

panduan menulis artikel

Kadang-kadang, proses menulis ini boleh diibaratkan seperti berada didalam satu terowong yang sangat gelap..

…dan sangat panjang.

Anda boleh bergerak selangkah dua ke hadapan, tapi anda tak pasti ke mana akan pergi dan kemana pula anda akan sampai.

Kita buntu dan tidak nampak kemana arah tujuan.

Akhirnya kita terberhenti. Pergerakan kita mati.

Sebenarnya perkara yang boleh membantu kita menyelesaikan kekusutan dan ketidakpastian ini adalah dengan mengikuti beberapa kerangka proses yang boleh membawa jalan keluar kepada kita.

Kerangka proses ini penting sebagai panduan kepada kita agar ‘tidak hilang’ arah dan nampak halatuju penulisan kita.

InsyaaAllah, pada artikel ini saya akan kongsikan proses-proses yang biasa saya amalkan dalam menulis artikel yang mendapat share dan komen yang tinggi.

Dalam penulisan, yang penting adalah proses..

Ia penting kerana ia diibaratkan sebagai peta yang akan membawa kita ke mana tempat yang kita perlu pergi.

Ia akan banyak memudahkan tugas kita menghasilkan kandungan artikel yang dapat ranking dengan baik pada senarai hasil carian google.

Malah pada masa yang sama, ia akan memberi impak kepada pembaca kita dan menambah autoriti kita menerusi penulisan tersebut.

Sebenarnya kalau kita rajin google, kita akan jumpa mungkin beribu-ribu panduan untuk menulis artikel.

Namun disini saya cuba senaraikan apa proses yang benar-benar perlu dalam sesebuah penulisan artikel yang baik. Tak lebih tidak kurang.

Semoga panduan ini boleh membantu anda dalam menulis artikel dengan baik:

1. Apakah matlamat penulisan anda?

Apa yang anda ingin sampaikan?

Apakah matlamat bisnes anda? Apakah yang ingin anda capai?

Segala yang kita tulis harus sejajar dengan matlamat kita.

Kuncinya adalah kita sendiri perlu memahami apa tujuan penulisan kita itu; kita boleh berpura-pura buat-buat tahu, tapi pembaca anda akan loya dengan ketidakjujuran anda.

Kenapa matlamat penulisan penting?

Sebabnya adalah jika anda sendiri tidak peduli tentang apa yang sedang anda tulis, orang lain pun pasti tidak akan peduli dengan artikel anda.

Sebagai contoh:

Saya mahu membawa kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil makanan tambahan (supplement) kerana saya mahu semua orang sihat dan saya juga dapat buat untung yang banyak dengannya pada masa yang sama.


2. Utamakan pembaca kita. Letakkan mereka di dalam penulisan kita

Reframe sesuatu idea itu untuk mengaitkan ia dengan pembaca anda.

Kenapa ia penting untuk mereka?

Apa yang terdapat dalamnya untuk mereka?

Apakah mesej atau pelajaran yang anda mahu mereka ambil?

Apakah nilai yang anda tawarkan kepada mereka? Apakah persoalan yang mungkin bermain difikiran mereka?

Apakah nasihat atau pertolongan yang boleh anda tawarkan?

Analogi yang paling tepat untuk kaedah ini adalah seperti memberi pembaca kita hadiah: bagaimana anda boleh melayan mereka dengan cara terbaik, dengan penuh keikhlasan dan sepenuh hati.

Untuk menggunakan kaedah reframing ini, saya akan tanya: Jadi kenapa?

Dan kemudian jawab, kerana

Ulangi urutan  jadi kenapa / kerana  ini dan ulangan jawapanya sebegini sebanyak yang perlu, sehingga anda telah kering idea untuk mencari jawapan.

Sebagai contoh:

Saya mahu membawa kesedaran dan minat orang ramai untuk mengambil makanan tambahan (supplement).

Jadi kenapa?

Kerana makanan tambahan ini menjadikan hidup kita sangat sihat dalam tiga cara yang sangat mudah tanpa kita bersusah payah makan sayur dan buahan, tanpa perlu keluar bersenam dan tanpa perlu menghabiskan banyak masa berharga.

Jadi kenapa?

Kerana sangat sengsara untuk menjaga kesihatan dengan baik dalam kehidupan yang sibuk dan masa yang terhad serta pencemaran yang berlaku disekeliling.

Jadi kenapa?

Kerana kita akan sangat menyesal bila telah sakit nanti.. Dan penyesalan itu adalah satu perasaan yang sangat memeritkan.

Anda nampak ideanya disini.

Ringkaskan idea yang dibentuk tadi dalam penyataan yang jelas.

Dalam contoh ini, ia boleh kelihatan seperti ini:

Produk kesihatan makanan tambahan terbaru kami menjadikan hidup anda sangat-sangat mudah untuk kekal sihat, walaupun dalam kekangan masa yang sibuk dan tanpa perlu risau perlu mengambil diet seperti sayuran dan buahan. Semuanya telah lengkap dan sangat membantu anda mengharungi dunia yang serba sibuk dan rumit.

Kemudian letakkan ringkasan ini diatas permulaan muka surat anda supaya dapat menjadi rujukan yang mengingatkan kita kemana arah tujuan dalam penulisan ini.


3. Cari data dan contoh-contoh berkaitan sebagai sokongan.

Apa sumber boleh dipercayai yang menyokong idea utama anda?

Adakah terdapat contoh, data, kisah benar atau petikan yang relevant yang boleh kita masukkan dalam artikel?

Jangan lupa masukkan pengalaman sebenar anda; dan pada masa yang sama jangan terlalu bergantung secara esklusif kepadanya.

Gunakan diri anda sebagai salah satu sumber jika anda mempunyai pengalaman yang terhadap sesuatu isu itu.


4. Menulis artikel dengan idea yang tersusun

Apakah struktur yang membantu menghubungkan setiap point anda?

Mungkin sesuatu perkara lebih sesuai dipersembahkan dalam bentuk senarai, panduan (how-to guide) atau dalam bentuk penceritaan.

Susunkan rangka outline atau struktur penulisan kita supaya bersesuaian dengan jenis konteks kandungan yang kita hasilkan itu.


5. Pura-pura tujukan tulisan tersebut kepada seseorang

Bayangkan anda sedang menulis kepada seseorang yang sedang anda bantu dengan penulisan ini.

Anggaplah kita sedang menuliskan secara terus kepadanya menggunakan ganti nama ‘anda’ atau ‘awak’.

Hubungkan pembaca anda dengan isu yang sedang ditulis (mengapa ia penting untuknya), mungkin dengan mengaitkan scenario atau memberitahu dengan sebuah cerita.

Letakkan pembaca anda (atau seseorang lain yang sama sepertinya) ke dalam cerita supaya anda mahu pembaca itu untuk cam dan rasa terkait dengan isu yang dibincangkan.

Teknik sebegini selalu digunakan oleh Jon Morrow dalam kebanyakkan artikelnya, dan ia sangat berkesan menarik pembaca yang ramai serta menarik mereka menjadi subscriber.


6. Hasilkan Draf Pertama (walaupun teruk)

Menghasilkan draf pertama adalah langkah asas untuk anda mengeluarkan dan melontarkan sebarang idea.

Cuma tuliskan sahaja dan campakkan semua perkara yang terlintas di dalam kepala anda.

– Campak, campak, campak dan campak sahaja..

Jangan peduli jika penulisan itu buruk.

Tulis sahaja walaupun tak mungkin sesiapa pun akan membacanya.

Apa yang penting adalah kita telah bermula. Ini adalah salah satu formula untuk produktif dan mengelakkan anda memeram idea.

Bila sudah bermula, pasti langkah seterusnya adalah lebih senang. (Saya ada tulis perkara ini lebih lanjut dalam Strategi 2 Minit)

Jangan risau mengenai kesalahan tatabahasa dan penggunaan bahasa yang betul. Jangan kisah dengan ejaan. Anda akan memperbaikinya kemudian nanti dalam fasa editing.

Cuma sekarang anda hanya fokuskan untuk menyiapkan draf pertama anda sahaja.

Biasanya pada fasa mengeluarkan dan melontarkan idea inilah dimana ramai blogger menamatkan proses penulisan.

Anda jangan buat perkara sebegini – kerana kita perlu menghormati tulisan dan pembaca anda.

Kita perlu memperhalusi kembali setiap idea kita itu, dan menggilapnya kembali agar ia memudahkan pemahaman pembaca.

Sebab itulah proses editing juga penting.


7. Rehat sebentar

Letakkan jarak diantara draf pertama dan proses seterusnya.

Berapa lama jarak bergantung kepada anda.

Proses menulis adalah seperti menghembuskan nafas. Kita tidak boleh menghembuskan nafas selamanya, kita juga perlu menarik nafas.

Saya biasanya meletakkan masa setengah hari atau sehari diantara draf saya dengan langkah seterusnya, kerana jumlah masa tersebut akan membuatkan buah fikiran  saya kembali segar dan matang.

Selepas itu, saya akan rasa lebih bersedia untuk kembali ‘mengerjakan’ perkataan-perkataan tersebut dan membentuk frasa yang lebih sesuai untuk muncul dalam penulisan.

Mungkin kita tidak selalunya mempunyai masa semewah saya sebutkan diatas, jadi lakukan apa yang semampu oleh anda.

Tetapi sekurang-kurangnya keluarlah sekejap daripada rumah atau pejabat untuk mendapatkan kopi dan sepotong kek.

Saya biasanya akan keluar memancing dulu.. >.<


8. Tulis semula (dengan lebih baik)

Bentukkan semula frasa ayat yang tidak kemas dalam draf kita itu, kepada sesuatu yang pembaca hendak.

Dalam kepala anda, tukar tempat dengan pembaca anda, cuba letakkan diri anda sebagai pembaca. Bacalah dari perspektif pembaca.

Setelah itu, tulis kembali bahagian yang salah dan lemah.


9. Berikan artikel anda tajuk yang mengusik emosi

Luangkan sebanyak mungkin masa untuk menghasilkan tajuk yang benar-benar bagus dan memukau.

Ia adalah kunci kepada pintu trafik ke blog kita.

Memang menulis tajuk yang menarik dan convert tidak mudah, tetapi jika kita lakukan secara tepat, ia akan membeli pulangan yang yang sangat bernilai kepada anda.

Jika anda berminat untuk belajar menulis tajuk yang menarik, saya ada menulis 11 Formula Menulis Tajuk Gerenti Memukau. 

Saya harap artikel tersebut akan membantu anda mencipta headline dengan lebih baik.


10. Dapatkan seseorang untuk edit tulisan anda

Secara umumnya, jika orang lain yang mengedit hasil kerja kita, mereka lebih cekap mengesan kesalahan ejaan, tatabahasa dan penggunaan ayat.

Seorang editor juga mampu melihat sesuatu idea yang dilontarkan itu pada perspektif yang lain, justeru dia boleh menambahkan baik lagi kandungan artikel kita itu.

Penulisan kita adalah ibarat bijih emas, manakala editor pula adalah sebagai tukang emas yang mencantikkan lagi emas tersebut.

Jika kita susah untuk mendapatkan editor, lakukan sendiri. Saya juga lakukan sendiri.

Tapi pastikan anda sudah benar-benar bersedia menukar mod menjadi orang lain dan membaca dengan hati yang terbuka.


11. Imbas kembali: pastikan semuanya JELAS

Adakah penulisan anda nampak menarik, senang dibaca dan tidak membosankan?

Dengan perenggan yang pendek dan sub-tajuk yang tebal?

Adakah senarai kita dalam format nombor atau bullet?

Untuk kebanyakkan bahagian, text yang panjang terasa seperti tak dapat ditembusi dan tidak menyalurkan tenaga serta tempuan.

Dengan kata lain, text yang panjang (dan tanpa perenggan) tidak seronok untuk dibaca.

Oleh itu pastikan penulisan kita senang untuk di scan oleh pembaca.


12. Jangan lupa optimasi artikel anda untuk SEO!

Yang ini adalah agak mudah tetapi ia sangat penting untuk manfaat SEO jangka panjang di blog anda.

Tentukan kategori dan tag. Kemudian, buat pautan kepada post lain (internal link) dalam blog anda. Taktik ini akan meningkatkan pengaruh SEO dan membina struktur kandungan blog yang lebih baik.

Akhir sekali, lakukan optimasikan artikel anda dengan menggunakan plugin wordpress SEO Yoast.

Plugin ini betul-betul akan memudahkan anda menjalankan kerja On-Page SEO. Jangan risau jika anda tiada asas dalam SEO, tools ini memang benar-benar mudah digunakan.

InsyaaAllah ia tidak akan mengambil masa lebih dari 15 minit.


13. Terbitkan artikel

Publish, tetapi janganlah sekadar publish tetapi masih tidak menjawab apa persoalan pembaca yang terakhir; jadi apa sekarang?

Jangan tinggal pembaca anda ternganga dengan begitu sahaja.

Beritahu mereka apa yang perlu mereka buat seterusnya.

  • Lihat sumber lain yang berkaitan
  • Tinggalkan komen
  • Sign up sebagai emel subscriber
  • Mendaftar untuk free trial?
  • Beli sesuatu?

Sekarang, aplikasikan kerangka proses lengkap anda..

Saya telah menggunakan kerangka-proses ini bertahun-tahun dalam penulisan saya.

Alhamdulillah, setakat ini hasilnya memberangsangkan.

Menggunakan kerangka proses ini, ia akan membantu anda membina autoriti dengan artikel komprehensif dalam niche anda.

Anda bebas untuk menukar susunan langkah-langkah dalam artikel ini dan mewujudkan proses penulisan anda sendiri

Anda boleh tinggalkan bahagian-bahagian yang tidak sesuai dengan keperluan anda, dan tweak bahagian-bahagian yang sesuai.

Sekarang pergi tulis dan kongsikan kepakaran anda dengan dunia!

Tinggalkan Komen Anda..

Subscribe
Maklumkan
guest

10 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Nuha
Nuha
3 tahun yang lalu

tq for the sharing. sangat mudah faham.

Faz
Faz
3 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian! Sangat membantu dan berguna untuk saya :)

Rahman ishak
3 tahun yang lalu

Tq sharing.. satu artikal hebat

Ummi
4 tahun yang lalu

Nice entry.. ;)

Sammy
5 tahun yang lalu

Bermanfaat sekali artikelnya, boleh saya share ?

Discover more from Inchenaim

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading